Bajet Isi Rumah Selepas Berkahwin

Alhamdulilah.. perancangan Allah tu Maha Hebat.  jijah sudah melalui pengalaman pertama menguruskan rumahtangga bersama suami dan si keci...


Alhamdulilah.. perancangan Allah tu Maha Hebat. jijah sudah melalui pengalaman pertama menguruskan rumahtangga bersama suami dan si kecik.. Jadi, bila kami dah mulakan hidup bersama ni, daku uruskan semuanya.. bukan mudah rupanya nak handle sorang-sorang lebih-lebih lagi kita seorang yang bekerjaya dan suami pula jarang ada di rumah kerana belayar -_-"

Lama betul baru up entry ni.. Takpe lah yer daku nak share juga kelengkapan rumah/ bajet isi rumah bagi yang ingin memulakan hidup berumahtangga.. based on my experienced lah.. cerita setahun lepas.. sebagai kenangan dalam blog ni..hehe

Pertama sekali wajiblah cari Rumah Sewa!!

Rumah Sewa [link]


Kawan suami dapat draft semenanjung. so rumah sewa yang dia duduk dulu dia sewakan untuk kami pula.. apartment saja.. syukur :) murah pulak RM380 sebulan.. bukan mudah nak cari rumah murah kat sabah ni oit.. selalu owner akan minta deposit 2+1+utilities jadinya 380+380+380+100= RM1200. Nanti kalau jijah draft semenanjung jijah kena cari orang tanpa melalui tuan rumah sebab nanti dia nak naikkan harga rumah.. 
Kos wang: Rumah Sewa RM300-RM500.

Barang rumah di dapur

Peti Ais [link]




Ni paling penting.. senang nak simpan stok makanan, barang basah.. boleh main masak-masak.. lepas masak then panaskan balik.. so tak la membazir di situ.. hehe
Kos wang: RM800-RM1000

Dapur Gas/Rice Cooker



Bila dah ada peti sejuk, daku mesti nak masak punya untuk suami. takkan nak makan luar hari-hari kot. lagipon duduk tempat orang ni takut nak makan luar baik masak sendiri lebih baik. ala masak yang simple2 sudah. syukur ibu mertua kasi hadiah dapur gas dulu..
Kos wang: RM200 untuk dapur gas, tong gas, tubing..

Rak pinggan mangkuk [link]


Kena beli rak ni untuk letak dapur gas sebab rumah sewa ni takde kabinet/ tempat letak dapur gas. huhu hajat di hati nak beli kabinet kayu tapi pikir nanti susah nak bawa balik semenanjung maka lupakan. huhu rak ni pun memudahkan letak pinggan mangkuk kuali bagai tu.. yela bukan ada perabot pun kan..
Kos wang: RM100

Blender [link]


Beli blender.. senang nak masak! tak dapat hadiah kawen pong.. huhuhu
Kos wang: RM90

Water Dispenser [link]


hari tu masa balik kampung cuti berpantang nampak ada promosi jadi terus grab. pastu suruh suami bawa balik sabah. hahaha ini memudahkan nak guna air panas,air suam.. tak payah nak masak air lagi dah. hohoho
Kos wang: RM100

Lain-lain barang dapur macam pinggan mangkuk jijah beli jenis plastik je RM2 satu, sudu garfu,sudip,senduk, papan pemotong bawa dari semenanjung dulu. 
anggar je kos wang RM100

Bilik Tidur

Katil/ Tilam & Almari Pakaian [link]


Emm kalau nak set katil yang cantik dalam rumah sewa ni memang tak la. jijah ni kan hidup normad.. so kami sepakat pakai katil biasa-biasa je ok ape.. tapi ada anak tidur bawah bentang toto depan tv. hikss :p untuk almari pakaian [link] lebih kurang RM300
Kos wang: RM1000

Dan barang-barang rumah lain..

Langsir [link]



Takkan nak biarkan sliding door tu tak bertutup pula kan. Jadi langsir bawa dari semenanjung ihsan dari mak punya. langsir ni untuk lebih kurang 3 sliding door. untuk bilik langsir beli lain.. huhuhu
Kos wang: RM100 la katakan

Mesin Basuh

Kalau duduk seorang boleh la basuh pakai tangan je. ni bila dah kahwin cepat je bertimbun baju ni. suami jijah la ni suka tukar-tukar baju. tak larat nak basuh baju sendiri.. hehee nasib baik mak sudi bagi pinjam mesin basuh dia tu... bawa dari semenanjung dengan kereta..hehehe :p
Kos wang: RM300-RM500

Peralatan lain.


google

Peralatan lain ni macam mop,penyapu,baldi,gayung,alas kaki,bekas letak sabun,berus gigi mesti ada dalam mengemas rumah. beli kedai RM2 sudah.. semuanya bawak dari semenanjung..hehehe
Kos wang: RM50

eh maaplah daku tak beli perabot macam kerusi semua tu sebab susah nak bawa balik semenanjung nanti.. jadi ini rasanya barang keperluan yang penting dan asas.

huhuhu bila tengok wang kos semua kelengkapan mahu mencecah ribuan untuk memulakan hidup baru. dasyat kan. takpe slow slow. rezeki dah kahwin dan lebih-lebih lagi ada anak ni.. InsyaAllah sentiasa ada.

sekarang ni belajar berjimat belajar berdikari bila merantau ni.. tak gitu? hehehe harap-harap murah la rezeki tahun baru buat daku sekeluarga.. Amin..


