Wordless Wednesday [9]- Bulan

9:00:00 AM 10 Comments A+ a-




bulan pun boleh main-main ape..hehe


Full Review Majlis Bertandang Syafiq dan Jijah

3:00:00 PM 21 Comments A+ a-



Selepas Majlis Resepsi jijah 25.2.12 lalu. [klik untuk baca] keesokkan Majlis Bertandang pula di rumah belah suami. perjalanan rumah jijah dan asben tak sampai 10 minit perjalanan. sangat lah dekat. sampai asben masa zaman kanak-kanak dulu siap joging je untuk ke rumah jijah.. ikut orang tua tua kata tak dapat tengok muka tuannya pandang atap rumahnya pon jadinya. hahaha kelakar sungguh asben jijah dulu..ngehngehngeh

gambar jijah tak dapat sepenuhnya dari OP. so bagi jelah gambar yang telah di tag oleh kawan-kawan. boleh kan.. kan...heeeeeeeee~~

apa yang penting semasa majlis bertandang ialah adat resam pengantin tidak di lupa iaitu cuci periuk!!!!!!!!!!!!!!! wuaaaaaaaaaaaaa :( huhuhuhu ada 10 periuk besar dengan 2 kawah kot. penat giler ok. asben balik terus terlentang tido. kuikuikuikui

ok ok. jom layan~~



DIY pelamin oleh keluarga mertua :) simple jer..


sesi makan kek


nak tengok gambar lagi sila ke blog sihatimerahjambu



Selepas sesi makan kek, makan beradap, berkenalan dengan saudara mara suami..Outdoor photoshoot di ambil di sekitar Port Dickson [macam biasa lah..ngehngehngeh]. Lokasi di kawasan berhampiran Pejabat Daerah Port Dickson. 



smart gambar ni.. tapi lain pula rupa jijah ni..hehe



nice posing la hubby..lalala :p


cak!! kami la pengantin 26.2.12 hari tu :))


Official Photographer Majlis Bertandang : One Photography

OP kawan adik ipar...seorang anak muda bakal bergelar guru. add la beliau :))


tq adik wan.. bekerjasama menjayakan majlis abg syafiq ^___^




Finally!! Testing Doorgift

3:00:00 PM 13 Comments A+ a-


Assalamualaikum..


ekeke selagi majlis resepsi tak settle selagi tu wedding preparation berjalan dengan lancar okeh. sila jangan muak. teheeeeee~~


kali ni nak habiskan teaser tentang doorgift. salah satu item yang di masukkan dalam goodies bag ialah cawan kotak.



cawan kotak


hasil gula-gula dalam kotak doorgift.


air kotak pon adoo jugak!




ok done! lega hati bila tengok barang barang dah siap! ni untuk kawan-kawan yang sudi merai. harap kawan kawan sudi terima doorgift tak seberapa ni :)


1 hari lagik! takuuuuuuuuuttt!!


Istimewanya Wanita Part 4

9:00:00 AM 4 Comments A+ a-






Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan
suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang
akan di pandang Allah dengan penuh rahmat..

Yusry dan Lisa Surihani Selamat Diijabkabulkan

1:17:00 AM 2 Comments A+ a-




Alhamdulilah dengan hanya sekali lafaz, Yusry dan Lisa Surihani sah bergelar suami isteri dalam upacara akad nikah yang berlangsung di Ballroom Hotel Marriot, Putrajaya. Yusry dan Lisa dinikahkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.


Pada majlis pernikahan itu, pihak Lisa menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa sireh junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan sembahyang, kelengkapan lelaki, koleksi CD Beattle, keyboard, kek dan coklat. Yusry pula menyerahkan sebentuk cincin, seutas rantai, tepak sireh, kelengkapan sembahyang, kek dan halwa.


