Betapa Besarnya NIlai Sebuah DOA

Dalam tidak sedar.. Setiap hari kita memohon di dalam solat kita.. tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami..sekad...





Dalam tidak sedar..

Setiap hari kita memohon di dalam solat kita.. tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami..sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..

Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah..


Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah

seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,


Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..


Wajburnii (tutuplah aib-aibku)


Warfa’nii (angkatlah darjatku)


Warzuqnii (berilah aku rezeki)


Wahdinii (berilah aku petunjuk)


Wa’Aafinii (sihatkan aku)


Wa’fuannii (maafkan aku)


Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..

Sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..

Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu..


selamat beramal :)


You Might Also Like

15 insan comel komen

  1. btol tu jijah.. jrg yg nak faham trmsuk yui sndiri.. leka sgguh

    ReplyDelete
  2. Kak jijah! Nice sharing.... InsyaAllah, sama2 kita perbaiki diri :)

    ReplyDelete
  3. betul tu jijah.. kalau kita betul2 berdoa boleh menitis air mata masa tu.. kadang2 kita dapat rasakan seolah2 Allah sedang mendengar :)

    ReplyDelete
  4. masa berdoa kita mesti fokus kan?baru rasa dekat denga Allah...

    ReplyDelete
  5. doa ini lah selalu orang abaikan..sebab nak cepat..ruginya..

    ReplyDelete
  6. btul..!klu ayut time ni laju je bace.adehhh..lpas ni beringt2.slmt beramal jgk dear! :)

    ReplyDelete
  7. @Nabiel rugi kan.. kita yg selalu abaikan.. padahal ada maksud tersirat..

    ReplyDelete
  8. wahhhh..shida faham dah skg blh la selalu sebut ayat2 nih ..Warzuqnii.. :)

    ReplyDelete
  9. @shida'R Alhamdulilah.. boleh kita amalkan syg~

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!