Tuesday, May 21, 2013

Posisi Tidur Selesa Ketika Hamil


Perut yang membesar ketika hamil memang membuatkan seseorang wanita sukar mencari posisi tidur yang selesa. Oleh itu banyak keluhan tentang sukar tidur didengari daripada wanita hamil.

Berikut adalah sedikit panduan buat anda mencari posisi tidur yang selesa.

Trimester 1
Pada awal kehamilan, biasanya perut tidak terlalu besar. Maka tidak menjadi masalah untuk anda tidur dalam apa-apa posisi pun. Ketika usia kandungan di bawah 20 minggu, anda boleh bebas tidur terlentang kerana berat janin tidak menekan pembuluh darah utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung.

Trimester 2 dan 3
Ketika ini perut anda sudah membesar. Ketika inilah anda serba salah memilih posisi tidur. Tidur terlentang sama sekali tidak digalakkan kerana ini akan menyebabkan tekanan pada pembuluh darah yang utama yang mengalir dari bahagian bawah tubuh kembali ke jantung. Ini disebabkan anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan inferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejas sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengggangu peredaran darah. Tidur terlentang juga menyebabkan anda terasa sakit di punggung.
Posisi tidur yang terbaik adalah sama ada tidur mengiring ke kiri atau ke kanan. Akan tetapi yang lebih baik adalah bila anda mengiring sebelah kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Ia juga turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan. .
Tidur dengan posisi mengiring kanan juga baik. Anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri agar tidur lebih selesa. Ada baiknya mula membiasakan diri sejak di awal kehamilan lagi supaya tidak kekok untuk tidur dalam posisi sebegini. Anda boleh meletakkan bantal di antara paha dan di punggung bagi mendapatkan tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa. Selain itu, anda juga boleh menggunakan bantal tidur yang disediakan khusus untuk ibu hamil.




sakit pinggang dah ni.. bestnya kalau ada bantal cenggini..huhuhu




9 comments:

  1. Bagus....tidur pon ley effect ek...

    ReplyDelete
  2. Nice sharing Kak Jijah(^_^)

    ReplyDelete
  3. bestnya klu ada bantal mcmni...skrg mmg susah nak tdo...risau je baby tkepit..haha

    ReplyDelete
  4. bestnya klu ada bantal mcmni...skrg mmg susah nak tdo...risau je baby tkepit..haha

    ReplyDelete
  5. selalunya sebelum tidur ingat nak mengiring.tapi bila dah tdo langsung xsedar.bila tersedar dah tidur terlentang cecepat tidur mengiring balik.huhuhu

    ReplyDelete
  6. Even baru 10weeks kan..kiter kerap tido mlm xlena...hehehehe..tgh2 mlm je tersedar...n then tido mmg ngiring kanan je...kalo kiri kejap je dah pusing kanan balik...hehehe..kali telentangmg xdpt tido...xtau knp...

    ReplyDelete
  7. tu dia...baring ke kiri kanan plak la pasni..hihihi.kali ni je yunk..merasa la jgk kan :) klu dpt bantal gitu mmg terbaik la :)

    ReplyDelete
  8. comel lah bantal tu kak jijah.. hehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!