Rahsia SUJUD

Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. In...



Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika. Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. 

Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu. Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut. serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.


Hikmah SUJUD


Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:


Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
Melegakan sakit hernia (burut)
Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
Meringankan bahagian pelvis.
Memberi dorongan supaya mudah tidur.
Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
Mengurangkan Kegemukan.
Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .
Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. 
Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. 

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna. 

Marilah kita sama-sama mengerjakan solat dengan khusyuk dan tawadduq kerana solat ialah tiang agama bagai orang Muslim.



Selamat Beramal ^^


You Might Also Like

13 insan comel komen

  1. good info ..selain mendekatkan diri sebenarnya kebaikan yg tersirat ..TQ

    ReplyDelete
  2. selamat beramal :)
    Kelebihan sujud!byk hikmahnya dengan sesuatu perbuatan.

    *kalau sengugut tu mmg tertonggengla jawab ye nk menahan*

    ReplyDelete
  3. entry yg sgt bermanfaat utk dikongsi bersama... :)

    sujud pun kena betul...bermula dgn kedua belah jari kaki, kedua lutut, kedua tapak tgn, dahi dan hidung

    serta dgn tumakninah.

    sebaiknya jari2 tgn dirapatkn. :)

    ReplyDelete
  4. bagusnye. Nice info jijah. Memang banyuak keistimewaan kan islam ni. Dari segi saintifik pun dah menunjukkan betapa bagusnye solat

    ReplyDelete
  5. pernah baca pasal kajian omputeh pasal kebaikan semua pergerakan solat dari segi kesihatan...

    ReplyDelete
  6. yup, Eza setuju. yang penting, jangan tinggal solat :)

    ReplyDelete
  7. banyak kebaikan sujud dari sudut kesihatan kan..thanx share,jiejah...

    ReplyDelete
  8. setiap sesuatu perbuatan dalam solat ade hikmahnya.^__^

    ReplyDelete
  9. nice info jiejah..alhamdllah banyak shida belajr dari sini :)

    ReplyDelete
  10. selamat beramal semua :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!