Perkembangan Bayi Minggu ke 30

25/6/13= 30weeks Kadangkala sukar untuk percaya yang anda kini tinggal lagi 10 minggu untuk kelahiran bayi anda. Terdapat sikit...



25/6/13= 30weeks


Kadangkala sukar untuk percaya yang anda kini tinggal lagi 10 minggu untuk kelahiran bayi anda. Terdapat sikit lagi perkembangan di dalam saiz fetus, plasenta, uterus dan cecair amnion yang akan meningkatkan dari segi saiz dan jumlah.

Tumbesaran bayi telah lengkap.Pegerakan atau “tendangannya” agak kuat dan dapat dilihat dari luar. Kulitnya tidak berkedut lagi. Biasanya bayi berada dalam posisi kepalanya ke bawah supaya kepala keluar dulu ketika proses bersalin nanti. 

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi sudah boleh mula membuka kelopak matanya. Bulu matanya dan keningnya sudah terbentuk dengan baik. Beratnya kini mencecah 3 paun atau 1.4kg dan panjangnya adalah 17 inci bersamaan dengan 38cm. Dua per tiga daripada saiznya yang bakal dilahirkan. Tahap antibodi bayi kini bersamaan dengan ibunya. Jika dilahirkan, bayi akan dapat bertahan tetapi masih dalam kerumitan. Berita baiknya, jika bayi dilahirkan pada saat ini, 85% bayi berpeluang cerah untuk terus hidup dan peluang hidup terus meningkat jika bayi dilahirkan pada 35 minggu ke atas.

Paru-paru bayi anda dan saluran penghadaman hampir matang sepenuhnya. Walaupun bayi anda mungkin lebih perlahan dalam menambahkan ukuran panjangnya dari sekarang (dia berukuran 15.7 inci / 40 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki sekarang), dia akan terus menambahkan beratnya sampai masa dia dilahirkan. 

Pada minggu ini, bayi anda terus menerus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah dari gelap dan boleh juga mencari punca cahaya. 

Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh kepala untuk mengikuti cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Beberapa penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 di masa bayi dilahirkan - bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 8 hingga 12 inci / 20 hingga 30 sentimeter.

Apabila anda dan bayi anda menjadi semakin besar, janganlah merasa takut pula jika anda merasakan sesak nafas, atau merasakan seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukup, ia hanya uterus anda menekan diafragma anda. Di 34 minggu kehamila kepala bayi anda akan bergerak turun memasuki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Ini akan melegakan pernafasan dan pemakanan anda.



Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..


You Might Also Like

16 insan comel komen

  1. ala dah boleh bukak mata ke bestnya :')

    ReplyDelete
  2. subhanallah..... :) mesti xsabar nak tunggu baby lahir kan?

    ReplyDelete
  3. alahai...mesti terkebil kebil baby dlm peyut mommy..cumelnyerrrr ^__~

    ReplyDelete
  4. kak jijah.. tak try hala lampu suluh kat perut? tgk apa reaksi baby.. hehe

    ReplyDelete
  5. sronok ciksu baca perkembangan bby ni jijah.

    teringin sgt nk rasa tendangan bby tu. huhu

    ReplyDelete
  6. @cha hari tu jijah scan 3d pon nmpk mata baby sebelah buka sebelah tutup..hee

    ReplyDelete
  7. @E'inxsabar sangat nak tengok wajah kesayangan ni.hee

    ReplyDelete
  8. @QasehnyaRania InsyaAllah ciksu.. moga ada rezeki ciksu lepas ni...Amin..

    ReplyDelete
  9. sekejap je masa yer.. rasa mcm baru lg jijah prgnnat

    *jijah dah dpt ke blm pencil case tu yer

    ReplyDelete
  10. @IntaNBerliaN jijah xtepon mak lagi.. nnt kalau dah sampai jijah gtau akak yer..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!