agama
anniversary
Suami Isteri Berbaloikah Hubungan Jarak Jauh
12:00:00 PM
Rasa untuk bernikah adalah fitrah yang ALLAH datangkan dalam diri setiap hambaNYA. Manusia merindukan kasih sayang hidup berpasangan. Kita menginginkan kemesraan dan kebahagiaan melingkari kehidupan bila mana kita memilih untuk bernikah.
Namun situasi hari ini, suami dan isteri kadang-kadang menghadapi dilema perpisahan perhubungan jarak jauh kerana tuntutan kerjaya. Berjumpa sebulan sekali atau dua kali. Atau jarang sekali.
Si isteri bekerja di negeri atau negara lain dengan gaji yang selesa. Si suami juga berada di tempat kerja lain, yang mungkin juga di kampung halaman sendiri yang menjadi keselesaan dan keutamaan.
Lalu apakah nilai pernikahan jika dihambat perpisahan dan kejauhan?
Suami mengharapkan belaian cinta kasih isteri, yang dulunya haram.. kini setelah halal bermesra-mesra, namun berjauhan pula?
Isteri berharap suami menjadi teman cinta yang melindungi dan menjaga dirinya dalam pelbagai perkara, namun suami jauh terpisah oleh sempadan negeri dan negara?
Isteri lah yang wajar mengikut jejak suami, walau di bumi mana sekalipun suami bertugas. Apatah lagi, jika ia adalah permintaan suami, maka isteri wajib berusaha untuk taat dan melepaskan kerjayanya. (Namun ada kerjaya tertentu seperti tentera, kelasi dll yang pastinya tidak memungkinkan isteri mengikut suami).
Kewajipan untuk taat dan mengikut suami bukanlah syariat ALLAH yang zalim. Maha Suci Allah dari semua itu. ALLAH sebaik-baik penyusun kehidupan, maka kita bersangka baik bahawa semua sistem dan peraturan yang ALLAH letakkan antara suami dan isteri adalah untuk memelihara kehidupan bekeluarga.
Duduk jauh vs duduk sekali
Setelah duduk satu rumah, hari-hari bertemu muka... awal-awalnya kalian merasakan kebahagiaan hidup berdua. Saling memanjai, saling berkasih sayang, segala aktiviti terasa 'sweet' dan indah.
Dalam masa yang sama, berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan. Syaitan telah bersumpah di hadapan ALLAH untuk memecahbelahkan kasih sayang dan persaudaraan. Rasul SAW juga mengungkap dalam hadisnya bahawa syaitan sentiasa bersama kita dalam setiap keadaan , dan mudah mempengaruhi bila kita lupakan ALLAH.
Dan syaitan yang paling hebat mendapat pengiktirafan di kalangan 'geng' mereka adalah, syaitan yang berjaya memisah-misahkan suami isteri..
"Dulu masa bercinta ok je? Dulu masa duduk jauh ok je? Kenapa sekarang macam banyak je yang tak kena.. Asyik nak bergaduh..."
Saat berjauhan, hati sering merindu. Ada rasa teruja dan bersemangat menanti pertemuan saban minggu atau saban bulan. Hati dan diri berusaha memberi yang terbaik pada pasangan.
Namun bila duduk satu rumah, semakin banyak perkara yang dihadapi bersama, pastinya suasana menjadi lain. Apatah lagi perasaan cinta selepas bernikah, sukar untuk terus segar seiring dengan masa.
Percayalah..semua pasangan akan berkonflik untuk fasa membangunkan keserasian dan kefahaman. Jadi harus positif, bersedia untuk belajar dan berubah. Kebahagiaan dalam pernikahan tidak subur dengan sendirinya, perlu konsisten berbuat baik, perlu bermujahadah untuk berakhlak baik, perlu ikhlas... mencintai dan melayani suami dan isteri kerana benar-benar inginkan redha tuhan.
Jika tidak ikhlas mencintai manusia kerana ALLAH , hati terasa sakit mencintai manusia. Tanpa ALLAH di hati, hati tak mampu memaafkan.
Ujian bakal menerpa silih berganti. Ujian kewangan, ujian mertua dan ipar duai, ujian hubungan seksual, ujian kerjaya, ujian komunikasi dan lain-lain lagi bentuk ujian kecil dan besar...
