♥Cik Azizah♥: 01_11

Monday, January 31, 2011

Boleh Masyuk dengan HeartBeat! Try lah..


hai kalian :)

kalian tahu lau kalian pasang HeartBeat ni kalian boleh menjana pendapatan dengan lebih mudah?macam nuffnang jugak ni..

tak rugi lah lau kalian join HeartBeat ni..rata-rata blog sudah pasang pon..
Selain dapat income kat sini kalian jugak boleh beli barangan yang ada dalam ni..
macam-macam cenderahati ada dipromosikan di HeartBeat ni..
Cenderahati untuk diberi hadiah untuk keluarga ke...boyfren o girlfren tak kisah...semua ade..

Jom la sign up! Betul tak rugi!


first kalian klik kat HeartBeat bawah ni



klik kat KLIK ICON HEARTBEAT


klik kat Create Account



kalian isi semua form tu



then klik agree>continue



akan keluar ni klik JOIN HB AFFILIATE


da klik ONLINE APPLICATION

isi semua form di bawah ni.




Klik CONTINUE dan akan keluar ini..
KLIK MYHB!Affiliate


KLIK GET CODE untuk letak kat wall kalian


pilih CODE yang kalian mahu



ok COPY CODE di atas tu macam biasa guna

DESIGN>ADD GADGET>HTML>PASTE>SAVE






kalian copy 3 CODE untuk diletakkan di mana2 saja



TenQ sudi Membaca :)

Selamat Mencuba!


jangan lupa ya u click me i click u,
kalau 50 orang klik hari ni kalian da dapat rm2
kalau sebulan rm2 x 30days = RM60
ha kan banyak tu..

jom main klik2..tak de nya isu fraud klik pon..
free money wei! sape nak bagi!

sudi2 la kiranya menderma disini :)



Paroi~ Lagi Wedding Zaquan Adha dan Ayu Raudhah



Oh kalian.........



daku masih tak puas hati melihat gambar-gambar SUPERB masa wedding
Zaquan Adha dan Ayu Raudhah ni!

Cantik gler wedding Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha masa Majlis Persandingan di Kedah
dalam entry daku yang lepas..

sangat jeles wei!cantik! superb! gorjes!


kali ni belah lelaki pulak majlis resepsi di Pusat Dakwah Islamiyah Paroi



tengok la kek dia...
bola dengan cupcake tu!
nyummy...sedapnya!


suap jangan tak suap ya

asyik gambar baik pose je kan!

ha.......mik ni!!

best gler lau shot camni!!

-
-
-
v




akhir sekali tabik la gambar-gambar ni semua dari Piccalasso Studio.com

sangat teruja dengan gambar-gambar dorang!

Like Page PICCALASSO di FB


nak tengok entry yang lepas SINI dan SINI




Suai Kenal BLOGGER BARU : Edisi Februari




segmen yang di anjurkan oleh abg ben lagi untuk Edisi Februari


Pendapat yer mengenai laman web WWW.1TUBE.MY

Mula2 nak cakap Tahniah!! kerana Malaysia pon boleh membina laman web ni yang seakan-akan Utube..purata videonya berasal dari Malaysia! dan setakat ni imej dari Itube ni bersih!
yang paling utama jijah suka logonya yang menarik!
melambangkan 1 Malaysia! Tahniah!


DUNIA BLOG SEMAKIN MENARIK KERANA

dengan adanya blogger otai seperti abg ben ni yang menjadi panduan para blogger baru untuk lebih meningkat lagi.. Selain itu bila kita berblogwalking kita akan mengetahui cerita yang dipostkan oleh blogger tersebut secara tak langsung kita dapat ilmu dan info berkenaan. wujudnya pihak ketiga iaitu Nuffnang untuk menjana pendapatan sampingan para blogger yang rajin mengupdate entry mereka tu. Suka apabila karya dan status kita di baca oleh orang ramai terutamanya jika kita postkan entry kita di facebook!
dan seterusnya dengan adanya Kami Si Blogger dan Sahabat Blogger di facebook kita dapat beramah mesra dengan mereka tu selain dapat mencari follower baru...hehehe


JIKA NAK JOIN-->KLIK INI


~SEKIAN TERIMA KASIH~



Putar......Jilat....dan Celup...




Assalamualaikum kalian :)

selamat petang.......

time-time hujan macamni mula lah perut asyik menyanyikan dondang sayang jer...huhu
lapar wei hujan-hujan camni!
kalian tak rasa lapar ke??
daku ni rangka je ade...memang amat pelapar orangnya....hahaha

puas mencari makanan.....

akhirnya jumpa...............

