Racun serangga paraquat bawa MAUT!!
7:40:00 PM
Statistik kes keracunan yang melibatkan parakuat merupakan yang tertinggi di Malaysia berbanding racun makhluk perosak lain..Ini berikutan bertambahnya bilangan kes keracunan akibat racun parakuat sama ada bertujuan untuk membunuh diri, kemalangan yang tidak disengajakan atau pun terdedah semasa mengendalikan bancuhan dan semburan racun tersebut.
Parakuat ialah sebatian bipiridil kuatenar yang disediakan dalam bentuk larutan. Sediaan racun rumpai parakuat di pasaran biasanya mengandungi kepekatan parakuat dalam julat 18 - 26 peratus berat/berat dalam bentuk garam diklorida.
kenapa daku mengupdatekan entry ini?? sebab ward daku ada kes patient "Alleged poisoning paraquat"! dan keadaan dia bertambah2 lemah dan diklasifikasikan "KES TENAT!!"
Risiko
Risiko keracunan termasuk faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan dan kematian akibat keracunan:
· Pendedahan pada kulit dan salur penghadaman(makan/minum) kepada parakuat boleh mengakibatkan ketoksikan yang serius.
· Maut dalam masa 24 jam mungkin tidak dapat dielakkan jika terdapat kerosakan tisu paru-paru, hati, jantung, ginjal dan kelenjar adrenal.
· Kajian mendapati 25 hingga 75 peratus pesakit yang minum parakuat akan MATI. Justeru itu, setiap kes keracunan parakuat dianggap sebagai kes serius dan rawatan perubatan harus disegerakan!!
· Tiada terdapat sebarang penawar (antidot) yang boleh digunakan dalam kes keracunan parakuat tetapi langkah bantuan awal yang dilakukan di tapak keracunan dapat membantu menyelamatkan mangsa keracunan.
· Antara langkah yang disyorkan sebagai rawatan untuk mangsa keracunan parakuat termasuklah penggunaan arang teraktif , bentonit atau Fuller's Earth. Fuller's Earth ni yang daku gunakan untuk rawat pesakit ini.
· Parakuat boleh diserap melalui luka pada kulit dan maut telah dilaporkan berlaku melalui penyerapan kulit. Jika terkena mata, iritasi teruk akan berlaku.
Ciri-ciri Utama Keracunan:
Manifestasi yang dialami dalam situasi keracunan mendadak parakuat ialah:
· Jika terminum (contohnya 7.5-15 ml) sediaan dagangan berkepekatan 20 peratus berat/isipadu larutan parakuat akan mengakibatkan kesakitan, bengkak dan ulser pada bahagian mulut dan tekak.
· Rasa loya, muntah-muntah dan kesakitan di dalam saluran penghadaman atau perut sering kali berlaku.
· Kegagalan buah pinggang boleh berlaku dalam tempoh 3-5 hari.
· Paru-paru merupakan organ ketoksikan keracunan yang utama. Di paru-paru, ion parakuat akan diturunkan menjadi radikal bebas untuk menghasilkan radikal superoksida dari oksigen yang disedut masuk ke dalam paru-paru.
· Tindak balas radikal superoksida dengan lipid pada sel akan mengakibatkan pengoksidaan lelemak dan seterusnya kematian sel paru-paru. Ini menyebabkan paru-paru berparut secara berterusan selama 15 hari. Pesakit akan mati disebabkan oleh pertukaran gas yang semakin menurun di paru-paru.
Dan patient tu semakin lemah dan lemah…mungkin kerana racun tu telah meresapi seluruh tubuhnya. Dan kami tak boleh nak bagi oksigen kerana ia akan membakar lagi organ tubuhnya. Kebanyakan kes begini tak akan lama hidup lama..tetapi daku handle patient ini dia sudah 3hari cuma keadaannya lemah dan tadi MUNTAH DARAH!
Kenapa dia minum RACUN PARAQUAT???
Kerana dia DEPRESSION!! Atau nama lainnya TERTEKAN!!
Jadi,
Kalian diluar sana….TOLONGLAH!! jangan kerana kalian mengalami TEKANAN,kalian sanggup bunuh diri dengan meminum sebarang racun tak kira la ape..malah CHOLOX sekalipon kerana keracunannya amat-amat membinasakan!!
SAYANGILAH NYAWA KALIAN
Kerana nyawa itulah sekali sepanjang hidup kita!!!
p/s : lau minum racun paraquat ni mati terus tak pe...ni kan da menyeksakan diri sendiri..susah nak kata! tapi kesihan patient ni...daku tak sampai hati nak tgk terseksa walaupun itu salah dirinya sendiri....Selamat beramal...
0 insan comel komen
Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!