mama to be
set berpantang
Set Berpantang : Apa yang terbaik??
8:13:00 AM
Alhamdulilah setakat ni barang-barang untuk anakanda hampir siap.. kalau ada yang pending pun tu sebab nak cari kat semenanjung..heee
eksited beli barang baby sampai barang mamanya je tak beli beli lagi. huhuhu
Dah balik semenanjung nanti baru boleh pikir nak beli online..cepat sampai barang di order.. hehehe :)
marah mak aku... ampun makk! anak sulung jijah..cucu mak jugak..hehehe
sekarang ni tengah fikir-fikir set berpantang yang mane yang sesuai..
actually banyak pilihan set berpantang ni dan semuanya okay kan..
Set Bersalin Herbanika Nona Roguy
Set Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR)
Kandungan Set:
* PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan (90 biji)
* Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum (10 paket)
* Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut, pinggang dan badan (100 ml)
* Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang (krim - 60gm)
* Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita (10 paket)
* Herbanika Lulur - untuk menyental kulit, kehalusan dan kebersihan kulit (100gm)
Nota: Set Bersalin ini adalah untuk kegunaan 1 bulan (kecuali Phytonatal cukup untuk 44 hari
Set Bersalin Shaklee
Shaklee ni pilihan ibu mengandung masa kini.. kat facebook ramai yang berniaga.. laku macam pisang goreng.. hehe rasanya produk dalam shaklee ni terdiri dari vitamin semulajadi .. tapi lebih kepada vitamin.. rasanya macam bengkung,pilis tu takde pulak.. kena beli lain agaknya yer?
Produk-produk yang terkandung di dalam Set Bersalin Shaklee adalah:
Vitalea Iron Formula
B-Complex
Vitamin C
Zinc Complex
Untuk satu set di atas harganya dalam RM100 (untuk 40-44 hari)
Tanamera Postnatal Care Set
Set tanamera sesuai untuk bersalin normal mahupun caesarean.. Ia 100% daripada bahan semula jadi..produknya adalah mesra alam berasaskan tumbuhan dan menekankan penggunaan herba tropika dan pati minyak.
Produk ini dapat digunakan sekurang-kurangnya 14 hari bermula dari hari kelima selepas kelahiran normal.
Senarai produk-produk dalam Set Bersalin TANAMERA:
1.Minyak Kelapa Dara x 2
2.Sabun Scrub
3.Herba Pembersih Wanita
4.Herba Mandian
5.Minyak Urut Herba
6.Tapel
7.Bengkung
8.Pilis
9.Teh Herba
10.Lulur Badan Herba
11.Air Bunga Lavender
Harga Set Bersalin TANAMERA ialah RM360 Semenanjung / RM380 Sabah Sarawak, termasuk harga pos.
So u ollss.... apa set berpantang yang korang dah guna dan rasa itu terbaik??
27 insan comel komen
Husna mgkn ambik set bersalin Nona Roguy :)
ReplyDelete1st baby leesa tp tak abis pun 2nd baby supp je ... tu pun spital bg ..
ReplyDeleteaku tak mkn sbb takut risiko anak kuning dan alhamdulillah2-3 tak de kuning ....
depends pada u dear.. kalau tak suka herba blh ambil shaklee....
ReplyDeleteSaya pun tengah cari set berpantang..tak tahu nak pilih yang mane.
ReplyDeleteakak guna shaklee... mmg berkesan!! org kata akak sihat cam bkn dlm bpantang
ReplyDeleteBelum mengandung g.. Heheh.. Tapi kalau dah nanti, saya suruh mak saya jer yang piluh. Dye owg tau yang terbaik.. Hihi..
ReplyDeletebelum pernah mengandung. hehhee. tp slalu tgk yg num2, mcm macik2 sy guna.
ReplyDeleteAkak guna mustika ratu je dik...ok je
ReplyDeleteAkak gne mustika ratu je jijah
ReplyDeletea'aa betoi tu jijah.. untuk dalaman, akak guna shaklee.. utk luaran, akak beli yang lain.. tp bukan beli satu set.. beli satu satu je...
