Bolehkah Bawa Stroller Ke Dalam Kapal Terbang?

by - 12:13:00 PM


Sebelum daku pindah semenanjung hari tu, merata tanya orang bolehkah bawa stroller masuk ke dalam kapal terbang??.. yela dari tempat check in ke ruang menunggu then berjalan sampai ke tangga kapal terbang ambil jarak yang jauh. lebih-lebih lagi nak dukung si hakimi ni memang semangat la.. jadi dengan menggunakan stroller ia memudahkan bawa anak. tetapi masalahnya bolehkah bawa stroller hingga ke dalam kapal terbang??

ok.. masalah selesai bila daku sendiri ada pengalaman bawa stroller ni dengan Air Asia.. tapi ni buat dari KotaKinabalu-KLIA2 untuk bawa stroller ni:

1. Bawa stroller sampai tempat check in/lugage 

2. Bila check in, stroller akan di lekat tag bagasi

3. Stroller tu korang boleh sorong sampai ke tangga kapal terbang

4. Sampai tangga kapal terbang korang kena lipat stroller dan letak tepi tangga nanti krew kabin masuk stroller dalam kargo

itu masa nak pergi.. lepas kapal terbang mendarat prosedur sama juga macam nak pergi..

1. Krew kabin akan letak stroller korang kat tepi tangga kapal terbang atau terowong keluar dari pintu kapal terbang (KLIA2) dan korang boleh la sorong stroller tu sampai ke kereta..



mudah nak bawa anak dengan stroller kan.. tapi paling penting stroller korang ringan dan mudah lipat. huhuhu




You May Also Like

8 insan comel komen

  1. kan thanks jijah berkongsi
    cisu skrg pon guna stroller je
    saya badan nak guna lama.. kekadang je kalau nak dukung tu selebihnya kasik ayahnya aje..

    ReplyDelete
  2. cantik stroller hakimi.,kaler purple lagi tu..

    ReplyDelete
  3. ohhhh boleh la bawak.TQ for info jijah.Tasha xpernh naik flight so xtaw la hehehe

    ReplyDelete
  4. Akak dah habis zaman bawak stroler bagai nih...

    ReplyDelete
  5. Buat masa.sekarang blm ada plan nak terbang kemana-mana.. tp info ni bagus utk org yg nak fly to x sure boleh bawa.ke x stroller.kan.. good job! :)

    ReplyDelete
  6. stroller kena flexible baru mudahkan kerja dan perjalanan kan

    ReplyDelete
  7. wah..terima kasih atas info ni,jijah..tahun ni bolehlah bawa stroller nak balik sabah.

    ReplyDelete
  8. Hihi. Baca juga sampai habis. Moga ada rezeki buat Ros.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!