Wednesday, January 15, 2014

Petua Hilangkan Selsema Untuk Bayi


Kerisauan seorang ibu semakin menjadi apabila bayi kecilnya sudah beberapa hari mengalami selesema yang tidak reda. Merengek dan enggan menyusu membuatkan ibu semakin bimbang.

Amalkan petua untuk menghilangkan selesema di kalangan bayi. Mungkin anda boleh cuba petua ini, mana tahu ia serasi dengan bayi anda.

1. Guna kapur sirih dengan kunyit. Ambil kunyit hidup dan digesekkan dengan kapur makan. Sapu sepanjang batang hidung bayi.
2. Madu membantu mengeringkan kahak. Campurkan madu dengan susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
3. Daun sirih juga boleh digunakan untuk tujuan ini. Ambil beberapa helai daun sirih, ramas atau tekan menggunakan tangan dan ambil lendirnya. Sapu lendir sirih tersebut pada sepanjang batang hidung bayi.

in shaa Allah bayi anda akan sihat dan sembuh seperti biasa :)



11 comments:

  1. untuk orang dewasa blh x guna?

    ReplyDelete
  2. x berani husna nak letak kunyit tu kat hidung irfan..takut meleleh masuk mata abis pedih budak tu hehehe

    ReplyDelete
  3. nice tips.. kite yg dewasa ni kalo selsema pun cukup x selesa.. apa lagi baby kan..

    ReplyDelete
  4. mudah mudahan sembuh cepat..kesian kalau baby selsema..susah nak bernafas

    ReplyDelete
  5. nice sharing jijah.. :) hugs for Hakimi.. :)

    ReplyDelete
  6. akak biasa SAPU KAT BTG HIDUNG TU HAA

    ReplyDelete
  7. mak selalu guna kunyit je dulu.. hehe.. yg lain2 tak tau la pulak.. tq kak jijah :)

    ReplyDelete
  8. Petua yg bagus...akak slalu dnga petua no 1 n 2

    ReplyDelete
  9. Tq info yg baik utk ibu baru cm saya :)

    ReplyDelete
  10. Jijah amalkn kat kimi yer?bgus info2x mcmni..blh praktikkan.usaha slagi blh kan...

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!