Malah betapa banyaknya pasangan yang rasa 'sesak dada' menghadapi pelbagai-bagai perbezaan yang seakan menghapuskan cinta yang pernah mekar di dalam dada. Perbezaan psikologi lelaki dan perempuan, cara bertindak, dan cara berperasaan..jika tidak berusaha difahami, isteri semakin bosan dengan gelagat suami, suami semakin bosan juga dengan kerenah isteri..
Juga cara berpenampilan, cara makan dan minum, cara tidur, cara mengemas, cara menjaga kebersihan, cara bersosial, cara mendidik anak, cara bershopping... salah satunya atau kebanyakkan perkara ini jika tak ditangani dengan baik menjadikan hati-hati kita kecewa dengan pernikahan.
Malah jika semua bentuk-bentuk ujian ini tidak dihadapi dengan emosi dan pemikiran yang matang, bersedialah anda untuk bercerai selepas dua tiga tahun usia pernikahan..
Perkongsian ini bukan untuk menakutkan, tapi dari pengalaman isteri-isteri /jua suami-suami yang berkongsi permasalahan.
Ayuh belajar berkomunikasi dengan baik dalam hubungan pernikahan yang dijalin ALLAH ini. Ungkapkan terima kasih dan penghargaan atas perkara kecil dan besar yang dilakukan pasangan. Nyatakan ketidakpuasan hati jua teguran dengan hikmah dan bijak. Saling menasihati dengan kesabaran dan kasih sayang..
Oleh itu, andai diri bersedia untuk duduk dekat dan serumah dengan suami, bersedialah mental dan fizikal untuk melaksanakan kewajipan sebagai isteri, sebaiknya dan seikhlasnya.
Berusahalah menjadi hamba yang soleh. Berimanlah pada ketentuan tuhan. Moga pilihan kita hari ini akan memberi makna dan nilai yang besar pada saatnya waktu bertemu Tuhan.
Hari ni 10 bulan usia perkahwinan kami...InsyaAllah jijah bersedia serumah dengan suami :)
56 insan comel komen
jijah mmg seorg isteri yg kuat =)
ReplyDeleteDah 5 bulan kahwin dan duduk jauh-jauh sebb tuntutan kerja....
ReplyDeleteramai yg PJJ sekarang ni....tuntutan kerjakan.minta transfer xdpt,dah beranak pinak pn msh berjauhan...:(
ReplyDeleteJauh ke dekat ke jarak kite dengan pasangan kite bukan ukuran, yg penting, diri kita ni, kuat ke melawan nafsu syaitan, yg sering menggoda melakukan kejahatan...
ReplyDeleteiman harus kuat di dada...sentiasa ingat dan dekatkan diri dengan Allah swt.. mohon pelindungan dariNYA, tapi Jijah dapat dok dekat suami pas ni.. mesti bestkan! dah dekat senang skit, ade org tolong tgk2 kan.. tol tak...
Lm tu,dkt sethun
ReplyDeletebaca entry kak jijah ni rasa takut plak. mcm tak mampu la plak. huhu
ReplyDeleteinsyaallah jijah..pasti bahagia disisi suami..
ReplyDeletekalo duk dekat2 xde gaduh2 manja x best jgak..br ade adegan2 pujuk memujuk..hehe
klu bercinta,berjauhan pun xde mslh kan...tapi bler dah sah...berjauhan ia nyer menjadi 1 permasalahan kan.. Itu lah dugaan nyer...Ape2 pun...x lame lagi dah x cmtu kan...rezeki dpt tukar duduk bersama suami tercinta..:)
ReplyDeletesalam jijah
ReplyDeletedila suke sangat entry jijah kali ni
sangat2 setuju dengan entry ni
konflik....
dila yg baru 4 bulan lebih kawin ni pun dah banyak sangat konflik dgn husband..kadang2 tu lemah jugak..tambah2 bile syaitan menghasut, dan xdapat nak control emosi......
And now, dila dapat offer keje kat singapore...gaji sangat lumayan
tapi husband kat sini (KL)
hubby kejap bagi pegi kejap tak bagi pegi...and now, dila xpegi..
tapi..........................
hurmmmmm konflik and masalah pas satu, satu lagi datang
memang eh camtu?
tahniah jijah..dah dapat serumah ngan hubby... :)
@nuyui a.k.a miss YUI eh yeker yui...hehe :p
ReplyDelete@Ainisamalah... nak buat camner kan..
