Monday, September 21, 2015

Perlukah Ubat Cacing Untuk Anak-anak?


Di sebabkan hakimi dah 2 tahun, masa checkup hari tu nurse bekalkan ubat cacing! itu yang mudahnya bila buat rutin checkup di klinik kesihatan.. tak payah nak pening fikir bila anak kita perlu ambil ubat cacing, sebab memang nurse akan pantau jadual pengambilan setiap 6 bulan sekali. 

macam hakimi 2 tahun minum 1 botol ni. nanti 6bulan lagi datang checkup nurse bagi lagi ubat cacing.




Jangkitan cacing ni adalah jangkitan parasit yang boleh hidup dalam darah, usus, atau organ badan termasuklah cacing gelang (round worm), cacing cangkuk (hook worm), cacing kerawit, cacing benang (thread worm), dan cacing pita (tape worm). 

Jangkitan cacing berlaku apabila kita termakan telur cacing melalui makanan. Telur ini akan menetas dalam usus kecil. Cacing yang bunting akan bergerak ke kolon dan rektum untuk bertelur. Telur tersebut akan dikeluarkan bersama najis dan memulakan kitaran hidup yang baru. 


Tanda-tanda dan simptom-simptom

  • Pucat akibat anemia (kurang darah merah)
  • Keletihan
  • Kurang selera makan
  • Kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur

Jangan abaikan kebersihan tangan sebelum makan! Berhati-hati memakan makanan yang tidak di masak dengan sempurna.

Oleh sebab itu, sewajarnya ubat cacing diambil setiap 6 bulan atau 1 tahun sekali terutamanya kanak-kanak. Walaubagaimanapun, ubat cacing tidak sesuai untuk ibu mengandung dan kanak-kanak di bawah umur 1 tahun.




***Harap selepas makan ubat cacing ni,hakimi akan bertambah selera makan terutamanya nasi dan lauk.. dah beberapa bulan minum susu semata-mata.. huuu**






19 comments:

  1. alysa & danish pon dah lama tak bagi ubat cacing..nak kena bagi juga ni

    ReplyDelete
  2. piya lagi dua bulan nak makan ubat cacing..

    ritu nurse cakap..
    kalau taknak follow check up lagi..
    p beli ubat sendiri...

    tapi takot pulek tersalah bagi ubat..
    jadi kita follow je la kat kkia..

    ReplyDelete
  3. aku mmg mmg bagi wlupun ade yg ckp bg anak mkn racun ...sama kes cam vaksin la ... ceritanye

    ReplyDelete
  4. anak akk dh 3 tahun, perlu ke amik ubat cacing?

    ReplyDelete
  5. Owh..Hakimi baru makan ubat cacing ke? Ammar awal tahun dah makan. Ni dah makan untuk kali kedua. Ubat cacing ni bukan untuk budak je. Orang dewasa pun kena makan. Every 6 months. Kecuali budak bawak 1 tahun atau ibu mengandung pun tak boleh makan.Tapi rasanya ramai dah tak makan ubat cacing bila besar..hihihi

    ReplyDelete
  6. Owh..Hakimi baru makan ubat cacing ke? Ammar awal tahun dah makan. Ni dah makan untuk kali kedua. Ubat cacing ni bukan untuk budak je. Orang dewasa pun kena makan. Every 6 months. Kecuali budak bawak 1 tahun atau ibu mengandung pun tak boleh makan.Tapi rasanya ramai dah tak makan ubat cacing bila besar..hihihi

    ReplyDelete
  7. good sharing..balik nie nak kasi hannani makan..hehehe...xpernah lagi beri dia makan ubat cacing..patutlah selera makan kurang

    ReplyDelete
  8. Dulu takut sangat nak makan ubat cacing. Anak2 sekarang kena bagi ubat cacing tuk elak hilang selera makan

    ReplyDelete
  9. @InaYusoff haah ina.. kalau xcheckup kk kena beli sendiri ubat cacing ni.. ubt cacing pula banyak jenis

    ReplyDelete
  10. @safurara kalau xpernah amik..perlu amik skrg kak rara!

    ReplyDelete
  11. @Fiqah Feeona haah.. dua tahun baru leh makan fiqah! tu yg baru bagi.. kita yg dewasa pun patut makan sebenarnya sbb last makan mas kecik2 dulu

    ReplyDelete
  12. bagus ade buat check up..dah ada progressnya senang :)semoga hakimi membesar dengan sihat

    ReplyDelete
  13. jijah, kalau x bagi mnum ubat cacing ada effect lain ke ?

    ReplyDelete
  14. @QasehnyaRania takde efek lain.. tp utk pantau pkembangan anak2

    ReplyDelete
  15. Bulan depan baru dapat ubat cacing ..harap2 zahraa pun sama la..biar berselera makan makanan yang berkhasiat

    ReplyDelete
  16. kalau x silap laa dulu ms sek ren kena mkn ubat cacing ;-)

    ReplyDelete
  17. ijat sekali aje makan ubat cacing.
    pastu tak dah.
    tapi bab makan Ya Allah bersemangat :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!