Majlis akad nikah yang dikendalikan oleh DZMS Events itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage yang bertemakan ‘Winter Garden’. Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan Yusry dan Lisa pula akan diadakan pada Ahad ini (26 Februari 2012) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Khemah Dah Siap Pasang :)

9:00:00 AM 16 Comments A+ a-


Alhamdulilah selamat sudah pasang khemah di sekitar rumah jijah :) excited sangat tau! jom tengok saat saat pemasangan khemah hingga siap jadi khemah pengantin. hehe



letak tapak dulu


pastu siapkan besi untuk atap



letak kain atap tu siap siap



naikkan khemah separuh


pemasangan scallop pink! i like :)


pink+putih. cantiknya!!


 1 khemah lagi di surau :)


sepanjang jalan depan rumah jijah. 5 khemah je ni..hehe tak jemput ramai pon ^_^


warna pink memang favourite jijah. dapat pula scallop pink ni. tu yang excited lebih ni. hehe
khemah dah siap pasang, kerusi,meja dah ada tinggal nak susun kerusi meja ni jumaat malam pas kenduri doa selamat :)

wah excited gile ni!


tinggal 2 hari je lagi~~ best!!



Perkara perlu tahu semasa ke Majlis Perkahwinan Jijah

2:00:00 PM 16 Comments A+ a-



mulai hari ni jijah dah start membizikan diri. maka terlebih dahulu jijah nak mohon maaf jika jijah tak dapat nak komen entry korang. tak sempat nak bw. hanya mampu taip entry banyak banyak dan autopublish untuk entry seterusnya. harap ada yang sudi baca juga yer :)


ok. perkara yang korang perlu tahu sebelum ke wedding jijah sabtu ini.


Maps


jika ada yang dapat kad. sila ikut maps yang di sediakan yer.


1.clue pertama Hotel Corus Paradise. ada trafik light masuk kiri jika dari Pekan Port Dickson. masuk kanan jika dari Batu 4/Teluk Kemang. 

2.terus masuk kanan lalu jirat cina terus je sampai nampak bukit nak pergi kilang Cabot. sebelum tu ada simpang. masuk simpang kiri tu. kemudian terus je. 

3. nampak khemah/surau ha situ rumah jijah yer. pada hari tu. rumah jijah je sebijik yang buat kenduri kahwin. hehehe


Penanda Arah Jalan[klik untuk baca]




jangan risau. jijah pastikan korang tak sesat ye. maka jijah print penanda arah ni banyak banyak. semua simpang akan di pasang penanda arah ni. hehe tapi ada yang photostat punya la. jangan blur blur pula nanti. hehe


Bunting

dah sampai kat kawasan taman perumahan jijah. kalau takut tersalah rumah ke nanti. sila cari bunting ni pula. confirm bukan salah dah. hehe




bunting ni di gantung di tiang khemah yer.. nak bergambar pon boleh. hehe chitttt!! ade ke??~~:p perasan!


ok. rasanya tu je 3 perkara yang korang perlu ikut semasa nak pergi majlis rumah jijah. InsyaAllah jijah akan sedaya upaya layan korang dengan terbaik sekali. :) 


jijah doakan semoga perjalanan korang ke sini selamat tiba dan selamat pulang ke destinasi masing-masing. akhir kata doakan perjalanan majlis jijah berjalan dengan lancar dan cuaca sangat baik. insyaAllah ^_^



3 hari lagi bergelar raja sehari. hehe ^_^


nak pergi holiday kat tasmania la-->Tourism Tasmania

Wordless Wednesday [8]

9:00:00 AM 9 Comments A+ a-





berpantun pula die....hehe


~Tourism Tasmania~

Persiapan Perkahwinan: DIY Kuih Bahulu Cermai

9:00:00 AM 19 Comments A+ a-


Masih lagi dalam mood wedding preparation lagi. tak lama lagi wei..berdebor semacam dah ni..hehe gedik betol! lalala :p ok ok. kali ni nak DIY untuk Kuih Bahulu pula. 


Anntara peralatan yang jijah guna.

1- Pembalut kertas/amik kertas majalah
2- Stapler
3- Gunting
4. Plastik kecik



kertas majalah di potong mengikut lebar plastik packing tu dan lipat dua



ha kan da siap tu. hehe



4 hari lagi. muahaha ^^


Ronald Mcdonald datang wad.