ReplyDelete@Aishah Jahirah sabar jelah yer.. jijah pon macam tu gak..
ReplyDelete@eMMebetul2.. Alhamdulilah.. hebat perancangan Allah
ReplyDelete@cik chinta kejap je masa berlalu nak setahun dah..
ReplyDelete@aisya hish jangan... seronok hidup berumahtangga ni...
ReplyDelete@Nens Collection hehe betul gak tu kak! baru la meriah..hehe
ReplyDelete@Nieyl hidup penuh dugaan yang... kena tabah hadapi.. semuanya ada hikmah.. Alhamdulilah dapat dah hidup bersama..
ReplyDelete@dilla nadila rezeki tu dilla! tapi dilla kena bincang dengan suami mane yg lebih baik.. duduk berbincang bersama2.. jangan emo.. dulu kita bercinta situasi lain.. skrg dah kawen lain...konflik pasti ada dlm rumahtangga jijah pon tak terkecuali tp kena bijak hadapi k...sabar n tabah! pasti ada hikmah..
ReplyDeletebest entry ni :)
ReplyDeletemiza couple jarak jauh.
insyaAllah ada jodoh nanti mungkin pjj jugak. jauh dekat takda masalah yang penting kena saling percaya antara satu sama lain.
tapi masalah bisikan syaitan itu yang menjadi punca gadouh pumpangpumpang. hehehe
@Miza Yusof jadi bila ada konflik duduk berbincang...give n take.. InsyaAllah semuanya akan baik lepas tu..
ReplyDeletesmkn dkt,smkn matang kan...
ReplyDeletehaha. tu la kak jijah, sape yg taknak.. tp skrg ni blaja pun tak habis lg.. tp kena jugak fikir dr skrg kan. takkan la nnti2 baru nk fikir bnde2 camni. lgpun umur bukannya makin muda.. harus la planning dr sekarang ye.. haha.
ReplyDeletebetul tue jijah..ada kawan akak bila dah duduk serumah tak smpi dua bulan..tup2 bercerai..
ReplyDeleteMV mmg x pena berjauhan dgn hubby cuma dulu lah dia kat Kl MV kat Jhr.itupun setakat 2 minggu...hubby tak sgup nak jauh2
@Eca Dwinky Asha hehe betul tu :)
ReplyDelete@aisya yup aisya harus pikir dari sekarang.. n mula berjimat cermat k... Insyaallah di permudahkan..
ReplyDelete@Mrs Velentine pokok pangkal tanya iman kan kak... bila ada konflik kena pandai atasi..
ReplyDeleteakak dulu pun duk berjauhan dgn suami..dia kat kluang akak kat jempol.mule2 tuh akak xksah sbb dh tugas lgpun jwtn akak nih terhad pyh nak tukar ikut suami. smp la dah pregnant,akak xleh duk jauh ngan suami sbb bile pregnant ank sulg nih phm2 la alahan mcm2.bile duk jauh memg pyh,sbb tuh seelok2nye isteri kena ikut suami.dugaan berumahtangga nih lg besar...
ReplyDeleteKalo linda mesti x kuat utk bercinta jarak jauh, sebab dah bese jarak dekat. Kuat jijah hadapi dugaan kan.Mula2 duk serumah mesti kekok kan, kne banyak brtolak ansur
ReplyDelete@PinkUmmi haah kan..tu pasal kalau minta tukar pasti dapat punya kan...seelok2nya tempat isteri di sisi suami..
ReplyDeletetak berbaloilah.... tapi itulah kehidupn....
ReplyDeleteanak buah pun isteri dia sanggup mintk tukaq ke hospital baling asalkn dpt duk dgn suami... dia asal org kl....
apapun asalkan bahagia...
ermm...xleh nk bagi komen sebab saya single lg...xtw nk bg pendapat...hehehe
ReplyDeleteHotel Dibina Atas Pokok
Nice one! All the best in life ok. Be strong :)
ReplyDeletesetiap perkara pasti ada cabaran dan dugaannya..semoga jijah terus kuat dan bersemangat!yeah!hihihi... ^___^ happy for you dear..
ReplyDeleteBulan depan sis pulak kena duk jauh ngan suami..hu..hu
ReplyDeletewell said.. sy pun tktau lagi camana perancangan masa depan.. jijah dapat hospital mana?
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSalam perkenalan :)
Ros singgah dan follow sini..
