♥ePETUA
Petua Mengurangkan Keguguran Rambut
12:45:00 PM
Hakimi dah pandai main air liur sekarang.. berbuih buih... tapi cute tau! Orang lama cakap, kalau si manja kita dah pandai main buih dimulut, si ibu kena la berjaga2.. Sebab ibu akan mengalami masalah keguguran rambut. Sejauh mana kebenaran cakap2 orang lama tak pasti pula.
Ini antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah keguguran rambut. Moga bermanfaat kepada sesiapa yang alami masalah keguguran rambut.
1. Guna daun lidah buaya,ambil lendir sapu di kepala.. Amalkan selalu .. InsyaAllah, rambut gugur akan berkurangan.
2. Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas sehingga bersih.
3. Ada juga yang menggunakan santan kelapa.. Santan kelapa boleh melebatkan rambut tapi why not kita cuba dulu kan.. Mana tau boleh atasi rambut gugur jgk.
4. Kulit tembikai pun boleh guna tau. Bila makan isi tembikai, jangan buang kulitnya. Tusuk-tusuk bahagian putih kulit tembikai sampai keluar air, then gosokkan pada kulit kepala dan ramas perlahan-lahan selama beberapa minit. Lakukan seminggu sekali.
5. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga kekuningan. tumbuk sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan 30 minit. cuci rambut seperti biasa. Amalkan 2 kali seminggu.
20 insan comel komen
pernah dengar member cakap camtu... kalau anak main buih liur, mak kena jaga2.... rambut gugur...n_n
ReplyDeletetak tau pulak kulit tembikai ada khasiatnya..
ReplyDeleterambut sarah dahsyat gugur sekarang.redha je.huhu
ReplyDeleteAkak ni sampai sekarang memang rambut kuat gugur akhirnya rambut potong pendek sebab tak tahan nengok rambut bila sikat penuh je melilit2.
ReplyDeleteNnati boleh cuba petua2 yg ada.
amboihh kimi.. basah abeh baju tu kang..hahaha..
ReplyDeletesinggah sini main game chipsmore..=D
mum madam bgtau, kalu budak menyembur mcm tu (sama cm arasy) amik air liur baby tu sapu kt kulit kepala kita..
ReplyDeleteeheheheh.... tak tau la menjadi ke tak sbb madam try sekali jek...
Oh ye ke? Serius sekarang akak mengalami masalah keguguran rambut tapi Aisyah takdelah main airliur banyak sangat tapi ada la..Akak tak pernah ada masalah keguguran rambut..Lepas tu kan baru semalam akak beli syampu Dove tau, hehe
ReplyDeletecutenya dia... air liur meleleh ni ngidam apa2 ke sis
ReplyDeletebiasa la tu mmg lepas bersalin rambut akan gugur ... hormon waktu mengandung yg buat rambut kita cantek kuku dan kulit berseri dah tak de ...
ReplyDeletejgn risau tak botaknye ... hehehhe
baby kalau buat ape pun comel kan..hehee
ReplyDelete1st time lah sy dgr pasal tu kak jijah..
ReplyDeleteWAHHH... JOM SINGGAH BLOG DAYAT... DAYAT STILL NEW..HEHEHE... DAYAT DAH FOLLOW AWAK... FOLLOW DAYAT BALIK K...
ReplyDeletealaaaa air liur diaaaa. omeyyy ngat =)
ReplyDeleteBam bam nye anak sis..
ReplyDeletedah banyak kali try petua nih, tp xbekesan....
ReplyDeleteadoiiiii..
=(
rambut deqla pun cpt gugur..huhu.. boleh cuba jugak ke ni ?? huhu.. comelnye baby.. sihat sgt! =)
ReplyDeleteada yang Ros tahu, ada yang baru tahu ni.. terima kasih kerana berkongsi apa yang Jijah tahu..Ros pun ada up entry tentang petua kurangkan gugur rambut ni dulu..
ReplyDeletehakimi buat apa tu..haiipp :)
ReplyDeletethanks share
akak ni, mmg dari dulu gugur.. adehhhh
ReplyDeleteAyut xde ank men air liur ttp gugur jgk dear.hahaha :p nnt kita try petua ni yer...
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!