Perkembangan Bayi Minggu ke 28

28minggu= 11/6/2013 Pertumbuhan bayi anda kini lebih cepat setara dengan kenaikan badan anda. Perkara-perkara yang perlu dil...




28minggu= 11/6/2013


Pertumbuhan bayi anda kini lebih cepat setara dengan kenaikan badan anda. Perkara-perkara yang perlu dilakukan pada trimester ketiga ini sudah mula difikirkan.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Paru-paru bayi anda telah mula menghasilkan satu bahan pada permukaannya dimana satu detergen seperti bahan mencegah paru-paru daripada menutupi dan sebaliknya membenarkan pengembangan untuk menghisap udara. Jika bayi dilahirkan pada waktu ini, ada peluang untuk hidup walaupun risikonya tinggi. Kemungkinan untuk paru-paru berfungsi dengan lebih baik diluar rahim juga meningkat. Bayi anda panjangnya kini mencecah lebih kurang 14-16 inci iaitu 35-38cm panjang dan beratnya pula 2.5 paun bersamaan 1.1kg. Puncak rahim kira-kira 8cm di atas pusar. Otaknya sedang lancar dan rambut dikepalanya lebih panjang dan badannya sudah berisi. Alis dan kelopak matanya pun terbentuk Testis bayi laki-laki akan turun ke kantung skrotum. Jaringan otak berkembang. Sekarang janin anda dapat bermimpi. Gerakan janin makin kuat sementara denyut jantungnya pun kian mudah didengar.

Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn.. 



You Might Also Like

10 insan comel komen

  1. singgah sini... tahniah yer... bertuah kamu dear.. btw comey blog ni.. so pinky.. ;)

    ReplyDelete
  2. Waa..tetiba teringat masa prggy Hamam..selalu google perkembangan anak setiap minggu...

    Saya doakan baby membesar dengan sihat sebab mamanya dah tak sabar tu...

    ReplyDelete
  3. Tahniah..semoga kesihatan baby dan ibu sihatselalu

    ReplyDelete
  4. Tahniah..semoga kesihatan baby dan ibu sihatselalu

    ReplyDelete
  5. Tak lama lagi tu.. Hihi..

    ReplyDelete
  6. dah lama tak jenguk kak jijah dan baby kat sini.. hehe.. dah tau jantina belum kak? :)

    ReplyDelete
  7. @aisya Alhamdulilah tahu dah..boy :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah baby sihat.take care ye.

    ReplyDelete
  9. sungguh tak sabar.
    bila jijah blk semenanjung

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!