♥eTIPS
Petua Untuk Elakkan Rasa Bosan
8:07:00 PM
hai kalian...
Rasa bosan timbul apabila kalian jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila kalian tiada apa yang dibuat, tiada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas ya, rasa bosan petanda besar kalian adalah orang yang tidak ada matlamat!
baiklah petua nak elakkan dari rasa bosan
1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi Kalian
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika kalian tiada apa yang hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang kalian rasa seronok melakukannya. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu di sekeling yang boleh kalian lakukan.
2. Tetapkan matlamat, azam, cita-cita dan impian.
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Tetapkan satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. Selepas itu berusahalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam. Lama-kelamaan kalian akan perasan kalian dapat mengelak rasa bosan. Sebab kalian sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita kalian.
3. Rajinkan Diri Beribadah.
Sibukkan diri kalian dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti kalian terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan kalian macam tidak mahu berhenti melakukannya.
23 insan comel komen
slalunya ak sibukkan diri..
ReplyDeletetime bosan+sedih..heheh..
yg plg rajin,p masak n try bnda baru dlm masakan..heheh..
betul tu..
ReplyDeletetapi bile nak exercise..
punye la malas..
huhuh..
:)
Nice tips ! :)
ReplyDeleteak mmg slalu sibuk..huhu
ReplyDeletesaya selalu sibuk sampai tak ada masa nak sibukkan diri...
ReplyDeletehahaha , bgosla entry ni . . . bole praktik . .hahaha
ReplyDeletekalau bosan biasanya saya suka sibukkan diri.. ada je keja nak dibuat... tak der keja pun tetap nak cari.. heheheheh
ReplyDelete@Riena Haiqal hehe bagus akak ni..
ReplyDeletesetuju sama tips jijah ni
ReplyDeletere-post ea...ptt mcm pernah bace entry ni...hihihi..dulu kan slalu godek2x jijah punye blog...opps!kantoi..hahaha
ReplyDelete@ayuthehe pandai ayut :) repost balik ni..
ReplyDeletenice sharing dear..
ReplyDeleteselalu sibukkan diri buat yg akak suke...xla rase bosan
ReplyDeletekalau bosan,fiza makan jee..huuuu..sedih bunyinye kan.sabo je la..
ReplyDelete@Azhafizah Md Nor wah makan jer..mahu tak naik badan ni fiza.. bahaya tu..hee
ReplyDeleteHahaha..btul tu. Sebokkan diri, thtswhy CiM sambung blajar lg. Bila dh blajar tu kenalah ttpkn matlamat dan petua nk brjaya kenalah brdoa dan bribadah kpd Allah.
ReplyDeletenice sharing jiejah :)
ReplyDelete@Cinta Misteri betul tu..
ReplyDelete@shidaR tq shida :)
ReplyDeletepetua yg bagus ni.. akak skrg xdan nak bosan sbb masa byk hbs layan ank2..
ReplyDelete@IntaNBerliaN seronok lah macam tu :)
ReplyDeletetak sempat nk rasa bosan sekarang kak.. kerja memanggil2 huhu
ReplyDelete@aisya bagus la kalau macam tu..bz dengan keje terasa masa cepat berjalan :)
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!