11 Tips Untuk Cepat Hamil

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap ...


Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Begitu juga daku -_-" itu pasal daku lari ke Sabah.. hahaha :)

11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat :)

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. 
2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakkan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
Memasak
Bersenam
Mendengar muzik
Membaca dan mendengar audiobooks
Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
Beromantik dengan suami
11. Jauhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

Selain tip di atas :

UNTUK permulaan, kerap lakukan hubungan seksual dan pastikan yang air mani tidak melempah keluar. Jadi jangan bangun selepas seks, jangan gerakkan badan keterlaluan kerana gerakan badan akan mengakibatkan tekanan kepada perut dan pengeluaran takungan air mani dari faraj.

Yang paling mustahak jangan menutup peha atau luruskan kaki dan jangan sekali-kali kemut faraj! Ini akan menolak keluar angin dalam faraj yang akan juga menolak air mani keluar dari faraj.

Perkara lain yang dicegah ialah menyelitkan kain ke kelengkang kerana ini akan menyerap air mani! Kadangkala posisi juga memainkan peranan mengekalkan takungan air mani ke dalam faraj. Wanita yang mempunyai rahim yang berposisi di belakang akan dapati setiap kali selepas bersetubuh, ketika zakar dikeluarkan selepas ejakulasi, air mani pasangan akan ikut keluar.

Cara mengatasi masalah ini ialah melakukan hubungan kelamin dengan memasukkan ereksi dari belakang dengan wanita itu dalam posisi menyujud. Posisi ini akan membuatkan rahim terletak di depan dan membuatkan penghujung faraj luas dan memberi ruang yang mencukupi untuk air mani mendap!

Waktu subur wanita bermula dengan kemunculan lendir macam hingus yang biasa keluar beberapa hari sebelum telur menetas(ovulasi). Waktu ovulasi ialah petanda atau perasaan sengal di paras ari-ari beberapa hari selepas kelihatan lendir. Kesemua petanda ini dapat dikenali sebilangan besar wanita jika mereka mengesannya dengan teliti.

Perkara yang mustahak ketika merancang hubungan seksual pada waktu subur ialah jangan memaksa pasangan untuk bersetubuh jika pasangan kelihatan tidak bersedia. Jika pasangan rasa tertekan, ada kalanya dia tidak dapat pancut atau gagal dalam hubungan seksual. Ini akan menimbulkan rasa resah dan gelisah dan kesudahannya 'mati pucuk sekunder'.



You Might Also Like

19 insan comel komen

  1. tq share dear...akak tegah berusaha nak menambah sorang lagi nih....

    ReplyDelete
  2. Good tips jijah! Mudah mudahan ada rezeki..aminn :)

    ReplyDelete
  3. O_o tq jijah utk infonya

    ReplyDelete
  4. Cikjijah....No 2 pulak la lepas nie...hihihi

    ReplyDelete
  5. Setuju.Sekarang pulak ramai yg amalkan berurut.Ada yang kata peranakkan terlalu tinggi dan rendah juga mrupakan salah satu sbb lambat hamil.

    ReplyDelete
  6. Setuju.Sekarang pulak ramai yg amalkan berurut.Ada yang kata peranakkan terlalu tinggi dan rendah juga mrupakan salah satu sbb lambat hamil.

    ReplyDelete
  7. boleh amek tips ni utk 2nd bb hehehehe

    ReplyDelete
  8. Hohoho..jom hamil!! ;)

    ReplyDelete
  9. nice sharing jijah.. :)

    ReplyDelete
  10. Byk tips yg berguna utk mereka yg sedg berusaha utk mengandung

    ReplyDelete
  11. tips yg baik ..mudahan sesiapa yg baca tips ni dipermudahkan zuriatnya ...amin

    ReplyDelete
  12. Salam Jijah...

    Akak ni tenggelam timbul tenggelam timbul kat blog Jijah. Bagus kongsi tip2 ni bila baca terasa macam nak tambah lagi je rakyat jelata kat rumah tu. Dah tak ada baby nak gomol2 kat rumah.

    ReplyDelete
  13. tips yang sangat berguna, esp pada yang memang sedang berusaha.. hihi.. tq

    ReplyDelete
  14. tips yg bagus ni, tp akak dah cukup la 3 org..hehehe

    ReplyDelete
  15. thanx untuk entry ni Jijah!.. amat berguna :)

    ReplyDelete
  16. ye betul tu.
    hampir kesemuanya dah dipraktikkan. hihi
    yg penting kita masak dulu. *_-

    ReplyDelete
  17. mati pucuk sekunder.. xpernah dgr plak sekunder tu.. biasa mati pucuk je...

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!