Tips Menyambut Hari Jadi

1.Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah , memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama an...





1.Raikanlah harijadi dengan tujuan mensyukuri nikmat Allah, memuhasabah diri dan melahirkan kegembiraan dan kasih-sayang sesama anggota keluarga dan sahabat handai. Justeru itu, sekiranya kita mahu beroleh keberkatan semasa menyambut ulangtahun kelahiran ataupun perkahwinan wajarlah terlebih dahulu kita memahami dan menghayati syarat-syarat dan adab-adabnya.

2. Melahirkan rasa syukur dan rasa gembira sebagai tanda mensyukuri nikmat umur yang dikurniakan Allah. Firman Allah: 
“Dan terhadap nikmat Tuhan-Mu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).” (Ad-Dhuha: 11). 
Doa-mendoakan antara satu sama lain, lebih-lebih lagi kepada sambutan harijadi seseorang.

3. Jamuan adalah sinonim dengan apa jua majlis dan sambutan. Menjamu makan dalam Islam adalah satu bentuk sedekah yang sangat digalakkan. Asalkan tidak membazir. Adalah dianjurkan kita menjemput golongan fakir dan miskin ke majlis kita. Sekiranya ada lebihan makanan, eloklah dibagi-bagikan kepada para tetamu sebagai buah tangan. Selain besar pahalanya, ia boleh menyuburkan lagi rasa kasih-sayang sesama keluarga dan sahabat handai.

4. Memberi hadiah juga adalah amalan yang sinonim dalam sambutan hari-hari sebegini. Amalan memberi hadiah ini juga dianjurkan oleh Islam kerana ia akan menimbulkan kemesraan dan suasana yang penuh mahabbah (kasih sayang). Hadiah yang diberikan tak semestinya besar dan mahal, tetapi ia akan menjadi tanda ingatan yang ikhlas, di samping menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang.

5. Muhasabah diri yang perlu dibuat khasnya pada sambutan ulang tahun ini, ialah dengan menginsafi masa atau umur yang telah berlalu. Renungkan, berapa banyakkah kebaikan amal soleh yang telah kita lakukan. Renungi pula berapa banyak pula maksiat dan dosa yang telah kita lakukan selama ini.

6. Insan yang menyambut hari jadi itu elok juga pergi menziarahi kedua ibu bapanya (jika tidak lagi tinggal bersama dengan keduanya), kerana merekalah yang merupakan sebab musabab lahirnya dia ke dunia. Pada hari itu, si anak sepatutnya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan sesuatu pada ibu dan ayah mereka. Mudah-mudahan usianya terus diberkati.


Semoga Allah panjangkan umur mereka yang menyambut sambutan hari jadinya ^___^

postgraduate fair kat KLCC~~> Di SINI


You Might Also Like

12 insan comel komen

  1. ada org ckp,klu nak jodoh cpt sampai,puasa pada hari lahir kita..cecece..tahun depan tak kira,eca nak puasa :P

    ReplyDelete
  2. nice info jijah..selama ari ni jarang sambut besday, hehe..:)

    ReplyDelete
  3. tq for sharing..
    sama2 ambik keberkatan dalam sambutan kelahrian kita kan..;)

    ReplyDelete
  4. TQ.... kadang tu kite terlampau terikut dgn org kafir ....

    ReplyDelete
  5. org ucap hepy besday pun dah cukup buat kita hepy kan?

    ReplyDelete
  6. Bek..bersyukur..jamu makan..bagi hadiah..muhasabah...jumpe ibubapa...ok.noted! :)

    ReplyDelete
  7. nice info jiejah..hehe tp shida xsempat pun nk bg jiejah pape huhu..nntlah shida mmg nk bg :)

    ReplyDelete
  8. @ecadwinkyasha InsyaAllah akan sampai juga jodoh eca :)

    ReplyDelete
  9. @Azzah betul tu sis.. terharu giler :)

    ReplyDelete
  10. @shida'R haip! jangan ngada2 shida nak bagi ape2.. babap kang!

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!