Yusry dan Lisa Surihani Selamat Diijabkabulkan

Alhamdulilah dengan hanya sekali lafaz, Yusry dan Lisa Surihani sah bergelar suami isteri dalam upacara akad nikah yang berlangsung...




Alhamdulilah dengan hanya sekali lafaz, Yusry dan Lisa Surihani sah bergelar suami isteri dalam upacara akad nikah yang berlangsung di Ballroom Hotel Marriot, Putrajaya. Yusry dan Lisa dinikahkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.


Pada majlis pernikahan itu, pihak Lisa menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa sireh junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan sembahyang, kelengkapan lelaki, koleksi CD Beattle, keyboard, kek dan coklat. Yusry pula menyerahkan sebentuk cincin, seutas rantai, tepak sireh, kelengkapan sembahyang, kek dan halwa.


Majlis akad nikah yang dikendalikan oleh DZMS Events itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage yang bertemakan ‘Winter Garden’. Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan Yusry dan Lisa pula akan diadakan pada Ahad ini (26 Februari 2012) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

You Might Also Like

2 insan comel komen

  1. Lisa yang sweet ^__^. Sangat cantik dan berseri seri.

    ReplyDelete
  2. makeup gelap ke lisa ni?opss

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!