Kekurangan Diri Bukan Alasan!

Tidak semua orang yang berjaya itu memiliki kesempurnaan sebelum mencapai kejayaan. Ada di antara mereka mengalami kekurangan fizikal tet...


Tidak semua orang yang berjaya itu memiliki kesempurnaan sebelum mencapai kejayaan. Ada di antara mereka mengalami kekurangan fizikal tetapi masih mampu mengukir nama di dalam lipatan sejarah sebagai orang yang berjaya. Ada di antara para cendekiawan dunia yang buta, tuli dan lumpuh namun kekurangan ini tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus berjaya. Dengan ilmu yang ada mereka terus memberi sumbangan positif kepada masyarakat. Jelas sekali bahawa mereka tidak pernah merasakan ada kekurangan pada diri mereka. Malah mereka terus berbakti memenuhi kekurangan orang lain melalui curahan ilmu pengetahuan.


Namun anehnya orang yang sempurna fizikalnya selalu merasakan dirinya serba kekurangan. Kesannya masa di habiskan hanya untuk merintih dan menangisi kekurangan yang dirasakan. Ketahuilah, masalah kesihatan, kewangan, perhubungan, status dan peribadi diri hanyalah penghalang sementara yang boleh dirobohkan. Semua itu bukannya pemati jalan hidup ini. Harus kita ingat juga bahawa ramai orang terkenal yang telah mencapai kejayaan dalam hidup ini tidak mempunyai pelajaran yang tinggi tapi masih mampu berbakti kepada orang lain. Mereka semua telah berjaya kerana mereka menjalani kehidupan ini dengan penuh gigih, tabah dan optimis. 


Satu sebab lagi, mereka tidak mengukur kejayaan hidup ini dengan harta dan kedudukan semata-mata tetapi mengukur kejayaan hidup dengan ketenangan jiwa serta keredhaannya menerima takdir yang telah diberikan oleh Allah S.W.T. 


Terimalah siapa diri kita seadanya nescaya ketenangan dan kebahagiaan itu pasti datang.




Bersyukur lah..



You Might Also Like

22 insan comel komen

  1. bsyukur dgn apa yg ada.. yg pntg kta dahusaha utk dptkan =)

    ReplyDelete
  2. Salam Jijah.
    Entry yg menarik.
    Akak pun tak sempurna. nampak je sempurna, namun ada kekurangan. tapi kekurangan itu bukan la bermakna kite lemah, atau kite gagal dlm kehidupan... kelemahan boleh diatasi, skiranya ada dorongan..bukannye menjatuhkan...

    ReplyDelete
  3. btol tu :)
    sentiasa bersyukur dgn ape yg ada ^^

    ReplyDelete
  4. nice jiejah~
    shida pun perasan kalau org yg bjaya ni kebanyakn bknnya dtg dari tgn yg ade sgulubg ijazah ..

    ReplyDelete
  5. betul tuh, kita kena selalu bersyukur kan. Kalau kita rasa kita serba kekurangan, ada org yg lagi serba kekurangan dari kita. Have a nice day jijah :)

    ReplyDelete
  6. betul tu...selagi ada nafas, kekurangan diri tak boleh dijadikan alasan. doa, usaha & tawakal...insya Allah akan dimakbulkan.

    ReplyDelete
  7. Betul..
    Setiap manusia pasti ade kekurangan nya kann.. :)

    ReplyDelete
  8. setiap org punya kelebihan dan kelemahan tersendiri.

    ReplyDelete
  9. belajar bersyukur, kita selalu alpa dan asik bersungut....

    ReplyDelete
  10. betul. bersyukurlah siapa kita dan apa yg kita ada :)

    ReplyDelete
  11. syukur Alhamdulillah..rasanya org yg susah lebih bersyukur drpd kita..

    ReplyDelete
  12. setiap kekurangan kita tu pasti ada kelebihan.. Tuhan tu adilkan.. dia kurang dkt sini n lebih dkt sana.. so, kita jgn menyesal n jgn jdkan kekurangan tu sbgai alasan tp jdkan ia sbgai pembakar semangat utk berjaya.. tak kiralah dr apa segi sekalipun.. :-)

    ReplyDelete
  13. SubhanAllah..
    :') syukur atas kurniaan yang diberikan

    ReplyDelete
  14. kadang2 orang kurang upaya tu bleh buat lagi bagus keje dripada kite yg ckup sifat ni. Kesimpulannye bersyukur dengan diri kita, n berusaha selagi mmpu.

    ReplyDelete
  15. benar-benar buat sy tersedar..betapa sy bersedih sebenarnya ramai lagi yg yg lebih bersedih kan..

    bersyukur itu lebih baik dari terus mengeluh..:)

    ReplyDelete
  16. Manusia tak pernah puas dengan apa yang dimiliki.belajarlah untuk bersyukur dan hargai apa yang dimiliki.Kalau asyik nak tengok kekurangan je camne nak maju kan.^__^

    ReplyDelete
  17. ^_______________^

    nice sharing...

    ReplyDelete
  18. kak, menarik entri akak yg ni. serius!!

    tetibe terasa nk kena muhasabah diri. almaklumlah, kita kan hamba ALLAH yg byk kekhilafan.. tapi ruzz bersyukur dengan apa yg ruzz ada skrg. semoga Allah menambah rezeki pada ruzz dan ditarik kecelakaan dari ruzz. amin..

    ReplyDelete
  19. kekurangan diri tahu tp kelebihan belom jelas nampak lagi.. apa erkkk

    ReplyDelete
  20. @QasehnyaRania hahaha mane lah jijah tahu.ngee

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!