♥eTIPS
Semangat!
4:00:00 PM
Hai..si cantik dan si kacak.. tiga hari bercuti kan. Jadi bagaimana nak jadikan korang lebih bersemangat hari ni selepas bercuti? Amalkan tips-tips ini...
1. Semasa anda bangun dari tidur setiap pagi untuk pergi bekerja, bersihkanlah hati anda dengan Istighfar.
2. Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal kerja anda. Jangan bercakap dan jangan berfikir mengenai apa jua keburukan di tempat kerja anda.
3. Keburukan menarik keburukan. Kebaikan, menarik kebaikan. Penuhkan fikiran dengan memikir hal-hal baik yang anda nampak pada diri rakan-rakan sekerja.
4. Jika anda selalu berfikir tentang keburukan di tempat kerja, fikiran anda akan menarik keburukan lain datang dan muncul dalam hidup anda. Lama kelamaan anda hilang semangat untuk pergi kerja. Niatkan kerja anda satu cara untuk anda berbakti. Lebihkan menolong orang, ringankan beban orang sedaya upaya anda.
5. Berbuat baiklah pada orang lain dengan niat untuk meningkatkan tahap taqwa, supaya apa yang anda buat di redhai Allah, iaitu berbuat baik dalam perhubungan sesama manusia agar mendapat perhatian Allah s.w.t.
6. Moga dari situ, rezeki anda murah jadinya, hingga anda beroleh rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.
InsyaAllah :)
24 insan comel komen
Terima kasih jijah bagi akak semangat pagi ni
ReplyDeleteyeahh!! semangat!!!
eh2..tau2 aje cuti 3 hari ni..hihi.
ReplyDeletekena bg enPanajng baca tips ni ... hahaha
ReplyDeletetips yg bagus ni... semangat semangat semangat... :-)
ReplyDeleteInsya Allah..Pepagi senyum dgn dri sndri utk +ve mode dtg..dptla pk yg baik2 je nnt...pk baik dtg baik..btul tu.Smga dimurahkan rezeki kita bersama! :)
ReplyDeleteemmmbersihkan minda kita di pagi hari kan..senyum sokmo...;)
ReplyDeleteInsyaAllah...
ReplyDeletejijah.. pm dni alamat :)
dulu masa study kat u, selalu macam susah hati bila nak pegi class.. fikir banyak esaimen akan dapat, fikir apa pandangan lecture.. sebenarnya boleh di elak semua perasaan tu kan.. terima kasih kak jijah berkongsi ilmu ;)
ReplyDeleteinsyaallah,sentiasa semangat..adooi :P
ReplyDeletejijijijijah hehe.
ReplyDeletehubungan sesama manusia tu :)
tq jijah sudi share..semangat la pasni
ReplyDeleteayuh bersemangat!
ReplyDeletewow semangat nk g sekolah pasni ngenge=)
ReplyDeleteawal pagi mesti kena semangat ,kalau x sepanjang hari jadi malas..
ReplyDeleteta sharing, kene amalkn ni^^
ReplyDeleteAs salam bagus sekali pengkongsian tazkirah ini
ReplyDeleteha a la kn jijah..kena jadikan semua2 tu rutin sebenarnya
ReplyDelete@Cikgu Jaja™ yup.. jadikan ia sebagai rutin.. pagi2 kena ada semangat macam ni :)
ReplyDeletemakaceh bg info :)
ReplyDeleteHarap semangat tak pernah pudar..aminn
ReplyDeleteFiza cuti sehari je jijah.selangor tak amek cuti israk mikraj.ahad pun tak cuti sebab join fan run tu..so minggu ni takde cuti..sedih =_='
insyallah jiejah shida nk amal kan tips2 ni..mgelak dr fkir yg bruk2 =.=
ReplyDeletethankz dear...huuu..bukan senang nak menarik kebaikan tu. Kene betul2 ikhlaskan hati dan positifkan diri. Im trying to be better than yesterday..:)
ReplyDelete@Azhafizah Md Nor ala kesiannya..penat tu fiza keje direct je..huhuhu
ReplyDeletegood Jijah...tips yg baik...kdg2 bila kita down...kita lupa nak think and act positive...so smileeee hihihi :-)
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!