Friday, January 16, 2015

Hakimi 1 tahun 4 bulan


Lama tak citer pasal anak soleh zulhakimi zaim ni kan. Dah setahun 4 bulan si teruna sorang ni. Besar sudah dia.. macam-macam ragam.. :)

Sekarang ni dah pindah semenanjung tinggal rumah atoknenek hakimi. Hakimi dalam proses nak biasakan diri dengan atokneneknya. Ye la jumpa bila dah besar ni dia taknak dengan orang lain..Payahnya mama nak pergi mana mana. Nak buat kerja apa apa pun susah sebab anak soleh ni berkepit je dengan mama. Langsung taknak dengan orang lain. 

Perkembangan hakimi dah pandai dengar arahan dengan baik. Suruh ambilkan apa apa.. dia pergi ambil pastu cakap "nah". Banyak juga perkataan dia cakap yang kita boleh paham. Tapi kuatnya membebel bahasa jerman dia tu.. hahaha Manjanya dia, suka baring atas dada mama sambil peluk. Oh sweetnya.. ^___^

Sekarang pun dah cekap turun naik tangga. Berlari pun dah laju sekarang. Tak terkejar mama..

Anak mama nampak makin kurus.. baru baik demam,batuk,selsema. Kurang minum susu. Taknak makan. Minum air masak saja. Buntu dah mama ni -_-" tapi perut tetap maintain buncitnya.. hehehe



Aapa-apa pun zulhakimi zaim jadi anak soleh mama ye sayang.. bawa mama dan papa ke syurga nanti...Amin...


5 comments:

  1. salam singgah. inshaAllah anak2 akan sihat, pertumbuhan setiap anak tu kan tak sama :)

    ReplyDelete
  2. Dah besar ni.makin hensem la hakimi.. mmg nampak kurus dia Jijah.. rajin dia nak ikut arahan,kalau Aniq, kita cakap dia faham,tapi payahnya nak.ikut.lagi² kalau suruh ambil benda..dia pandang je sambil berlalu..haha

    ReplyDelete
  3. hakimi ni budak bijak tau, auntie sayang hakimi... :)

    ReplyDelete
  4. Kejap je hakimi dh besar...lpas nih leh tmbh lg jijah..hehehe

    ReplyDelete
  5. bijak dah dia ye..semoga hakimi menjadi anak soleh

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!