You Might Also Like

25 insan comel komen

  1. mungkin lepas ni kena stanby awal suma barang tu,
    sebelum kahwin dh kene beli,
    kalau lepas kahwin baru nak beli mmg x sempat duit gaji.

    ReplyDelete
  2. klu dh kwin ni msti mcm2 kne pk kn

    ReplyDelete
  3. Salam jijah.Wahhh bnyk jga modal nk guna utk pindah rumah baru ye.Hmm tq ye for share.nt leh buat ref msa saya nk pindah rumah hehehe

    ReplyDelete
  4. sharing yang bagus utk HN yang masih membujang dan bakal berkahwin. tq ^_^

    ReplyDelete
  5. bak kata mak su saya, baru2 nak mula mmg payah, tp nnti dah lama,semua insya Allah lebih mudah. Kat sini lg mahal jijah, rumah saya , teres aje pun, sewa 700..nak buat mcm mana?tak ada pilihan.. :(

    ReplyDelete
  6. betul tu jijah. hidup pindah randah x da maknanya nk beli perbot bagai..
    ciksu masa kawin dulu alhamdulillah brg elektrik mcm heater, periuk nasi, blender alhandulillah dpt. so, jimat la kat situ. hihi
    dpur gas pon dpt dr sedra kat sendayan..

    betul tu rezeki lepas kawn tu ada. jgn risau. Allah akan mudahkan urusan hambaNya.

    maknanya jijah x dpt kaurters la erkkk?

    ReplyDelete
  7. ayu merasa camtu masa mula2 pindah umah sewa dok sendiri dulu.

    ReplyDelete
  8. Jijah! peti ais kita samala..hehe. panasonic kan? Imah pun pnh wat entri psl ni jgk dekat blog. A'ah..mmg cecah ribu ringgit nak mulakan hdup lepas kawen. tp semua ni manis utk dikenangkan? imahpun hdup berpindah randah. setahun lebih kawen dah masuk 3 rumah kiteorg pindah. barangpun xnak beli mahal2 sgt. yg biasa2 ja. tunggu ada rumah sendiri baru nk beria sikit. hehe..

    ReplyDelete
  9. suka tengok rumah kak jijah.. nampak kemas je.. barang tak byk ni senang sikit nak mengemas. kan kak? :)

    ReplyDelete
  10. byk jugak tu kan.. tp beli sikit2 tak terasa sangat..

    ReplyDelete
  11. imantizz dah beli semua barang rumah yg macam kak jiejah tu even tak kahwin lagi..hehehehe...semangat nak duduk rumah sewa untuk semester depan..^_^

    ReplyDelete
  12. Dija nak cite pasal pindah rumah pun tak cite lagi. Bile ade anak kecik ni masa terhad kan. Dapat bayangkan jijah mesti lagi terkejar2. Keje lagi kan

    ReplyDelete
  13. mcm kena kumpul duit lepas kawen skali nmpknyaa..mmg hajat nk beli fridge, washing machine n dapur dulu..yg lain slow2 lpas tu..

    ReplyDelete
  14. mmg banyak kan kos.. akak dulu pun nasib ada family akak support serba sikit...

    ReplyDelete
  15. semua yong dh beli..kecuali water dispenser tu..hmm tunggu duit gaji nanti la gamaknya.. perbaot mcm kerusi pun xda lg. :)

    ReplyDelete
  16. saya kawin 2 tahun lebih,ank sorg (setahun 8 bulan)..umh sndri..beli brg dlm umh sket..no renovation yet..dr duk menyewa..baik duk umh sndri wp takde apa (ada sofa je kat ruang tamu)..

    ReplyDelete
  17. Sangat banyak kosnya kan jijah walaupun semuanya tu sikit2 nak jimat kos..kalau tak jimat,lagi banyak keluar duit macam air..Alhamdulillah ada yang asa ni pun dah bersyukur :)

    ReplyDelete
  18. pelan2 semua tu kan..akhirnya dh lengkap juga skurgnya.

    ReplyDelete
  19. Haah.mula2 duk umah sewa memang sesak la ktorg. Tp ktorg memegang konsep alah membeli memakai. Bgus jijah.gud info. Nk share jugak la.hehe.

    ReplyDelete
  20. memamg kalo nak pindah umah baru...memang banyak la kosnyer kan jijah..

    ReplyDelete
  21. Time akak kt kk dulu..duduk quaters.perabot rmh semua guna yg kerajaan punya.ad yg dh tercabut pintu..tp akak repair sendiri

    ReplyDelete
  22. Akak dulu mcm tuh la jijah...mse bru2 khwin akak beli mne yg pntg je...sofa pun xde...beli meja mkn pun style jepun..tv pun bli hok murah gune duit first gji gov..rm300 je..dh lme2 bru la mampu nak tmbh brg umah

    ReplyDelete
  23. Ok dh tu..mmg nda plg basic je tu dmya..klu xde pyahla nk idup.hihihi..ayut sjrg msih asing xtrasa lg..tp ttp simpan jimat mna ptt utk masa dpn ;)

    ReplyDelete
  24. mane nak cri rak yg letak dpur gas tue yer?

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!