Risiko Hemoglobin Rendah

Sejak-sejak tahu hb rendah ni... makin takut pula jijah... takut beri kesan pada anak dalam kandungan ni.. . huhuhu RISIKO HEMOGLO...


Sejak-sejak tahu hb rendah ni...
makin takut pula jijah... takut beri kesan pada anak dalam kandungan ni... huhuhu

RISIKO HEMOGLOBIN RENDAH (bawah bacaan 10)

Kesan kepada ibu
· Mengalami kegagalan jantung
· Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
· Mengalami keguguran
· Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
· Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi dalam kandungan
· Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
· Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
· Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
· Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
· Mati ketika dilahirkan atau stillbirth

KESAN HB LOW KETIKA HAMIL:-

KANDUNGAN KURANG DARI 5 BULAN

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). 
Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. 
Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). 
Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

~Ya Allah..mintak-mintak jauhkanlah anak jijah dari perkembangan tak sempurna ni.. Amin Amin...~


KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN

Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu.


KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


~Maka, jika seseorang wanita hamil itu mempunyai paras hb yang rendah, jangan ambil mudah ya~


PASTIKAN BERUSAHA UNTUK TINGKATKAN PARAS HB!!

Makanan yang boleh meningkatkan paras hb berdasarkan pesanan doktor, pengetahuan pembacaan dan nasihat/pengalaman dari rakan-rakan antaranya ialah

1) kurma (buah yang paling berkhasiat, banyak disebut dalam al-quran)
2) madu
3) hati ayam (tidak elok makan selalu sebab organ dalaman kan)
4) kerang
5) air horlick (bagus juga untuk memperbanyakkan susu badan)
6) sayur bayam
7) ikan bilis
8) daging


p/s:
mudah-mudahan Hb jijah naik lah pasni... takutnya perkembangan baby tak membesar dalam kandungan ni...minta di jauhkan.. Nauzubillah...



You Might Also Like

22 insan comel komen

  1. hishhh... jage pemakanan kak...

    ReplyDelete
  2. bahaya gak tu..kena jaga baik2..

    ReplyDelete
  3. kesian u. dulu i pn tekanan darah rendah. memang kene makan kerang, hati semua tu. bayam tu lebih elok u makan bayam merah tau. pastu sambil duduk duduk u makanla gula-gula tau. ala u nurse mesti lg tau kan hihi

    ReplyDelete
  4. harap kak jiejah dgn baby sihat je. tak apa2. Amin. :)

    ReplyDelete
  5. hmmm elakkan minum teh tau ... sbb teh membantu membuang toksin dlm badan dan menggangu proses penyerapan nutrien dan zat ... byk kan amik mknan dan minuman kaya ngan vitaC ...vitaC membantu penyerapan zat ngan sempurna

    sbb tu org yg nk kurus lepas mkn ...sebuk nk minum air potong( limau panas) sebenarnye mitos tu bukan potong tp menggalakkan penyerapan...mkn gemuk la kamu ... hehehe

    ReplyDelete
  6. sy pun kena hb rendah jgk aritu (10.7)...tp sekarang alhamdulillah dh ok...trus naik jd 12 lps makan vit yg dktor bg tu ikut aturan...amik masa perut kosong (pagi2) lepas 1/2 jam baru makan bnda lain..paling elok amik vit tu dgn air jus...

    ReplyDelete
  7. @E'ininsyaAllah dik..doakan akak yer :)

    ReplyDelete
  8. @nuyui a.k.a miss YUI itulah yui.. kena hati2 lebih pasni..huhuhu

    ReplyDelete
  9. @cha hehe tahu.. tapi xselalu amalkan..hahaa :p

    ReplyDelete
  10. @eimayup betul tu kak.. tu pasal makan buah2an pon boleh naikkan hb..

    ReplyDelete
  11. @izzah mula2 hari tu hb maintain 10 je xnaik2...huhu last checkup hari tu baru naik 11.8..

    ReplyDelete
  12. Tuh la...ibu2 preggy nih kne alert bab2 nih...risiko kite yg tgg

    ReplyDelete
  13. amalkan kurma tu kak..jgn lupa.:)

    ReplyDelete
  14. pemakanan jijah kena jg sama..kalo 27w dh below dr 10 takut2 nti dh masuk 30w lg rendah.. vit tue jijah mkn ikut arahan doc..ada waktu dan caranya..

    ReplyDelete
  15. moga hb jijah akn terus naik

    ReplyDelete
  16. bahaya tu jijah..hati hati tau jijah..hope semua baik baik je.

    ReplyDelete
  17. tq semua.. InsyaAllah akan baik2 jer :)

    ReplyDelete
  18. Tadi akak kena tegur sebab hb 10. Nurse kata kena hati2 dan suruh check-up lagi 2 minggu. Akak pelik juga sebab akak baru 3 bln pregnant dia dah suruh datang check-up awal. Rupanya dia nak check darah akak lagi..
    Baru akak tahu risiko hb low bila baca entry ni.. Thanks azizah sebab berkongsi info ^_^

    ReplyDelete
  19. @nita sesama kak..sharing is loving :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!