OREO!!




kalian pasti ingat kan iklan PUTAR,JILAT DAN CELUP! hahahaha
alaaaaaaa pasti la kalian tahu kan...
tipu lah tak pernah makan! hahahaha

nampak amat menyelerakan time petang2 camni kan.
ditambah lagi apabila di celup dengan susu!!

sedap wa cakap lu!hahahaha





susu yang berkhasiat untuk tulang yang sihat!

lagi sedap jika kalian turut sama dapat menjamukan minum petang kalian dengan biskut OREO ditambah dengan secawan susu atau milo panas!
perghhhh!!!
sedap!!



jemput minum petang sama jijah jugak!!
ngeeeeeeeee :P



Sunday, January 30, 2011

Kami Si Blogger FB





Assalamualaikum kalian :)


entry terakhir daku malam ni..
daku buka Facebook baru kejap biasa lah baru balik keje...ngeeeee
Admin Kami Si Blogger iaitu Oh Mejuez invite daku dalam Banner Code untuk Kami Si Blogger!

Ya!! daku tertarik dengan banner ni untuk di letakkan dalam blog daku!

Ape kelebihan plak ek Kami Si Blogger ni??
  • mengumpulkan lagi ramai para blogger
  • mestilah boleh update blog n entry terkini kat situ
  • boleh gak cari follower baru kt sini...hehehe
  • boleh kongsi contest terbaru yang blogger lain join..
banyak lagi la...

ape lagi jom la join mane yang ada Facebook tu!





p/s : lagi ramai blogger join sini lagi bagus sambil tu leh tukar-tukar link! nak cari banner untuk Sahabat Blogger di Facebook pulak!




Angin kuat,Dewa orang Cina turun Chinese New Year


Assalamualaikum kalian :)


ni nak menjelang Tahun Baru Cina perasan tak hujan memanjang je kan..
Mereka kata mengikut kepercayaan orang cina bila nak menjelangnya Tahun Baru Cina ni,
angin yang bertiup kuat ni menandakan dewa-dewa mereka turun ke bumi..

Betul ke ek??

Jadi mereka berkata lagi banyak "ONG" la kalau angin kuat-kuat macam ni...
alaaaa turunnya dewa tu ibarat dirahmati lah dengan besertanya angin kuat!
Memang sejak 2-3hari nak Tahun Baru Cina ni memang angin begitu kuat cuaca pun redup jer....
tapi tu la yang tak bestnya disertai hujan lebat plak tu......
aduhai............

Wallahualam


P/s : tetap berpegang teguh pada ajaran Islam...turunnya hujan dari Allah SWT....






Friday, January 28, 2011

~Itulah Sayang~





tanya sama hati apa asal sayang

adakah tandanya nampak dipandang

kumbang rayu bunga bulan bintangnya

punya tanda-tanda hubungan mesra


tanya sama hati pernahkah merindu

ingat masa lena apa mimpimu

masa berjauhan apa nak dikenang

bila dipahamkan itulah sayang


masa berjauhan apa nak dikenang

bila dipahamkan itulah sayang


itulah sayang




~The Ramlee Feat Liyana,Mira,Yuna,Najwa~




BEN ASHAARI BLOG


abg ben tak pernah kering idea kan...

Jom lah join Bloglist Abg ben ni ha...




Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini ..

ha...dalam sehari ade la 2-4 entry yang mampu daku post..hehee
setakat ni ade 296 entry daku..ngeee


Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI ..

sebab nak belajar jadi otai blog cam abg ben. blog abg ben kan famous glamous...
dapat berkenalan dengan lebih ramai para bloggers lagi..


Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?

hahaha...soalan!
lau lah blog daku popular mestilah daku mempertingkatkan lagi dalam mencurahkan ilmu petua,tip-tips,kesihatan yang ada dalam blog daku ni.
daku tak sombong tau...sedia terima kutukan dan kritikan dalam dunia blogging ni..




p/s : daku lagi suke header abg ben yang lama lah....abg ben...huhuhu


My PE Servis 1000km



owah..kereta daku ke ni...ngeeeeeee :P


Assalammualaikum kalian :)


28.1.2011 harini servis pertama my PE♥Persona Elegance♥♥..
tapi servis pertama daku pun da over limit 1164km..hehehe



jadi memandangkan my PE dah pun lebih 1000km perjalanan
dan dah lebih 1bulan pakai...
haruslah membuat 1st service di Pusat Servis Proton berdekatan....hehehe

Servis pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta..Perkara yang diperiksa pada servis pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box.

