Thursday, October 30, 2014

Kenapa Menguap Boleh Berjangkit


Korang perasankah apabila seseorang menguap, orang lain ikut sama? 
Penyelidik menyatakan dalam 40- 60% orang yang melihat gambar orang menguap akan turut menguap. Bukan manusia saja yang menguap tau.. Binatang pun menguap juga. Tak caya kita tengok kucing yang kita pelihara itu, boleh nampak kucing itu pun menguap. hehe

Kenapa Kita Menguap? Penerangan saintifik menyatakan bahawa kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal kita. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kita kekurangan oxygen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan kita. Sesetengah orang berfikiran bahawa kita menguap kalau kita rasa bosan. Setuju??

Kepercayaan Orang Dahulu Kala - Ada juga terdapat kepercayaan yang berasal dari Greek yang menyatakan kita mesti tutup mulut bila menguap untuk elakkan roh kita dari terlepas melalui mulut. Sesetengah orang pada zaman dahulu percaya bila seseorang itu menguap, dia akan ditimpa bahaya.

Kenapa Menguap Boleh Berjangkit? Apabila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi. Informasi itu disalurkan ke brain circuitry yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain. Circuitry ini dipanggil “mirror-neuron system” kerana ia mengandungi sel otak yang khas. Ia menjadi aktif apabila kita membuat sesuatu atau kita melihat orang lain membuat sesuatu, lalu meniru aksi orang lain.  wah begitu...

Jadi tu sebab la bila kita menguap. orang lain juga terjangkit.. hehehe :)



9 comments:

  1. baca pasal menguap pun boleh buat rasa nak menguap..hehe
    (conform zizah menguap pas baca komen ni)

    ReplyDelete
  2. Setuju. Kalau saya nampak orang lain menguap gerenti saya rasa nak menguap jugak.

    ReplyDelete
  3. aku baca info ni pun dah nguap .. hahhahaha guane ni

    ReplyDelete
  4. betul tu..penyakit berjangkit yang susah nak elak..hihi

    ReplyDelete
  5. Betul tuh..akak kao tgk org menguap akak pun menguap skali

    ReplyDelete
  6. Bila zahra menguap mamanya ni pun akn ikut menguap.. Hihi
    Spontan..

    ReplyDelete
  7. Mcm tu rupanya ye.. Sambil bc ni pun sya menguap juga..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!