Tuesday, May 28, 2013

Pantang Larang Untuk Wanita Hamil


Pantang Larang Melayu Lama Untuk Wanita Hamil

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.



wallahualam...
minta-minta di jauhkan semuanya... Amin..





12 comments:

  1. Bagus ni. Ada yang boleh dipraktikkan ada yang ramai tak praktikkan..Orang moden katakan

    ReplyDelete
  2. wallahu'alam.
    pantang larang orang dulu2.

    ReplyDelete
  3. wallahu'alam.
    pantang larang orang dulu2.

    ReplyDelete
  4. macam2 pantang nya kan.. mudahan dijauhi perkara yang tidak baik...

    ReplyDelete
  5. yg tak ngudung piun elok amalkan ni..hihih

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.. singgah sini bls kunjungan... owh dah follow sini lama dah.. ;)

    awk pregnant ke? moga baby awk sihat ye.. moga dipermudahkan segalanya.. amin.. =)

    ReplyDelete
  7. kalau ibu mengandung memang bnyk pantang larang. smoga kak azizah baik2 saja dgn baby. Amin.

    ReplyDelete
  8. Bab mencerca dan mencaci tu agak munasabah..

    ReplyDelete
  9. minta dijauhkan.pantang larang ni perlu juga diambil tahu walaupon skrg zaman moden..

    yg penting kita percya pada ALLAH

    ReplyDelete
  10. tak pernah tahu semua ni.adalah tahu sikit.sebenarya yang di larang ni sebab nak ibu tu sendiri mendisiplin kan diri dan menjaga kesihatan supaya anak dapat yang terbaik :)

    ReplyDelete
  11. akak ms prgnant, xsuka baca benda2 camni... nanti buat kita terpikir2...

    ReplyDelete
  12. byk yg sy pernah dgr nenek cerita. tapi tak tau la kak. org dulu2 kan.. huhu

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!