Bintik Merah Lepas Demam Turun.. Campak Keladi Ke NI?

Buat pertama kali 8bulan 20hari hakimi demam juga.. huhuhu Rabu 28/5/14- mulanya masa hantar hakimi ke rumah pengasuh badan dia suam2 ...


Buat pertama kali 8bulan 20hari hakimi demam juga.. huhuhu


Rabu 28/5/14- mulanya masa hantar hakimi ke rumah pengasuh badan dia suam2 je..
sekali pengasuh call kata suhu hakimi 38'c. jijah suruh dia lap-lap dari kepala sampai kaki. sejam pastu turun sudah suhu hakimi 37.1'c. walaupon demam hakimi masih aktif main, makan n minum susu

malamnya suhu hakimi naik lagi 38.9'c-38'c-37.8'c puas spongging/lap-lap.. basahkan kepala dengan air asam jawa, buat lemon sock pun demam tak kebah-kebah. minum susu pun kurang. malam tu memang tak lena jijah tidur. lap-lap hakimi kesejukkan sampai tidur dalam menggigil.. kesiann anak mama :'(




Khamis 29/5/14 - jijah off day.. pagi tu suhu masih sama 38'c. terpaksa jijah bagi hakimi supp/ubat bontot. jijah suruh kawan temankan bawa hakimi pergi hospital. tengahari pergi kecemasan cek suhu pon tinggi 38.5'c. jumpa doktor, doktor kata demam biasa. tekak merah sikit bagi ubat demam -_- doktor kata kalau lebih 3hari masih demam bawa pergi hospital bagi antibiotik. 

Jumaat 30/5/14- hantar hakimi ke rumah pengasuh. 
7.30am tu dia sms kata hakimi masih demam 38.7'c. dia tanya ada bagi ubat ke. last jijah bagi ubat demam jam 3am masuk dalam susu. tu pun dia taknak minum.
10.30am sms pengasuh dia kata suhu masih sama dah bagi mandi dan lap-lap pun macam tu.. menyusu n makan langsung tak lalu
11.05am naik lagi panas hakimi 39.3'c jadi terus jijah suruh pengasuh bagi ubat bontot. baru turun demam dia
3pm-6pm jijah ambil hakimi. hakimi menangis saja sampai magrib. tidur taknak. dukung pon kejap2 nangis. jijah buntu -_- rasa stress! buka ayat2 alquran, azankan, sapu minyak angin takut kembung pun sama nangis..sms pengasuh dia kata hakimi pun macam tu. dia suruh niat, baca alfatihah 3x dan ayat kursi 3x tiup kat ubun2 dia. baru hakimi tidur. pastu pengasuh datang rumah sapukan minyak penawar kat pelipat2/sendi2 hakimi. Alhamdulillah sampai malam hakimi tak meragam/merengek. tido pun lena..

Jijah masih menunggu kalau lepas 3-4hari hakimi masih demam memang serahkan diri dia pada doktor. Alhamdulillah lepas bagi ubat masuk bontot tu hakimi tak demam dah.. cuma pengasuh kata banyak timbul bintik-bintik merah kat badan dan muka dia. 




kawan jijah kata hakimi kena campak keladi.. first time dengar campak keladi ni.. patut masa hakimi demam dia merengek je rupanya nak keluar campak keladi ni..  tadi pagi makin besar keluar merah tu kat perut dia. kat muka macam dot-dot merah. tapi hakimi masih aktif. tak nampak yang dia mengaru gatal..

apa petua ya nak hilangkan merah2 campak keladi ni?? kesian hakimi... :'(

huhuhu cepat la baik wahai anak mama..


"Jangan engkau mengecam demam karena itu bisa menghapuskan dosa-dosa manusia seperti api hilangkan noda pada besi" (HR Muslim)
“Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah Swt akan mengaruniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang sakit” (Abu Hurairah)



You Might Also Like

22 insan comel komen

  1. Siannya hakimi...semoga hakimi cpt smbuh...

    P/s jijah akak nak tny mcm.mne ye nak tukar domain blog??kalo tukar domain tuh x efek follower,uv n pv ke...??

