Tuesday, September 22, 2015

Mak SuperWomen Yang Hebat!


Usia mak dah 62 tahun pun tapi muka memang tak nampak tua! mana tak nya semua ubat dia telan. sampaikan jamu yang daku tak habis masa pantang dulu pun dia makan. hahahaha

kadang kadang daku terpikir macam mana mak uruskan rumahtangga, kemas rumah, masak, mandikan dan jaga hakimi. sebab bangun tidur mak akan siap-siap pergi mengaji, ayah akan hantar mak dan ayah bawa hakimi pergi stesyen taxi (ayah driver taxi) sementara mak mengaji. mak akan balik jalan kaki dari rumah mengaji. balik nak mandikan hakimi pula, basuh baju, masak pula sambil jaga hakimi. sampai masa hakimi tidur, mak tidurkan pula.

daku?? 
balik kerja  dalam kul 3pm tahu makanan dah siap bawah tudung saji dan makan! kalau hakimi dah bangun memang tak boleh nak buat apa. mula la perangai mengada-ngadanya, berkepit setiap saat sampaikan nak kencing dan mandi pun dia melalak! kadang2 stressnya rasa! tu baru berapa jam jumpa hakimi..

pelik macam mana mak boleh tahan dengan perangai hakimi yang suka merengek, mengamuk, nak ikut kehendak dia saja! itu baru hakimi sorang.. kalau adik lahir nanti.. tak tahu la macam mana keadaan mak!

kesian dengan mak tak dapat nak pergi surau, kenduri dan sesekali nak campur dengan orang luar sebab jaga hakimi. kesian memang kesian tapi mak tak kisah semua tu.. dia kata dari dia tinggal sorang ada juga kawan bawa teman.. itu lah pengorbanan seorang ibu!

tu daku berpikir kalau pindah rumah baru nanti daku nak cari pengasuh. biar lah mak dapat uruskan dirinya sendiri! mudah-mudahan niatku tercapai. tapi..tak tahu macam mana nak cakap dengan mak nanti bila mak tak mengasuh anak2 daku lagi.. emmm --_--""


mak! mak memang superwomen yang hebat! uda sayangkan mak!





9 comments:

  1. ibu kan ... diorg mmg hebat .....
    bagus juga hantar hakimi pengasuh atau taska ... supaya hakimi boleh kembangkan jaringan sosial die ....

    ReplyDelete
  2. Yup. Mak mak kita memang hebat!

    ReplyDelete
  3. mak adalah yang tebaik..
    anak2 kalau dengan kita memang begitu..
    kalau dgn org lain ok ja..
    sebab tu mak jijah tak penat jaga hakimi...
    hehe
    semoga diberikan kesihatan yang baikk

    ReplyDelete
  4. sbb itu pngorbanan ibu sangt bsar =)

    slmt hari raya aidiladha jijah

    ReplyDelete
  5. sedih pulak baca..nanti dah ada pengasuh..hujung minggu bawak anak² balik kg jumpe mak :)

    ReplyDelete
  6. Mak memang superwoman..arwah abah pun sama superman... :)

    ReplyDelete
  7. superdupermom!

    hebatnya seorang wanita!

    ReplyDelete
  8. sabtu ni besday mak aida ke 69.
    kami adik beradik da plan nak berkumpul :)
    mak kita semua terbaik!!!

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!