4:10:00 PM 13 Comments A+ a-




buat pertama kali kot Ronald Mcdonald dari US datang wad jijah semalam. dah tu semalam jijah keje petang. dapat la bertemu dengan Ronald Mcdonald ni. hehe jakun jap. lalalala :p

patient pulak tak ramai semalam. ada 7 orang je. so tak banyak la Ronald mcd nak bagi. tapi dah rezeki jijah yang keje petang semalam kot dapat toys dari Mcd. ni not for sale tak silap. hehe




4 toys dari Mcd! weee~~


sory tak dapat nak tepek gambar bergambar sekali dengan Ronald :P


yebedabeduuuuuu~~ jijah dah start bercuti!! cuti 10 hari..hehe 


Baju Kahwin: Teaser Baju Bersanding

2:00:00 PM 24 Comments A+ a-


hello sayam sayamku.


minggu ni nampaknya minggu paling busy jijah nak siapkan persediaan perkahwinan. maaf jika jijah tak berpeluang nak komen kotak entry korang. nak belogpecut gan korang semua. so sory :(


baiklah jijah dah pergi fitting buat kali terakhir untuk majlis bersanding sabtu ni. ^_^ sangat mendebarkan okeh. wink wink wink~~ macam jijah mention sebelum ni theme majlis resepsi nanti warna purple [klik untuk baca] dan baju bersanding nanti pink+purple :) 


oleh kerana itu jijah bermurah hati nak bagi korang tengok baju bersanding jijah :) 


Ini dia...teaser dulu k..hihihihi

okeh ni ha pengantin yang punya design baju ni. sangat cantik okeh. tak sabar nak pakai. ekeke :p





bercampur aduk perasaan sekarang ni. Excited pon ada. malu,segan,cuak pon bercampur satu. hohoho ^_-
korang yang datang tunggu sampai jijah berarak tau. jam 1pm. tunggu tau! boleh kita peluk cium sesama. excited nak jumpa korang semua. yang penting sila perkenalkan diri. then baru leh capture gambar sesama :) sukenya.. hehee


hopefully event nanti berjalan dengan lancar dan di permudahkan. InsyaAllah :)


5 hari lagi! more excited.. kuikuikui

Tips Makan di Restoran Makanan Segera

1:00:00 PM 14 Comments A+ a-


Petua Makan di Restoran Fast Food :)

1. Hindarkan daripada mengambil makanan yang bergoreng. Pilihlah hidangan yang dibakar atau dipanggang.

2. Jika anda memesan makanan yang digoreng, buang lebihan minyak yang terdapat padanya dengan cara mengesat dengan tisu serapan.

3. Pesan piza yang mengandungi cendawan, bawang dan lada hitam berbanding dengan sosej ataupun daging.

4. Sekiranya memakan salad, seboleh-bolehnya elakkan daripada dressing seperti mayonees dan lelemak sayuran yang lain. Pilih sayur dan buah-buahan segar dalam salad.

5. Jangan sekali-kali menambah garam pada makanan kerana kebanyakan hidangan dihasilkan mengikut kadar garam yang telah ditetapkan.

6. Minta susu skim atau susu rendah lemak, jus buah-buahan atau sekadar air putih bgi menggantikan susu kocak serta minuman bergas seperti lazimnya.

7. Sebagai penambah perisa di dalam kopi yang anda pesan, gunakan susu rendah lemak dan bukannya krimer mahupun gula.

8. Elakkan daripada memakan kek, pastri dan pencuci mulut yang ternyata tinggi dari segi kalori dan kadar lemak.



jaga lah pemakanan anda ye :)



Simple Kasut Kahwin

9:00:00 AM 13 Comments A+ a-




ini kasut untuk majlis bertandang nanti. sangat simple ok. 
beli kat kedai VERNS jer. 


untuk bertandang majlisnya simple, baju pon sendiri maka sesuai la sangat dengan serba serbi yang simple :) takpe asalkan daku selesa dan yang paling penting tak melecet bila tiba harinya nanti.


actually kasut untuk hantaran dulu. tapi saat saat akhir jumpa kasut VINCCI jadi kasut itulah jadi hantaran. hehe dan kini ada juga kegunaan kasut ni sebenarnya. nasib la tak rugi sangat beli. hehe


memang dah di takdirkan kasut ni untuk daku kot. sebab musababnya sangat sesuai warna ni dengan baju bertandang warna gold nanti. kihkihkih syukur! padahal masa beli tu langsung tak tahu theme bertandang warna ape. hihihihi ~~~


harap-harap tak melecet la nanti. kuikuikui

6 hari lagi ok!

