Monday, February 13, 2012

Petua Memilih atau Membuat Bunga Pegang Untuk Hari Perkahwinan


Assalamualaikum ^^


Zaman sekarang trend pengantin duduk pegang bunga tangan atau bouquet semasa upacara persandingan. Daku tengok semua cantik-cantik dan menarik! terus berbunga-bunga hati kecil ku ini. hehe ~~


Petua memilih bunga pegang untuk majlis perkahwinan daku kongsikan pulak dalam entry ini.

Saiz bunga pegang bergantung kepada pilihan bunga bunga dan warna. Selalunya bunga pegang digubah bersaiz sederhana besar untuk mengelakkan pengantin kelihatan 'semak'. Jikalau menggunakan bunga ros, pengantin hanya memerlukan satu atau dozen bunga sahaja tetapi mungkin berbeza mengikut jenis bunga yang digunakan. 
Bunga hidup lebih sesuai berbanding bunga plastik kerana ia lebih cantik selain daripada menonjolkan konsep segar. Untuk memastikan kesegaran bunga, eloklah gubahan dibuat sehari sebelum bunga pegang itu hendak digunakan.
Warna pilihan bunga amat penting kerana jikalau terlampau kontras dengan warna pakaian, ia akan terlalu menarik tumpuan sehingga menenggelamkan fokus terhadap pengantin. Sebaik-baiknya biarlah warna bunga pegang itu senada dengan keseluruhan penampilan pengantin. Lebih malang, jika pilihan warna bunga pegang yang kurang sesuai menyebabkan pengantin perempuan kelihatan 'garang'. Sewajarnya pengantin perempuan kelihatan suci dan lembut di hari perkahwinannya.
Untuk riben ikatan bunga pula, seelok-eloknya pilih riben yang diperbuat daripada satin berkilat. Riben plastik nampak murah dan hanya sesuai jika ia berfungsi untuk mengikat jambangan sahaja. Riben satin yang berkilat boleh dibiarkan bergulung-gulung panjang untuk menambah keanggunan. Elakkan daripada bunga pegang dicacatkan hanya kerana pilihan riben yang kurang sesuai.
Kalau bunga plastik yang anda pilih, pastikan bunga yang dipilih berwarna pastel serta lembut. Warna garang hanya akan menyebabkan ciri-ciri plastik lebih ketara.





Selamat Mencuba ^^




tak pasti nak DIY handbouquet o tempah jer. hhuhuhu


13 hari lagik! huhuhuhu



7 comments:

  1. eca pena berangan2 nanti bunga tangan ne bunga tulip tertutup....kaler pastel.lawa...tapi kawennya ntah bila.wkwkwkw XD

    ReplyDelete
  2. kalau rasa boleh buat.buat je jijah..kalau rasa tak sempat..pass pada yg lebih pakar.^__^

    ReplyDelete
  3. cntik :)
    jika kawin buat di negeri mana?

    ReplyDelete
  4. dni nyer bunga tangan warna pastel :)

    ReplyDelete
  5. waa..info yg mnarik ^_^
    bunga hidup cantik kan :)

    ReplyDelete
  6. Untuk bakal menjada raja atau peteri sehari nanti... Ini info yang menarik nii..

    WuMing dah kahwin..cukup dah satu...

    ReplyDelete
  7. wat sndiri je..smple..cntik.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!