Jangan abaikan service pertama ini tau kerana pada masa ini minyak enjin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam enjin
akan dibuang bagi mengelakkan enjin dan gear box terhakis..

Jadi, Servis pertama ni tak la mahal sangat lebih kurang RM109 sahaja...ngeee
tu pon tukar minyak hitam,minyak gear box je kot...
entah rasa mahal ke tak ek...daku bukan tahu pasal kereta pon...
yang pasti tahu bawak jer.....hahahaha
tak sampai setengah jam da siap!

disebabkan beli minyak petronas dalam servis ni daku pon dapat la free gift iaitu........


cube teka ape ade dlm kotak petronas ni???

-
-
-
-
-
-
-
-
-

taraaaaaaaa..........



ade mug 4 biji wei.....
cantik giler!
suke...suke...suke...


~~terima kasih membaca~~



Wednesday, January 26, 2011

berukband over limit!




oh tersangat la geram
apabila berukband da over limit!!
sengal!

nak buka apa pon payah!
nak blogwalking lagi la tak leh!

ni la padahnya
berukband nak bayaran murah
tapi online 24jam..
kahkahakahkah...

padan muka jijah oi!

maaf lau jijah tak sempat nk blogwalking..
n follow kalian tu..
line teramat la slow
gara-gara sebab da over limit!
huuuuuuuuuu..

wueeeeeekk :P



Tuesday, January 25, 2011

7 Tips Nak Kahwin Awal.



Assalamualaikum kalian...

Kahwin awal???
Tentu kalian pernah berbincang atau dengar-dengar tentang isu ini bukan.. Boleh ke? Sanggup kah kalian?? Adakah ia membawa kebaikan daripada keburukan?? Atau Sebaliknya??
Sebenarnya mestilah ada baik buruknya. Kebaikkannya ia boleh mengelak daripada berlaku fitnah serta dapat menjaga kehormatan diri kalian dan pasangan. Lebih-lebih lagi ketika bercinta usia muda-muda ni darah muda memang sedang membuak-buak nak kahwin..Betul tak??? malu pulak kalian ni..ngeeeeee :-)
Berkahwin muda memang banyak cabaran berbanding berkahwin agak lewat. Tetapi jika mempunyai hasrat untuk berkahwin awal teruskan sahaja hasrat murni kalian tu. Tetapi haruslah lebih baik lagi jika kalian sudah membuat persediaan yang rapi sebelum melangkah ke alam perkahwinan di usia muda.

Ha...ini dia 7 tips yang boleh kalian penuhi terlebih dahulu jika kalian berhasrat ingin kahwin awal di usia muda :
  • TIPS 1: Si suami perlulah mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap. Ini merupakan perkara paling utama. Sekurang-kurangnya si suami harus lah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup kalian berdua. Kalau kalian berkerja sendiri tidak makan gaji pun, pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan kalian adalah stabil untuk beberapa bulan.
  • TIPS 2: Mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Mengikut nasihat pakar kewangan, kalian haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian kalian di mana-mana akaun simpanan.
  • TIPS 3: Mind-setting yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan.
  • TIPS 4: Berfikiran matang dalam membuat keputusan serta ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda di dalam rumahtangga kalian. Sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.
  • TIPS 5: Telah mendapat restu ibubapa. Perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana kalian haruslah mampu menyakinkan mereka kerana kalian ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia kalian yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu.
  • TIPS 6: Boleh bertolak ansur sesama pasangan kalian dan tidak hanya mementingkan diri kalian seorang sahaja. Jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga kalian itu.
  • TIPS 7: Sentiasa bersangka baik terhadap pasangan kalian setelah berkahwin nanti. Kalian dan pasangan kalian masih muda ketika berkahwin. Jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan kalian mungkin diminati oleh orang lain. Iyelah, masing-masing masih cantik dan hensem-hensem kan.
Akhir sekali di ucapkan Selamat Melayari Bahtera Perkahwinan..dan berusaha lah yang terbaik dalam rumahtangga kalian itu..
Selamat Beramal :)
~ikhlas dari Cik Azizah~



~Mengubati Hati Yang Luka~



Hai kalian.....

Tahu camner cara nak mengubati hati yang sedang berduka kerana terluka??


1. Lupakan Kenangan Pahit.

Ala...kalian mengaku sajalah yang kalian tu sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu. Mulai hari ini, kalian tekad untuk melupakan semua itu, Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan kalian, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Kalian tidak akan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tetapi lakukan sedikit demi sedikit dengan mengalihkan perhatian kalian kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri. Boleh kan kalian?