Doodle romantik dari Azzah sayurlemak

12:00:00 PM 13 Comments A+ a-





cepat cakap doodle ni comey macam jijah. muahaha^^
ok ok sila muntah pink~~~:p

doodle ni sangat comel ok. memang tak di nafikan lagi.
jijah suka.
jijah terharu.
jijah sangat terhutang budi pada sis azzah sebab buatkan doodle comey ni.

serius doodle dalam blog sis azzah semua comel-comel
setiap entry sis azzah ada doodle. dari gambar doodle nya dah tahu maksud entry yang di sampaikan. sumpah sis azzah kreatif.


terima kasih sis azzah. jijah suka sangat. dah buat profile picture facebook pon :)
terjah pakar doodle---> SINI


7 hari lagi! alahaiiiii~~~

Baju Khatam Al Quran

8:00:00 PM 15 Comments A+ a-


Sedikit info mengenai khatam Al Quran. 

Majlis khatam quran diadakan sebagai tanda kesyukuran apabila pembaca itu dapat menghabiskan bacaan Al-Quran keseluruhannya. Dalam majlis khatam Quran, akan ada seorang quru, ustaz, atau ustazah dipanggil untuk menyemak bacaan si pembaca. Ayat-ayat Al-Quran dari surah-surah yang terakhir bermula dari surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas akan diperdengarkan kepada tetamu. Setelah tamat tuan guru tersebut akan membacakan doa khatam Al-Quran, menandakan si pembaca tersebut sudah diiktiraf tamat membaca Al-Quran.


Baiklah..InsyaAllah majlis khatam AlQuran dan marhaban akan di adakan pada pagi hari resepsi jijah nanti 25.2.12. mungkin jijah,adik serta mak jijah terlibat dalam khatam AlQuran ni.


meh nak teaser sikit baju masa khatam AlQuran nanti. baju ni beli dah siap jer :) 





haruslah warna putih kaooo! lebih suci dan bersih apabila kita membaca AlQuran.wink wink wink ^_^


khatam habis pukul berapa la agaknya. takut tak sempat nak mekap untuk bersanding pulak. huhuhu


8 hari lagi ok!

Istimewanya Wanita Part 3

9:00:00 AM 13 Comments A+ a-





Mana-mana wanita yang menunggu suaminya sehingga pulang,
disapukan mukanya,
dihamparkan duduknya atau
menyediakan makan minumnya atau
merenung ia pada suaminya atau
memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,
memelihara anaknya atau
memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredaan Allah,
maka di sunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,
tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suami sebagaimana memerdekakan seorang hamba.
Pada hari Kiamat kelak,Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu.
Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan Nabi-nabi...

Dapat kad ucapan dan henna dari blogger ecadwinkyasha

8:00:00 PM 12 Comments A+ a-





oh yeahh jijah dapat kad ucapan dari blogger Ecadwinkyasha!!
actually dah lama dapat tapi gambar asyik lupa nak transfer je. kuikuikui
thanks eca sayang :)




kad ucapan yang jijah suka sangat puisi dalam tu. 
eca pernah dedikasikan untuk jijah dalam entry---->SINI




paling menarik sekali..eca sudi carikan henna buat jijah dari sabah. sangat terharu ok!
 jauh datang tu.. :)



ni henna kaki dan tangan.


ini tangan saja.


jijah tak ikut sangat design tu. amik yang bunga bunga je. kang nampak serabut je penuh sangat huhuhu
insyaAllah akan buat pada jumaat malam 24.2.12 :) tak sabar nak pakai! weee~~ 
jimat 150 kaoooo!!


thanks eca for this gift! i love it!!!





