Tips Membawa Bayi Naik Kapal Terbang

TIPS MEMBAWA BAYI NAIK KAPAL TERBANG • Gunakan backpack (beg sandang belakang) untuk hand luggage kerana dengannya tangan anda beb...


TIPS MEMBAWA BAYI NAIK KAPAL TERBANG


• Gunakan backpack (beg sandang belakang) untuk hand luggage kerana dengannya tangan anda bebas dan mudah untuk melakukan banyak keperluan lain dalam perjalanan.

• Pastikan backpack anda mengandungi:
1. beberapa keping lampin pakai buang (anggarkan keperluan)
2. tisu basah (mini packed wet tissue)
3. dua persalinan baju
4. botol susu (jangan bawa air panas dalam thermos / air kosong dalam botol. Naik kapal terbang tak boleh bawa air/ cecair. Jangan risau, boleh minta dari cabin crew bila dah terbang nanti).
5. bagi bayi yang minum susu formula, gunakan bekas susu yang mempunyai beberapa ruang untuk mengisi susu yang telah siap disukat untuk sekali bancuhan. Jangan pula bawa tin2 sekali dalam backpack, tak praktikal. Tin susu boleh disimpan dalam beg besar.
6. bagi bayi yang sudah mula makan, elok dibawa makanan di dalam botol kecil – banyak dijual di pasaran (sesetengah kapal terbang ada menyediakan makanan bayi, anda perlu membuat tempahan awal untuk ini).
7. Permainan yang praktikal untuk dibawa. Bayi pastinya bosan duduk lama2 dalam kapal terbang. Permainan percuma di dalam pesawat ada juga (jika ada stok). Tetapi kadang2 ianya tidak sesuai untuk usia anak anda.
8. ‘Bantal busuk’ atau selimut kegemaran sekiranya ada.
9. Beg plastik kosong. Boleh digunakan kala kecemasan eg. nak buang lampin yg dipaliti ‘kuih’ yg tak tertahan dek idung, isi baju basah / kotor.
10. Sehelai baju si ibu. Menjaga bayi kadang kala memang comot. Dengan makanan yg tertumpah la, kebocoran lampin la… maka elok ambil langkah ini.


• Pastikan anda menempah awal bassinet untuk meletak bayi ketika di dalam kapal terbang nanti. Maklumkan ini kepada ejen pelancongan atau syarikat penerbangan. Jika tidak, anda harus memegang bayi anda di atas riba sepanjang perjalanan.
-Bayi di dalam bassinet. Kedudukannya tergantung pada dinding kapal terbang. Hanya untuk tempat duduk hadapan sahaja.

• Untuk makanan bayi atau anak kecil, anda perlu membuat makluman awal juga kepada syarikat penerbangan.

Bawalah stroller. Anda boleh membawa stroller hingga ke pintu kapal terbang. Apabila sampai di airport yang hendak dituju, dapatkan semula stroller di tempat yang sama sebelum ke baggage claim area. Kalau tak pasti, bertanyalah pada kakitangan di sana / cabin crew.

• Apabila kapal terbang berlepas dan mula naik ke udara, telinga akan berasa sakit dan berdengung. Ini pastinya akan membuatkan bayi tidak selesa dan menangis. Untuk mengurangkan ketidakselesaan ini, susukan anak anda / berikan dia minum menggunakan botol ketika pesawat sedang berlepas. Lakukan yang sama ketika proses mendarat.

Bawalah bayi berjalan2 di dalam pesawat apabila dia sudah kelihatan bosan.


p/s: esok ni flight balik Sabah!  harap-harap hakimi tak meragam dalam flight nanti.. Amin..


You Might Also Like

8 insan comel komen

  1. nice tips jijah..bila nk ada baby pn xtau lg ni..haha..

    ReplyDelete
  2. Thanks for the tips...tapi dayat x kahwin lg..hehehe...still young :) salam singgah yerr

    ReplyDelete
  3. InshaAllah semua baik baik je jijah..Take care.Have a safely journey with family :)

    ReplyDelete
  4. Hakimi anak yg baik.. insyaAllah tak meragam.. :)

    ReplyDelete
  5. dah terbang kan.
    thanks share jijah :-)

    ReplyDelete
  6. Nice tips...nnt sesiapa nk bwak baby ad guide dh...

    ReplyDelete
  7. ooo ada bassinet.... baru tau...

    ReplyDelete
  8. Akak buat masa sekarang dah tak ada baby semua dah besar tapi tips ni memang bagus buat ibu-bapa yg nak travel dgn baby.

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!