Rambut Gugur Kerana Gangguan Emosi

Salam kalian :D Tekanan perasaan atau jiwa dikenal pasti menjadi antara PUNCA utama masalah keguguran rambut berbanding akibat p...




Salam kalian :D


Tekanan perasaan atau jiwa dikenal pasti menjadi antara PUNCA utama masalah keguguran rambut berbanding akibat penggunaan kimia berlebihan yang banyak dijual di pasaran. Masalah keguguran rambut hasil tekanan jiwa membabitkan purata jumlah yang sama antara lelaki mahupun wanita.


Insiden berkaitan keguguran rambut dengan tekanan jiwa ini kerap ditemui. Lebih kurang 60 peratus pesakit yang mengalami keguguran rambut adalah akibat masalah tekanan seperti runsing, tidak cukup tidur serta diet tidak seimbang.


Tekanan jiwa yang dialami lazimnya tidak begitu serius seperti masalah keluarga, kemurungan atau membabitkan percintaan. Ada juga yang mengalami trauma akibat kejadian ngeri seperti kemalangan atau kematian orang tersayang.


Tekanan tanpa disedari mendorong individu melakukan tabiat pelik seperti mencabut rambut di kepala sehingga menyebabkan sebahagian besar kepala menjadi botak.


Tekanan juga mendorong kepada masalah sukar tidur dan corak pemakanan tidak seimbang yang boleh mendatangkan masalah pada rambut


Ada yang mengalami kemurungan akibat kematian orang tersayang dan mula mencabut rambutnya sehingga menampakkan kulit kepala tanpa disedari.


Minuman berkarbon seperti air gas dan kopi boleh memburukkan masalah rambut gugur. Minuman itu perlu dielakkan dan kalau boleh minum air kosong lebih banyak atau air yang boleh menyejukkan badan seperti barli, kacang soya atau kelapa.


Rambut yang sihat mengalami keguguran antara 30 hingga 120 helai setiap hari, tetapi jumlah ini diganti semula. Bagaimanapun, rambut yang bermasalah gugur lebih banyak daripada jumlah ini dan tidak mempunyai anak rambut sebagai gantian kepada rambut yang gugur.


Keguguran rambut terutama di kalangan remaja pula adalah disebabkan penggunaan bahan kimia yang keterlaluan seperti moose, semburan rambut mahupun pewarna. Penggunaan kimia dalam proses memutihkan rambut sebelum mewarnakannya juga adalah antara faktor menyumbang kepada struktur rambut lemah dan mudah gugur.


Rambut yang strukturnya lebih halus lebih mudah rosak akibat aktiviti mengerinting rambut dan teknik meluruskannya. Bagaimanapun, ramai remaja tidak menghiraukan kesannya untuk cantik dan mengikut aliran gaya rambut semasa.



Kalian dinasihatkan agar mengetahui terlebih dulu keadaan rambut kalian sebelum menggunakan sebarang kimia atau teknik bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan. Misalnya, jika jumlah rambut kalian terlalu sedikit, sebaiknya jangan kerintingkan rambut kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan rambut.


Sekiranya ingin mewarnakan rambut, pastikan kalian sering melakukan rawatan rambut atau segera berjumpa pakar apabila rambut kelihatan gugur terlalu banyak.


PETUA:

Bagi mengekalkan rambut sihat, amalkan menyapu minyak rambut lebih kerap dengan menggunakan minyak asli seperti minyak kelapa, selain menjalani rawatan rambut secara tetap.
Diet seimbang dan ketenangan jiwa juga mempengaruhi rambut lebih sihat serta bersinar.
Peluang untuk pulih adalah tinggi iaitu antara 70 hingga 78 peratus, tetapi ini bergantung kepada diri sendiri.
Jika anda rajin, proses pemulihan boleh berlaku lebih cepat iaitu antara 2 hingga 3 bulan. Bagi kes yang lebih serius seperti trauma, mungkin memakan masa sehingga 1 1/2 tahun untuk membolehkan rambut tumbuh dan panjang.


sekian ^^

You Might Also Like

6 insan comel komen

  1. Oooh tq utk info nie yaa cik azizah :)

    ReplyDelete
  2. weeeeeeee..sesama miss dian :)

    selamat beramal ya..

    ReplyDelete
  3. ye setuju...been thru this situation. Stress pasal keje dan masalah peribadi yg teruk..Rambut bersepah2...sampai maid ckp..sygnye bila sapu bilik dpt byk rambutku..huhuhu~~

    Alhamdulillah now dah ok..masalah dah selesai plus penggunaan minyak kelapa. Botol kaler biru..import dr india..bau mcm gula2 kelapa..xbusuk.

    ReplyDelete
  4. sya...jijah pon camtu..rambut gugur sbb mslh punya pasal...

    kdg2 minyak kelapa india yg bagus...de yg busuk..tapi bagus..tu pasal india rambut lebat hitam..hehehe

    ReplyDelete
  5. sya...jijah pon camtu..rambut gugur sbb mslh punya pasal...

    kdg2 minyak kelapa india yg bagus...de yg busuk..tapi bagus..tu pasal india rambut lebat hitam..hehehe

    ReplyDelete
  6. yep, minyak kelapa memang bagus sangat :) memang busuk, pakai sekejap dalam 30 - 1 jam then basuh dah la. hehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!