Terima kasih! Kad kawen jijah selamat sampai pada mereka!

4:08:00 PM 11 Comments A+ a-


Assalamualaikum..


seronoknya apabila ramai dah terima kad kawen jijah. Alhamdulilah selamat juga sampai kat tangan korang kan. walaupon kad kawen tu burukkkkksss tetapi mempunyai value yang tinggi bagi daku. kuikuikui siapa yang terima tu hope sudi lah kiranya memeriahkan majlis ikatan dua hati jijah dan pasangan.


terima kasih yang tak terhingga kepada kawan baik blogger yang sudi terima kad kawen jijah dan sudi buatkan entry. jasa mu di kenang :)




Terima kasih shida!! sudi terima kad kawen jijah! suke entry shida..semoga doa dari shida di makbulkan oleh Allah SWT :)
jom baca entry shida kat sini

kemudian beralih ke kad ni pulak.. dah selamat terima oleh aida omar seperti dalam entry ini




jijah pon rindu perkataan belogpecut tu. kalau la ada shoutmix lagi akan ku belogpecut penuhkan shout tu.. hehehe 


kemudian,

dari yui


terima kasih yui sudi terima kad kawen jijah. sory yui dapat kad yang tak cantik di pandang. huhuhu :( so sad tau. kalau la boleh simpan kan. T_T
jom baca entry yui di sini




eh eza boom boom pun dah terima kad kawen jijah macam dalam wordless wednesday ini.


tak di lupa juga ramai yang dah selamat terima kad kawen jijah, masing-masing dah beritahu di facebook jijah,shout mahupon dalam kotak komen, Alhamdulilah selamat dah sampai tanpa halangan.

harap la dapat memeriahkan lagi majlis jijah. semoga majlis ini di berkati Ilahi. :)


kad kawen tak cukup beb!! ah cuaaaaaaakk! tapi tak nak print baru nanti berlebihan pula jemputan. naya je makanan tak cukup. ekeke :p


9 hari lagi! huhuhuhu


Oh!! Jijah dalam dilema...

8:00:00 AM 16 Comments A+ a-



adoooooooiyaaaaiii!!!...sekarang ni jijah dalam dilema. dilema di manaaaaa semalam asben mengatakan hasrat untuk draft ke Kota Kinabalu balik!!!


banyak yang jijah pikir sebenarnya. tentang kerjaya jijah di sini. ibubapa,keluarga mertua semuanya duduk dekat sekampung. bukan senang nak dapat kerja di tempat sendiri. alih-alih kena tukar tempat kerja yang pastinya orang baru,suasana baru..dan paling tak tahannya jijah akan jadi fressssshyyyyy balik!! nampaknya tempat baru kena belajar banyak benda baru. huhuhuhu -_-"


kalau dulu bujang boleh la duduk berjauhan dengan kekasih..tak terasa sangat, tapi kini situasi dah berdua maka tempat seorang isteri haruslah di sisi suami ke mana saja :)




emm..nampak gayanya lepas asben habis sambung belajar kat Lumut tu. mesti dia kena draft ke KK balik. dan pada masa itu juga baru jijah mengisi borang transfer untuk ke sana. dan mungkin proses memakan masa 6 bulan atau setahun untuk transfer. dan dah kena duduk lagi jauh nampaknya. terpisah dek laut chinaa selatan. 


agak-agak dapat ke tak jijah main gan baby lagi kalau kat tempat baru. huhuhu


*jijah jaga wad kanak kanak*





Ini Kisah Pengapit

9:00:00 PM 13 Comments A+ a-



Sabtu depan beb jijah akan di kepak kepong kepong kan. giler la. semakin cuak ku rasa hari hari ni. Alhamdulilah pengapit jijah dah cari dan die sedia menjadi orang kuat jijah dalam majlis nanti. wink wink wink :)


ok ni tips yang jijah dapat dari google tentang Pengapit :)



