Daun Bayam Untuk Wanita Hamil

MANFAAT DAUN BAYAM UNTUK WANITA HAMIL Bayam terkenal sebagai makanan yang berkualiti dan dianggap sebagai sayur-sayuran yang memp...


Image result for bayam
MANFAAT DAUN BAYAM UNTUK WANITA HAMIL


Bayam terkenal sebagai makanan yang berkualiti dan dianggap sebagai sayur-sayuran yang mempunyai kebolehan luar biasa untuk memulihkan tenaga, meningkatkan metabolisme dan meningkatkan kualiti darah.

Tidak hairanlah jika bayam selalu dikaitkan dengan popeye untuk mendapat tenaga.



Bayam sangat bermanfaat untuk wanita hamil dan individu yang mengalami masalah kekurangan sel darah merah. Ini disebabkan daun bayam kaya dengan zat besi.

Zat besi memainkan peranan penting dalam pembentukan sel-sel darah merah yang membantu dalam mengangkut oksigen ke seluruh badan, dalam pengeluaran tenaga dan sintesis DNA.

Bayam juga merupakan sumber terbaik vitamin K, vitamin A, vitamin C dan asid folik dan juga sebagai sumber yang baik mineral seperti mangan, magnesium, besi dan vitamin B2.

Bayam adalah salah satunya sayuran yang membekalkan Vitamin K. Satu hidangan 100g menyediakan 23 kalori, 3g protein, tiada lemak, 4g karbohidrat 2g serat.

Warna hijau gelap daun bayam menunjukkan ia mengandungi tahap klorofil dan karotenoid (beta karotena, lutein dan zeaxanthin) yang tinggi.

Bahan-bahan ini mempunyai ciri-ciri anti-radang dan anti-kanser dan sangat penting untuk sihat mata penglihatan, membantu mencegah degenerasi macular (kerosakan mata) dan katarak.







You Might Also Like

6 insan comel komen

  1. Dah lama tak makan bayam..sedap masak air macam tu

    ReplyDelete
  2. suka bayam merah alhamdulillah spjng pregnantkan rania hb cntik cntik belaka..
    walaupon makin menurun.. tp x sampai angka 10

    ReplyDelete
  3. Sedapnya masak lemak bayam...yum yum

    ReplyDelete
  4. kalau bayam merah cm ne plak jijah? ;-)

    ReplyDelete
  5. sedap nyer bym masak air.
    ratah gitu saje hmmm best nyer :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!