Monday, January 17, 2011

Petua Kawal Kemarahan..


Salam kalian :)

Kawal kemarahan kalian pada masa kalian hampir naik radang dan melakukan sesuatu yang kalian mungkin akan menyesalinya kemudian.

Petua:

1.Tarik nafas panjang dan perlahan, kemudian kira dari satu hingga 10 apabila kalian berasa bahang kemarahan semakin meluap. Gunanya masa pernafasan ini ialah untuk menahan diri kalian daripada melakukan sesuatu secara terburu-buru.

2. Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu daripada semua sudut pandangan, bukan saja daripada diri kalian, kerana mungkin pihak yang tersinggung itu tidak mempunyai pilihan lain. Pertimbangkan sama ada kemarahan kalian itu mempunyai alasan yang kuat.

3. Fikir mengenai matlamat dan sebab yang menjadi punca kemarahan kalian. Jangan cepat menyalahkan orang. Fokus ke atas punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kalian.

4. Ambil tindakan positif untuk memperbaiki keadaan itu selepas kalian berada dalam keadaan fikiran lebih terkawal. Sebagai contoh, sekiranya kalian merasakan ketua kalian melayani kalian secara tidak adil, tenangkan diri dulu dan kemudian bersemuka dengannya mengenai perkara itu. Kawal diri daripada melepaskan kemarahan dan melepaskan geram kepada orang bawahan atau rakan sejawat kalian.

5. Keletihan boleh membuatkan kalian lebih cepat marah dan mudah menjadi marah. Pastikan kalian mendapat tidur yang cukup dan makan makanan berkhasiat.

6. Wujudkan satu program senaman yang tetap untuk melepaskan ketegangan dan sifat agresif masih ada secara fizikal.

7. Sekiranya kalian tahu akan isu khusus yang membangkitkan kemarahan, elakkan daripada berhadapan dengannya.

8. Lambat atau berasa ketinggalan mungkin boleh mencetuskan kemarahan kalian dengan lebih mudah. Jadualkan hari kalian dengan memberikan masa lebih daripada cukup untuk berulang-alik dan membuat kerja lain yang perlu.

9. Elakkan melihat sesuatu keadaan dengan terlalu serius. Cuba cari sesuatu yang melucukan kerana ketawa boleh melenyapkan kemarahan dengan cepat



Selamat Beramal......
Kurangkan kemarahan dalam diri kalian ya..Hati akan jadi lebih senang :)


2 comments:

  1. kalu mrh..terus tido..hehehe..

    ReplyDelete
  2. hehee..betui..betui...
    jijah lau marah tidoo jer..
    bangun tak pikir ape dah...heee

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!