perkembangan bayi
Perkembangan Bayi Minggu Ke 29
8:00:00 AM
Third Trimester
29minggu= 18/6/13
Anda kini sudah berada ¾ masa kehamilan dan hanya tinggal 11 minggu sebelum anda bertemu bayi anda.
Apa yang berlaku pada bayi anda?
Pada ketika ini, bayi anda sudah mempunyai deria pendengaran yang tajam. Bayi mungkin terkejut dengan bunyi-bunyi yang kuat (walaupun kadangkala reaksi bayi anda lambat daripada bunyi bising dengan tindak balas bayi). Sesetengah bunyi, bayi anda sudah dapat mengecamnya (Jika ia sudah biasa didengarkan kepadanya) dan sudah tentunya degupan jantung anda, sistem penghadaman anda serta bunyi aliran darah anda sudah sebati dengan bayi.
Berat janin kini sudah mencapai sekitar 1.15kg dan panjang tubuhnya kira-kira mencapai 37 cm. Otot-ototnya dan parunya terus berkembang mematangkan diri, tengkorak kepalanya juga bertambah besar sebagai persiapan untuk berkembangnya otak yang terus terjadi.
Janin sekarang sangat aktif. Doktor mungkin akan meminta anda menghitung, berapa kali dalam sehari janin melakukan gerakan menendang. Keluhan-keluhan seperti sembelit dan ‘heartburn’ mungkin akan muncul lagi saat ini. Pada beberapa ibu hamil, ada juga yang mengalami gangguan seperti buasir. Ini terjadi kerana (sebab pengaruh hormon) pembuluh darah di sektar anus melemah. Ini gangguan yang umum terjadi dan biasanya akan hilang setelah ibu hamil melahirkan. Untuk mencegah sembelit, makanlah makanan yang kaya serat, cukup minum air dan olahraga teratur. Beberapa ibu hamil mungkin mengalami juga ‘supine hypotensive syndrome’ atau ‘sindroma terlentang'. Ini keluhan pusing yang muncul ketika anda mengubah posisi saat tidur terlentang. Tekanan pada jantung menyebabkan perubahan tekanan darah. Cubalah anda tidur mengiring daripada terlentang, dan bangunlah dengan perlahan (tidak tiba-tiba).
Doa Ibu MengandungYa Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.Aminn..
8 insan comel komen
Mesti dah besar perut tu
ReplyDeleteamin ya Rabbal alamin....insyaAllah moga semuanya selamat. =)
ReplyDeleteaminn..
ReplyDeleteoh dh ada ea? insyaALLAH if yui ada hntr adik, yui msg jijah naaa..
kejap je dah masuk 29mgu...
ReplyDeletehai jom join contest saya.. http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html
ReplyDeletetak lama dah. jaga diri tau jijah. jgn lasak2 sgt ye
ReplyDeletemeh tgk ni
http://lobaksusue.blogspot.com/2013/06/pemilik-halal-cheese-powder-dan-pure.html
:) dah tak lama...jom hitung hari..hehe
ReplyDelete11 minggu lagi kak jijah? mesti kak jijah excited je nk jumpa baby. hehe. mcm baru semalam je kak jijah announce kak jijah pregnant.. =)
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!