Perkembangan Bayi Minggu ke 27

27minggu= 4/6/13 Minggu ini adalah minggu berakhirnya trimester ke-dua dimana anda akan melangkah ke trimester ke-tiga pada m...




27minggu= 4/6/13


Minggu ini adalah minggu berakhirnya trimester ke-dua dimana anda akan melangkah ke trimester ke-tiga pada minggu hadapan. Dengan itu kelahiran bayi adalah menjadi focus utama anda pada waktu ini.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Pada umur ini, fetus mampu membezakan antara terang dan gelap. Penyelidikan menunjukkan bayi di dalam rahim mampu berpaling ke arah lain jika ada satu cahaya yang terang menyuluh pada perut ibu. Bayi kini beratnya dalam 1kg dan panjangnya 15 inci atau 34cm dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari. 

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah sedu-sedan bayi anda, dan ia kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sesuatu episod tersedu itu hanya berlanjutan untuk sekejap masa sahaja. 

Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betis, hemoroid, vena varikos dan gatal-gatal abdomen. 

Doa Ibu Mengandung

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Aminn.. 



You Might Also Like

6 insan comel komen

  1. moga sentiasa sihat yek...sy baru nk masuk 2nd trimester....=)

    ReplyDelete
  2. 27w dh...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. dah cucuk TT utk kali ke2 dah ke dear ??

    ReplyDelete
  4. Mcm tu yea.. Nice sharing.. (^_^)

    ReplyDelete
  5. @eimanextweek baru cucuk ATT dos kedua kak :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!