PJJ--Perkahwinan jarak jauh.. Ros pun tengah mengalaminya ni.. dah genap setahun Ros berjauhan dengan suami atas tuntutan kerja. Ros kat KL dan beliau di JB. Yelah, kerja gov, mintak posting memang susah sikit.. Tapi, Alhamdulillah Ros baru dapat posting dan akan lapor diri minggu depan.. Memang agak mencabar PJJ ni.. Yang penting saling percaya, jujur dan tabah.. Memang kena banyak sabar bila dok jauh ni kan.. Hanya yang mengalami dapat faham kan :)
Untuk Jijah, sabar ye..
setiap pilihan ada cabaran dan dugaan..
ReplyDelete*** tapikan jijah kalau dok sekali ni nak2 time majuk boleh pujuk ala2 aksi menggoda dan menggedik sikit :)
tu lah pernah gak duduk berjauhan terasa susah sangat ...tapi biler duk sekali sangatlah best...hidup bersama memang banyak cabaran cuma kita toleransi...
ReplyDeletesedih je lau berjauhan kan..tp kdg2 ada tuntutan len yang mengikat..:)
ReplyDeletejarak mematangkan kita ..
ReplyDeletesaya masih lagi PJJ. kuat atau tidak saya sedang mempelajarinya :)
ReplyDeletealhamdulillah sekurang2nya sekarang jijah bakal bersama suami.. sia saat jijah memerlukan suami n suami memerlukan jijah... :-)
ReplyDelete@shizansyafik tak tahu lagi.tp mybe hospital likas kot..
ReplyDeletemungkin dekat dunia kita dengannya berjauhan.. tapi diSANA nanti mungkin kita sentiasa bersama :)
ReplyDeleteselamat merantau jijah berjuang bersama sang suami ... hihih sweet
ReplyDeletekak zie lak dh pun hampir setahun dok berjauhan dgn suami akak. dahlah polis jenis susah nk dpt kerja :(
ReplyDeletebetul tu jijah...mmg isteri yg wajib ikut suami. akak lak...if terlampau lama sgt husband akak tak dpt transfer....penghujungnya akak terpaksa lepaskan kerjaya akak demi suami.
nice sharing jiejah..moga mndapat panduan bg sesiapa yg suami isteri bhubung jrak jauh ni..mcm jiejah tp tgk jeijah kuat hadapi smua ni :)
ReplyDelete@Zie Madini alahai sedihnya kak... kak zie tukar keje kat tempat suami akak xde ke..syg lah nak berhenti!
ReplyDeletehepi anniversary jijah dear..
ReplyDeletemmg ssh kalo LTR (long-term relationship) tp nk wat camne kn, t'pkase je la kalo hubby dh kne outstation jauh~..
@Nisa Greennnpanda tu la kena la terima hakikat kan..hehe
ReplyDeletejauh atau dekat bukan itu soalnya kan jijah..yang penting faham dan bertolak ansur.
ReplyDelete@Azhafizah Md Nor betul... yg penting toleransii!
ReplyDeleteSalam, saya terjumpa blog awak through google. Perkahwinan jarak jauh memang susah, saya masa mula2 kahwin, hampir 2 tahun berjauhan dengan husband, tapi bagi saya jarak tu yang mengeratkan lagi kami, ye la, jumpa jarang2 kan. Yang penting, trust, loyalty and understanding. Ada org cakap perkahwinan jarak jauh ni last longer, wallahualam. Tapi naluri isteri, mesti nak duduk bersama suami, ye tak? :)
ReplyDelete@GurL-FriDay betul dalam hati kecil ni nak dekat gan suami... betul tu bila berjauhan makin syg n cinta kita satu sama lain..
ReplyDeletebetul..mmg dugaan.ciksu terjumpa n3 ni so nak share pengalaman ciksu yg penah pjj juga satu masa dulu ;)
ReplyDelete2007-ciksu di penang suami di kL
ciksu resign dtg kL.
2008-elok dapat kje, suami pula kena pindah ke JayBee.ngam2 1st annivasary tau.
2009 -masih pjj sehingga nak raya buat keputusan drastik resign ikut suami jugak..huhu
sampi skrg dah tak pjj lagi.
alhamdulillah ;)
sama2 berusaha ke arah keluarga bahagia ye jijah:)
@QasehnyaRania cabaran betul kan ciksu..huhuhu so ciksu pon tak keje la sekarang ni yer..
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!