mutiara kata
Jodoh Jangan Mencari Terlalu Sempurna
8:00:00 PM
Jika anda memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah anda mengambil ikan itu.... Jangan sesekali anda LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT kerana bisanya ketajaman mata kail anda dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........,
Setelah anda memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah anda MENJAGA hatinya.... Jangan sesekali anda meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersama anda dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingati anda...
Begitu juga jika anda memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah anda terlalu mengaguminya dan janganlah anda menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi anda untuk menerimanya.... akhirnya anda KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika anda MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan anda akan TERUS hingga ke akhirnya.... Jika anda telah memiliki sepinggan nasi... yang anda pasti baik untuk diri anda. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa anda berlengah cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan, kelak nasi itu akan basi dan anda tidak boleh memakannya. Anda akan menyesal.
Begitu juga jika anda telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada diri anda. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa anda berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan, kelak anda akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Anda juga yang akan MENYESAL.....
~renungan bersama Usah Mencari Terlalu Sempurna~
22 insan comel komen
setuju, kita pon tak perfect nak harap dapat yg perfect =)
ReplyDeletesuka entry ni syg..
ReplyDeleteseperti memilih daun yang cantik di sebuah padang.Kerana terlalu memikirkan yang dihadpan itu ada yang lagi sempurna,tapi akhirnya sampai ke sudah tidak dapat apa-apa...kita jugak yang rugi :) oh yeay!best!panduan bersama...
ReplyDeletetertarik sgt2 dgn ayat dia..nk share boleh x jijah? memg btul ayat2 ats tu, jgn terlalu mencari kesempurnaan takut nnti kita x dpt ape2. Terima dgn seadanya..:)
ReplyDeleteerm..
ReplyDeleteterima seadanye..
=D
mendalam maksud tu.thanks jijah ingatkan..^__^
ReplyDelete@manjae camiela yup betul tu syg :)
ReplyDelete@nuyui a.k.a miss YUI tq yui.
ReplyDelete@ayutyup.. moga2 ayut di percepatkan :)
ReplyDelete@LiNda linda.. boleh sgt2 untuk di share :)
ReplyDelete@hanaitu sebaiknya syg :)
ReplyDelete@Azhafizah[フィザ] tq.. selamat beramal fiza :)
ReplyDeleterasa nak nangis bila baca entri nie...serius...huhuhu..kak jiejah,pujuk saya sekejap...
ReplyDelete@imantizz_truper alololo sory akak buat yayunk sedih.. meh akak bg pinjamkan bahu..meh sini :)
ReplyDeletenak yang sedang sedang aje...carikan ye puan jijah :D
ReplyDeleteSuka entry ini. Tiada manusia yang sempurna :)
ReplyDeleteshida setuju...kdg2 yg sempurna itu adalah kekurgan dari diri masing2 =)
ReplyDeleteterima seadanya...
ReplyDelete@ecadwinkyasha hehe nak navy tak... kuikuikui
ReplyDelete@Sally Yatiey betul tu yang :) hargailah pasangan anda yer..
ReplyDelete@shida'R betul tu shida.. jijah sokong...
ReplyDelete@Azzah baik buruk terimalah seadanya :)
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!