Monday, May 13, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke-24




24weeks: 13/5/13


Peringkat ini anda masih dalam peringkat yang baik di dalam kehamilan. Perut anda semakin kelihatan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?
Bayi anda kini seberat 600 gram dan lebih kurang 11.8 inci panjang atau 30cm. Menurut kajian penyelidikan, terdapat 124 juta saraf yang berhubung di dalam tisu otak ketika bayi masih berada di dalam 6 bulan kandungan. Ini menjadikan bayi anda seorang bayi yang sangat pintar di dalam tubuh anda. Berikannya makanan yang terbaik melalui pemakanan anda!

Apa yang berlaku pada anda?
Jantung anda kini sedang mengepam untuk dua orang dan ianya bekerja kuat sebelum anda hamil lagi. Untuk pengetahuan anda, kadar jantung anda meningkat lebih kurang 10 degupan setiap minit semasa kehamilan.
Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya. 

Pengambilan nutrisi anda – Pemilihan Makanan
Makanan memang menjadi satu isu besar pada wanita hamil. Ada yang makan makanan pelik seperti makanan eksotik dan sebagainya. Sesetengahnya mungkin OK untuk dimakan tetapi apa yang penting, makanan biasa iaitu ayam, sayuran, ikan, buah adalah pilihan yang terbaik. Elakkan memakan makanan yang pedas.Elakkan makan makanan yang penuh dengan garam, kalori yang banyak, berlemak, makanan bergoreng, makanan rapu dan makanan yang bergula. Kadang-kadang amat susah untuk kita menjaga makanan kita apabila berada diluar rumah. Biasanya wanita bekerjaya jarang mengamalkan makanan berkhasiat apabila waktu kerja kerana kesukaran mendapatkan makanan yang betul-betul berkhasiat dan lebih kepada makan makanan segera. Kadang-kadang pemilihan makanan yang betul susah diamalkan apabila makan di gerai-gerai memandangkan mereka banyak menggunakan bahan perasa dan sebagainya. Cara terbaik adalah anda patut lebih memilih dan berhati-hati. Pastikan anda mengambil sayur dan buah-buahan dalam menu harian anda.


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..



14 comments:

  1. moga jijah n baby sihat selalu..

    rajin2 ngaji jijah!

    ReplyDelete
  2. smoga baby sihat. kak azizah pun sihat. jaga diri.

    ReplyDelete
  3. sekejap je mase berlalu, lagi beberapa minggu jijah da nk dpt baby...take care dear :)

    ReplyDelete
  4. @syahirah heehe tq dik.. InsyaAllah akak jaga diri baik2 :)

    ReplyDelete
  5. @LiNda adehh.. lagi 16minggu linda... :)

    ReplyDelete
  6. wahhhh.. jage diri and baby baik2 ye kak...

    ReplyDelete
  7. Jaga pemakanan leklok ye jijah moga baby dan mummy sehat. :)

    ReplyDelete
  8. Banyak minggu lagi.. Saya baru jark baca buku perkembangan kanak-kanak.. Rupanya 38 minggu semuanya.. Hihi..

    ReplyDelete
  9. moga bby jijah sihat hendaknya..aminn..

    ReplyDelete
  10. jgn lupa mkn sayur n buah :)

    ReplyDelete
  11. su bc n3 mcm ni.. buat diri sy tak sabar utk merasainya ;)

    Ya ALLAH, Kau permudahkanlah urusan hamba-Mu ini.. aamiin

    ReplyDelete
  12. yg penting jaga pemakanan.. amalkan diet yg sihat.. hehe

    ReplyDelete
  13. @QasehnyaRania mudah2an ada rezeki buat ciksu ni..Amin..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!