Resepi Sambal Goreng Jawa

by - 11:30:00 AM


Setiap kali kenduri kendara kampung belah suami tak lengkap tanpa hidangan ini. dah kata orang jawa kan.. memang wajib lah! itu pun jadi kesukaan sejak masuk dalam keluarga jawa.. sebelum ni rasanya tak pernah makan pun..




Resepi Sambal Goreng Jawa

5 keping tauhu ( di potong dadu kemudian di goreng)
2 biji kentang ( hiris dan di goreng )
5 keping tempe ( potong dadu dan goreng )
5-6 batang kacang panjang ( hiris menyerong nipis nipis)
200g lada merah dan lada hijau ( hiris nipis2)
1 paket kecil suun – ( rendam dan di potong sedikit )
1 paket kecil tauhu kering ( di rendam dan potong kecil )
1-2tangkai petai
1/2 cawan udang ( buang kepala dan kulit )
3 -4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
Minyak secukupnya


Cara Penyediaan

1. Tumis bawang merah, bawang putih, lada merah dan hijau hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan udang, tauhu,tempe yang telah di goreng kemudian masukkan kacang panjang yang telah di hiris.
3. Kacau sebati masukkan suun, tauhu kering yang telah di rendam, gaul dan masukkan kentang yang telah di goreng.
3. Masukkan garam, santan gaul hingga sebati
4. Bila telah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan.



suami suka ratah begitu saja..eh! korang masak apa hari ni??



You May Also Like

10 insan comel komen

  1. MAKANAN JOWO MMG SODAP .. HEHE ..

    DEQ XMASAK . EKEKE .. :p

    ReplyDelete
  2. sedapnya.. tgk je dh leleh air liur.. nk try test cuba buat la nnt hehe

    ReplyDelete
  3. X masak..ali nk mkn chiken rice shop

    ReplyDelete
  4. nampak macam sedap la plak...

    ReplyDelete
  5. nampak sedap je...nak try nnti :)

    ReplyDelete
  6. meleleh air liur ni yunk....huhu

    ReplyDelete
  7. sy kalu mkn pilih udang je yg lain x sentuh pun ;-)

    ReplyDelete
  8. ciksu pon jdi suka.mmg sedap diratah.. ooo..suami jijah jawa erk.. baru tahu.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya Jijah. Ros tak pernah buat. Tapi pernah makan, maklumla sejak kerja di Johor ni, ada juga officemate bawakan..

    ReplyDelete
  10. sedap! sebab ada tempe..jawa tak sah xde tempe kan

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!