1. Pengapit harus tebalkan muka.
Pengapit orang kedua kuat selepas pengantin. jadi pengapit haruslah tebalkan muka semasa kamera fokus kepada pengantin. tetamu yang hadir dengan pelbagai ragam. ada yang sempat mengusik pengantin malah pengapit sekalipon. jadi sebagai pengapit harus buat muka tembok. kihkihkih 


2. Pengapit bersedia jadi waiter/waitress
Di sebabkan pihak caterar jijah tidak ada khidmat menyendukkan makanan pengantin ke dalam pinggan pengantin. Maka pengapit terpaksa la tolong isikan makanan ke dalam pinggan pengantin.kuikuikui mira ekau sudi tak ni. hehehe


3. Mengipas dan mempayung pengantin
Ini sudah pasti pengapit harus kipas dan memayungi pengantin nanti. kalau tak kesian pengantin kepanasan pada majlis die nanti. hehe


4.Sebagai ubat penenang
Ni penting ni. disebabkan jijah ni berdarah gemuruh jadi sebagai pengapit beliau juga bertindak sebagai penenang dalam majlis nanti. almaklumlah macam-macam hal boleh jadi pada majlis nanti. minta minta di jauhkan. jadi dalam keadaan stress nanti beliau kena jadi penenang dan menghiburkan hati jijah. kihkihkih


5. Pengapit kena bawa tisu ke mana mana pengantin pergi
Cuaca agak panas sekarang ni kan. so jika makeup pengantin mulai cair. pengapit harus lap peluh itu. tak delah kelam kabut pengantin nak lap sendiri. kuikuikui


6.Pesan kepada pengantin untuk senyum
Mira ni penting ni tau. kadang kadang memang jijah lupa nak senyum. almaklumlah penat,nervous,takut semua perasaan akan ada. jadi sebagai pengapit, mira kena ingatkan jijah untuk senyum :) even penat bergambar sekali pon. kihkihkih


7. Akhir sekali, pengapit haruslah memastikan pakaian pengantin terletak elok,kelihatan cantik pada majlis nanti. kalau baju,tudung atau veil tak cantik atau ada keburukan di situ kena lah pandai2 pengapit nak touch up balik kasi cantik ye. hehehe


moga majlis nanti berjalan lancar seperti di harapkan. Amin


10 hari lagi! adoiii...








Wordless Wednesday [7]- Konvoi Taxi

9:00:00 AM 11 Comments A+ a-





taxi in china. kahkahkah

Wedding Inspiration: Candle Decoration

8:00:00 PM 18 Comments A+ a-



kali ni jijah nak survey candle decoration untuk bilik pengantin nanti. ape survey2 lagi jijah oit! terus beli lah.wedding tinggal beberapa hari je lagi. hohoho


ok ok. sila abaikan penyataan di atas! huhuhu oh ya. lilin mampu membangkitkan suasana romantik bukan. lebih-lebih lagi ia mampu menaikkan mood romantik tika malam menjelma. ekeke :p ramai pengantin menjadikan lilin sebagai dekorasi dalam bilik tidur mereka.


jom kita culik idea idea ni..



agak menarik bukan lilin itu di biarkan terapung. sungguh comey ok!



lilin di letakkan di dalam cawan sambil di hiasi dengan kelopak bunga! memang kreatif!



jika ada bajet lebih lilin berwarna ni boleh di jadikan sebagai dekorasi.

Luxury Christmas Candles Decorating Ideas 495x362 20 Great Christmas Candles Decoration Ideas Great Christmas Exotic Candle holder Christmas Candles Candle Ornament

tampak menarik lagi. lilin di kelilingi dengan batu sungai menjadikan ia lebih cantik seperti di spa. hehe



boleh jugak letak lilin yang kecik comey ni di dalam bekas berisi air. jijah ada jumpa di parkson lilin yang comey begini.


simple je kan. lilin putih macam ni mudah di lakukan. hanya letak lilin dalam pinggan kemudian kelilingi lilin dengan bunga bungaan atau riben.



jijah tak pasti jijah punya camner..janji adooo~~ ekeke :p


11 hari lagi! mendebarkan ok!