berita terkini
putera william
Putera William dan Kate Middleton berlepas ke Kota KInabalu
10:30:00 PM
Semalam lebih 3,000 orang membanjiri Taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC) untuk melihat lebih dekat pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton.
Duck dan Duchess of Cambridge tiba pada pukul 10.30 pagi disambut orang ramai yang berkumpul seawal pukul 8 pagi sambil mengibarkan bendera Malaysia dan Britain.
Ketibaan mereka disambut dengan paluan gendang dan tarian kebudayaan daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta dipersembahkan dengan alunan alat muzik tradisional daripada pelbagai kaum iaitu gambus, kulintangan, sape dan sitar.
Duchess Of Cambridge, Catherine bertudung ketika melawat Masjid Assyakirin dalam lawatan ke KLCC.
Tetamu diraja itu melawat Masjid Asy-Syakirin, KLCC dan disambut oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.
Kate yang mengenakan selendang putih bersama suaminya menandatangani buku pelawat sebelum dibawa melawat ruang dalam masjid.
Pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah petang semalam dalam siri lawatan rasmi empat hari Duke dan Duchess of Cambridge itu ke Malaysia bermula semalam.
Di Kota Kinabalu, pasangan diraja itu diraikan pada majlis sambutan yang dianjurkan kerajaan negeri Sabah malam semalam dan mengadakan lawatan ke Lembah Danum, hutan hujan tropika utama di Sabah hari ini.
Prince William and Kate, Danum Valley Lahad Datu, Sabah.
12 insan comel komen
aah, dia dtg sni. tp x dptla nk g kk. rasa malas. he8
ReplyDeletewah wah wah.. mereka kat KK ker? alahai apsal tak g labuan terus.. sedihnya tak dapat nak jumpa depan2.. suka nya kat Kate..
ReplyDeletekate cantik..;)
ReplyDeleteCantiknyaaaa. Best kalau boleh jumpa mereka ni.. Hehe
ReplyDeletecantiknyaaaa...aduyaiii, kt KK, jauhnya nk pergi.. nak jumpe jugak... *macamlah boleh jumpa*
ReplyDeletetingginya diaaa
ReplyDeletesweetnya couple nih kan, sopan sgt!
ReplyDeletesgt cntik n sepadan mereka ni.
ReplyDeletewahhhh..
ReplyDeletedorg p kk pula.. hohooo..
baru taw ni hehehe..
nampak humble je kan mereka 2 ni. hari tu masa htr kwn kat KLIA kebetulan hari yg sama Prince William and Kate Middleton ni datang Malaysia. tp mase lain2 plak.. huhu
ReplyDeletedorang memey sweet !
ReplyDeletesuka dgn outfit kate. sopan dn kemas :)
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!