Monday, October 13, 2014

eTips: Jika Handphone Tak Masuk Charge Terkena Air


Sabtu lepas hakimi muntah susu. Tak perasan pula dia muntah terkena dekat my note 2! Memandangkan batteri cuma tinggal 3% masa tu jadi daku pun nak charge lah. tetiba tengok handphone tak masuk charge! ahhh sudah...  sekali perasan dekat usb tu ada air ni.. confirm rosak ni! hati dah risau! dah la takde handphone spare! pikir lagi mana nak repair handphone rosak. kalau tak le nak kena beli baru pula... kusutt!!

Terus call encik suami dengan bateri berbaki 3% tu. dia suruh cabut bateri,casing dan keringkan. guna la hair dryer atau apa-apa lah.. tak puas hati dengan bantuan encik GOOGLE daku dapat petua baru. memandangkan handphone memang takleh nak charge dah. tak salah mencuba petua ni..

So, jika handphone tak masuk charge akibat terkena air.. apa nak buat??

1. Handphone cepat-cepat off / cabut bateri
2. Keluarkan simkad, memori kad
3. Tanggalkan casing, cover dll
4. Lap kering-kering kalau rasa masih basah
5. Benamkan handphone dalam beras
6. Tinggalkan semalaman supaya beras dapat serap kelembapan yang ada.
7. Alhamdulillah lepas semalaman tu dah boleh charge handphone.




Fuh leganyaa handphone kembali kepada asal. gila la kalau handphone takde. separuh nyawaku melayang... hahahaha :p kalau tak tak pasal-pasal terbang seratus lebih nak repair kalau bernasib baik. kalau tak bernasib baik kena beli baru. duit duit!


update dari sumber di percayai/berpengalaman:

Tips 1: kalau tak ok boleh cuba ambil paket2 yang ade dalam kotak kasut kite baru beli tu.( ala yang biji2 kecik tu) pastu letak dalam bekas kedap udara, bersama handphone yang masuk air tu..insyaallah ok.

Tips 2: kalau handphone jatuh laut/kolam bilas dengan air paip. buka bateri,memori kad, simkad, bungkus dengan pampers anak yang bersih dalam masa 24jam. then on balik.inshaaAllah ok..


so korang...mungkin lepas ni jangan cepat sangat hantar ke kedai repair. Cuba dulu kaedah ni. Kalau takleh jugak semalaman atau dua hari lepas tu, takde rezeki lah namanya tu. terpaksa kena hantar kedai... huuu~~



14 comments:

  1. phew~ nasib boleh lagi kan jijah..thanks share tips berguna ni

    ReplyDelete
  2. baru tahu tentang ni. nasib baik boleh cas balik ye Jijah.. kalau tak melayang RM kan..

    ReplyDelete
  3. Hehe... Penah dgr gak petua tu sblm ni...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah nasib baik dah kembali ok.. kalau x ok boleh cuba ambil paket2 yang ade dalam kotak kasut kite baru beli tu [sorry lupa nama]..pastu letak dalam bekas kedap udara, bersama handphone yang masuk air tu..insyaallah ok...

    ReplyDelete
  5. Wah..petua baru ni Jijah..Thanks

    ReplyDelete
  6. hmm petua br ... bubuh dlm beras ...tak pnh tau lagi

    ReplyDelete
  7. info baru ni letak dlam beras...thanks

    ReplyDelete
  8. @eamy milea wahh nice tips! thanks emi.. jijah update balik entry masuk tips emi ni..

    ReplyDelete
  9. ciksu pernah gak hp masuk air.
    skali tertunduk terus jtuh dlm sinki yg dipenuhi air.huahua.

    skali blik letak dalam beras.bkn smlaman.bermalam2.apa pon x jdi.ke kedai jugak akhirnya..

    thanks jijah berkongsi tips

    ReplyDelete
  10. @QasehnyaRania hehe tu namanya xde rezeki agaknyaa..huuu

    ReplyDelete
  11. Aah.. Simpan dengan beras tu katanya ok. Abah sya pnh juga buat mcm tu. Tp xtau la hasilnya ok ke idak.. Ramai yg dah cuba kata ok, menjadi

    ReplyDelete
  12. Tios yg berguna nih...thanks share jijah

    ReplyDelete
  13. Perkongsian yng bgus ni. Klau panik pikir nk hntr ke kdai je la kn..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!