Info Mengenai Cirit Birit

by - 8:30:00 AM


Cirit-birit adalah masalah sistem pencernaan yang disebabkan oleh :
• jangkitan kuman seperti virus,bakteria dan parasit
• alahan makanan
• ubat-ubatan
• pengawet makanan
• pemakanan kimia

Organisma yang boleh menyebabkan cirit-birit berlaku ialah melalui pemakanan makanan dan air yang tercemar.

Cirit-birit di definasikan sebagai najis yang lembut atau berair yang lebih kerap dan banyak daripada biasa. Ia akan diikuti dengan tanda-tanda lain seperti :

• Sakit dan kekejangan perut
• Loya dan muntah
• Keletihan
• Demam

Komplikasi - Cirit-birit yang teruk mengakibatkan dehidrasi (kekeringan akibat kehilangan air) dan sekiranya mengandungi darah ia dikenali sebagai disenteri. Jika tidak di rawat, ia boleh menyebabkan kematian.

Rawatan- Kebanyakan kes cirit-¬birit akan pulih dengan sendirinya tanpa rawatan. Untuk mencegah dehidrasi dan mengurangkan tanda-tanda cirit-birit, lakukan seperti berikut :

• Minum banyak air.
• Tambahkan makanan separa pejal dan kurang serat dengan beransur-ansur
• Elakkan produk tenusu, makanan berlemak, tinggi serat dan bahan makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi.
• Elakkan kafein dan alkohol.

Jika cirit-birit berterusan sekurang-kurangnya seminggu atau jika anda mengalami dehidrasi atau najis yang mengandungi darah, sila berjumpa doktor.

Tanda-tanda dehidrasi adalah :
• Haus yang berlebihan
• Mulut dan kulit kering
• Kurang atau tiada air kencing
• Keletihan yang teruk
• Pitam
• Kulit menjadi gelap

Cirit-birit dikalangan kanak-kanak lebih mudah mengalami dehidrasi. Sila berjumpa doktor jika cirit-birit berterusan lebih dari 12 hingga 24 jam atau bayi anda mengalami :

• Lampin kering dalam masa 3 jam atau lebih
• Demam panas
• Najis mengandungi darah atau berwarna hitam
• Mulut kering atau menangis tanpa air mata
• Kerap tidur, tidak aktif, mudah meradang
• Perut, mata atau pipi yang cengkung
• Kulit yang tidak tegang / kembali ke asal sekiranya di cubit.

Jika doktor mengesahkan cirit-birit disebabkan ubatan / pemakanan, anda perlu hentikannya. Doktor akan memberikan antibiotik jika cirit-birit disebabkan parasit atau bakteria. Tetapi ia tidak berkesan dalam jangkitan virus .

Pencegahan - 
Berikut adalah cara-cara mencegah jangkitan cirit-birit:

• Cuci tangan sebelum makan.
• Makan makanan semasa masih panas, yang disediakan dan dimasak dengan betul.
• Elakkan daripada makan buah-buahan, sayur-sayuran yang belum dibasuh dan elakkan dari makan makanan tenusu atau daging mentah. Basuh sayuran dengan bersih atau makan buah-buahan yang telah di kupas .
• Elakkan makan makanan yang anda alah dan ubatan yang menyebabkan cirit¬birit.
• Minum air dari bekalan air bersih, di botolkan atau air yang telah dimasak. Elakkan minum minuman keras dan berkafein kerana cirit-¬birit boleh bertambah teruk.
• Pastikan anak anda berada dirumah semasa mengalami jangkitan cirit¬-birit.





You May Also Like

30 insan comel komen

  1. thanks kak jijah.. info yg berguna ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. smlm baru kena..muntah2..
    ingt preggy...tpi xpe la..doa yg terbaik..hahhahhaha..

    tq kak share2

    ReplyDelete
  3. tak sangka, cirit birit pun boleh sebab kematian. thanks kak jijah for this info ! ringkas dan padat :D

    ReplyDelete
  4. tq puan misi bagi info tentang ni

    ReplyDelete
  5. seksa tau kalo kene cirit birit, especially bile keracunan makanan. Mnum air pun kuar blik..

    ReplyDelete
  6. Nice entry jijah...husna pun kdg2 cirit birit sampai muntah2...errr...mmg sgt lemah badan klu kena cirit birit ni

    ReplyDelete
  7. saya memang sellau kena cirit birit. dan sellaunya minum air 100 plus banyak banyak

    ReplyDelete
  8. haaa..tu dia info..kdg2x mknan kite mkn tak bersih..tu jd mcm2x tu...yg pasti klu dh tak tkawal bek jmpe doktor.. :)

    ReplyDelete
  9. tak suke kalo kene cirit birit!
    seksa perot n muntut, heeee~

    Thx Nurse, selalu kasi info n nasihat/kata2 semangat yg berguna buat saya... doa kan akak selamat bersalin ya!

    Jaga diri... akak takde 3 bulan tau, heeeee~

    ReplyDelete
  10. Info menarik ni.. Last week eza cirit birit.. Huhu.. Mmg sangat x bermaya..

    ReplyDelete
  11. info yang bagus....thanks jijah share kat blog....akak rase akak dh tau punce2 akak cirit birit la....slh satunya akak byk mkn produk tenusu...tiap2 ari akak mkn....mgkin slh satu punce kot

    ReplyDelete
  12. tenkiu cik misi. bagus ni. selalu kalo cirit birit minum 100plus je byk2. huhu..

    ReplyDelete
  13. siksa kalau terkena cirit birit.. huhu sadis

    ReplyDelete
  14. INFO YG BERGUNE LA .. HEHE .. DLU TIME KNE NI .. PERGH .. TERPKSE ADMIT .. XLARAT

    ReplyDelete
  15. bahayakan cirit birit ni.. jgn pandang ringan

    ReplyDelete
  16. tengkiu kak. tips yg berguna ni..hihi...

    ReplyDelete
  17. tengkiu kak. tips yg berguna ni..hihi...

    ReplyDelete
  18. tak suka bile cirit birit..tak senang duduk je asyik nak masuk toilet.=__='
    btw,thanks share info ni.

    ReplyDelete
  19. seksa sangat kalau cirit ni

    ReplyDelete
  20. salam cik azizah
    Info yg padat.thanks sharing.

    ReplyDelete
  21. akak ni rs aqilah cam cirit birit je sbbnya, akak tersilap mkn bnda pns yg xserasi dgn dia.. tp nsb dia jnis xmeragam

    ReplyDelete
  22. @IntaNBerliaN iya kak... ibu myusu salah makan akan efek pada baby..

    ReplyDelete
  23. baru nk offer kak mimi baca hehe..dia dah abca dulu dr shida hehee^^

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!