    ReplyDelete
  2. demam campak tu...tpi bukan yg jenis besar siap kuar air2...petua org tua2 msa duk utara dulu kata mandikan dengan daun semambu, daun tu ramas2 dalam air mandian...bukan utk babi jer daun ini bagus, org dewasa pun boleh....kalau org india, siap letak daun tu bawah kain masa tidur lagi...

    ReplyDelete
  3. Ni cacar air kalo tak silap..
    Dulu masa kat kampung mak siap bagi mandi dengan daun ribu2..
    Kat bandar susah la carik..
    kat kampung kot senang..
    Jangan mandikan k..

    ReplyDelete
  4. mmg sedih dan risau klu anak x sihat kan jijah...hakimi cpt sihat ye sayang...

    ReplyDelete
  5. semoga kimi cepat sembuh..sian tengok kimi sakit..tapi sakit pun die aktif jugak ye.

    ReplyDelete
  6. Ammar pun kena..Fiqa jumpa docter cakap campak. Berjangkit. Tapi mama cakap campak keladi. Tapi Ammar tak merengek. Dia tak de ubat. Tapi gatal kot..Sebab Ammar tak boleh cakap jadi tak tahu la dia gatal ke tak..Sapu ubat calamine losyen je utk kurangkan gatal. Dia akan merebak sampai peripheral(tangan and kaki). pastu hilang je..Ammar dalam seminggu dah hilang dah..alhamdulillah..muka pun dah makin comel ..=P siap tumbuh gigi

    ReplyDelete
  7. husna pon first time dgr campak keladi nih..
    semoga cepat sembuh ye kimi..kesian dya..

    ReplyDelete
  8. @Mimi Azirah jijah suruh fiza tukarkan domain sekali kak.. pasal folower, uv ,pv jijah tak pasti la kak.. xkesah juga tu

    ReplyDelete
  9. @nasa mulia mcm campak juga.. tp doktor kata demam biasa..

    ReplyDelete
  10. @Emma Nyiu tak keluar air.. bukan chicken pox

    ReplyDelete
  11. @nurul husna tu la kan.. nak keje pon xtenang..

    ReplyDelete
  12. @Azhafizah Md Nor masa demam tinggi ari tu tak aktif juga dia fiza.. melepek je.. ni baru aktif

    ReplyDelete
  13. @Fiqah Feeona ada doc kata campak.. ada kata demam biasa je sebab sebelum ni suhu dia tggi..

    ReplyDelete
  14. @husna zahidi kesian hakimi.. tapi atleast dia aktif.. syukurlahh

    ReplyDelete
  15. Syafakallah zulhakimi zaim. Kesian kimi. Alhamdulillah sekrang kimi dah makin sembuh ye kak? seronok la dia kan papa dia balik :D Tengok muka kimi happy je.

    ReplyDelete
  16. Siannya Hakimi.. moga cepat sembuh ..

    ReplyDelete
  17. semoga hakimi cepat sembuh yea...anak eyza pun baru lepas baik demam, batuk dan selsema...memang jadi ibu kita cepat risau kan bila anak tak sihat ni...duk kerja pun hati teringat dia.

    ReplyDelete
  18. mmm, pestime cksu dgr pasai campak keladi
    smga hakimi terussihat walafiat hendaknya.aamiin

    ReplyDelete
  19. Anak OKje yg kecik pun pernah kena demam campak...merah satu badan...tapi lepas baik demam tu beransurlah hilang campak dia

    ReplyDelete
  20. akak pun first time dgr pasal campak keladi ni

    ReplyDelete
  21. Dh jmpe ke jijah petua ilangkn campk keladi ni?

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!