2. Buang Sikap Risau.

Sikap risau boleh menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah. Ia juga memberi kesan buruk pada kesihatan kalian dari segi fizikal dan mental. Risau membuat kalian selalu menjadi sedih dan kecewa, kadang-kadang rasa takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri kalian mengawal emosi.

3. Belajar Menjadi Pemaaf.

Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif seperti takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati dan lain-lain.
Sebenarnya kalian selalu rasa sedih dan kecewa kerana kalian tidak memaafkan kesalahan diri kalian di masa lalu ataupun mungkin kalian tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri kalian satu ketika dulu. Kalian juga mungkin susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri kalian, yang membuat kalian rasa sedih, kecewa dan geram.

5. Ketawa, ketawa dan terus lah ketawa.

Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan kalian dan menjadikan kalian lebih girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri kalian dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar kalian boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan kalian boleh ketawa???

6. Ubah Fikiran

Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada kalian, cari cara bagaimana kalian boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki kalian murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada kalian. Kalian menjadi apa yang kalian selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan kalian boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk,kalian dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’.

Bukan keras sembaranganlah, maksudnya kekerasan hati,kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan kalian di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang kalian pernah lakukan pada orang lain, mungkin ada walau kalian sendiri tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk kalian.Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Sangat berguna tips-tips ini..Semoga kalian dapat menjadikan ini panduan dalam kehidupan seharian kalian..




Monday, January 24, 2011

Erti Disebalik Kesetiaan...



Kalian....


Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti KESETIAAN dalam sebuah perhubungan.
Ramai yang bertanya mengapa lah kita perlu SETIA,
sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini,
sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan
dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan KEKASIH.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting,
Ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai KEKASIH.
Alangkah sedihnya apabila tanggungjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…?
Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata CINTA kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita ini seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas.
Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan…
Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya…
Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasannya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, kalian adalah yang terbaik sekali. Jadilah insan yang boleh membahagiakan pasangan kita tanpa rasa jemu.
Jika kalian dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam,
tetaplah menjadi yang terbaik.
Kerana kalian mempunyai maruah diri,
jangan samakan diri kalian dengan insan yang tidak setia.

Kalian telah melakukan yang terbaik untuk pasangan kalian dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya.
Mereka yang tidak pandai menjaga harga diri mereka.
Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang kalian lakukan…

Tidak penting untuk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana,
dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan…
Tawakal dan redha lah…

Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…

Pilihan adalah di tangan kalian…



~Selamat Beramal~

ikhlas dari Cik Azizah :)


Ciri-ciri Orang Yang Mempunyai Penyakit Hati!



Kita akan memiliki sikap suka berfikiran negatif apabila:


1. Kita memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.

2. Kita memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.

3. Kita cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda, perkara.

4. Kita selalu suka komen, mengutuk, mengkritik, hentam belakang.

5. Kita suka bercerita keburukan orang - ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga

6. Kita tidak pernah terfikir untuk merasa bersyukur.

7. Kita susah sekali meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.

8. Kita sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada diri kita.

9. Kita banyak bercakap untuk menampakkan diri kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tidak penting bagi kita, kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak setanding diri kita.

10. Kita suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.

11. Kita lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.

12. Kita sakit hati melihat orang lebih berjaya dari diri kita atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari kita.

13. Kita menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar kita, sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.

14. Cakap tidak berlapik, tidak sopan, main hambur ikut suka hati.

15. Mahu orang lain hormat kita, tetapi susah untuk kita menghormati orang lain.

16. Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat kita marah.

17. Menganggap diri kita kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.

18. Anggap apa yang kita miliki jauh lebih hebat, pencapaian kita lebih hebat dan kita tidak sanggup dikalahkan.

19. Malas nak belajar sesuatu perkara baru.

20. Tidak mahu berubah, selesa kekal dengan yang ada.

21. Mahu orang lain mengikut saranan kita, langsung tidak menghormati keputusan mereka.

22. Berlagak seolah-olah kita orang penting ketika berada dalam sesuatu majlis keramaian.

23. Amat menjaga sembahyang, tetapi mulut memaki-maki dan hasad dengki selalu.



Semoga kalian tidak tergolong dalam 23 perkara ini..

Wallahualam~~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © 2011-2013 Reserved to Cik Jijah's Blog's
Design by Azhafizah.Com