ReplyDeleteakak g dkt kiosk yg biasa org jual jamu dekat tesco ke, giant ke.. akka tanya dorang.. akak beli kat situ la.. :-)
bkn apa, sbb pengalaman masa alisha dulu, akak pnh beli satu set.. tapi rugi sbb xhbs + xguna semua..
tu yg time aqilah, akak beli mana yg perlu je..
opss..tak tau..huhuh
ReplyDeleteAkak tengok sekarang ni ramai guna set Tanamera tapi tak boleh nak bagi revuew coz akak tak pernah guna. 3 anak cuma guna Sari Ayu ja, murah....hahaaa...
ReplyDeleteakk pakai shaklee je dik.senang telan sume.susu pon banyak.
ReplyDeletemasa Hannan dulu xsempat beli sbb dia kuar masa 38 weeks..plk tu kna cze and baby ada kuning..lg la xmakan jamu-jamu ni..just makan manjakani je masa pantang...lepas pantang baru makan jamu...anak 2nd ni nak beli siap2 set lepas berpntang ni..nk kena get ready awal...risau baby kuar awal..
ReplyDeleteakk opkos pakai shaklee hehe. Sbb nk combine masa pantang + menyusu. Alhamdulillah ok. Bengkung plak guna bengkung mak punye hihihi.akk x suka mkn jamu..pilih yg terbaik k :)
ReplyDeletetak tahu lah jijah apa yang terbaik..kena ivestigate dulu sbb xde pengalaman kan..tapi kalau jijah nak set shaklee tu leh beli kat fiza..special price for jijah :)
ReplyDeleteAyut dengar Shaklee tu bagus...dgr jela..try tak lagi..hihihi ;p
ReplyDeleteBila baca komen blog jijah ramai suggest shaklee. Bila google ramai pilih Nona Roguy. Tp kalau pergi kedai,sales assistant selalu promote Tanamera. Kesimpulannya pilih set berpantang boleh bikin runsing. Wuwuwuw
ReplyDelete@ooh dxanna huuuu agak pening dah ni yunk... semuanya bagus2..huhuhu
ReplyDeletesetakat ni ciksu byk baca pengalaman yg guna shaklee.
ReplyDeletetapi tanamera pon ok gak.
@QasehnyaRania itulah..jijah pon banyak baca review org guna shaklee n tanamera..huhuhu
ReplyDeleteikut pada awak la.
ReplyDeletekalo jenis yg suka makan ubat, etter try shaklee or salindah.
kalau suka tempek2 krim kat badan ngan muka..bleh try NR and tanamera
apapun berurut dan bertungku jangan abaikan.kalo rajin berbekung sekali.
saya pun still mencari2 produk berpantang utk anak ke 2 ni
@Putri jijah pon confuse dah ni mane lagi lebih baik.
ReplyDeleteMenarik post ni...dh 3 ank ..seme guna jamu tp x pernah abih sbb ank jaundis..buang je akhirnya. Tp bila bdn rasa sakit try amik supplement shklee rasa sedap sket bdn n rambut gugur cepat tumbuh semula lps bersalin..lps ni mmg mkn vitamin Shklee je la..yg penting sihat dr dlm ek..pilihan set berpantang ikut kesesuaian bdn ibu n ank:)
ReplyDelete@ummukhadeeja tu la kak ingat nk try shaklee utk dalaman..
ReplyDeletekalu ade sesapa berminat ngan set bersalin Nona Roguy bole try jenguk2 kat page ni... harga pon ok... loose item pon ada jual... Mynona Roguy Shop
ReplyDeletesalam, kalo pengalaman saya dulu masa ngandung hari2 dok search set berpantang terbaik..pening mn 1 nk pilih..antara nona roguy, tanamera,shaklee, dan lain2 lagi..
ReplyDeleteat last saya pilih shaklee as recomended by someone..alhamdulillah susu byk, bdan bertenaga..baby ceria je..paling penting, luka jahit cepat sembuh..skrg dari costumer sy bertukar jd SID. so sape2 nak boleh jenguk blog saya..pilih yang terbaik utk bby anda
http://vitaminpilhansemua.blogspot.com/
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!