Saturday, June 9, 2012

"Waris" Judul Baru Kekasihku Seru Akan Datang




Drama Seram 'Kekasihku Seru' ni merupakan drama favourite[klik untuk baca] jijah ketika itu. 

siap download lagi setiap jalan ceritanya di youtube! 
sehingga kini rasanya belum ada satu pun drama seram melayu yang berjaya mengatasi keseraman Kekasihku Seru. rasa jijah la kot. hehehe

kali ni drama ni yang berjudul 'Waris' bakal di tayangkan di tv mulai 14 jun setiap hari khamis 10 malam. tak sabar jijah nak tengok ni. tak pernah miss tengok dulu. :p


Drama baru ni kesinambungan dari kehidupan Rashad(Fizz Fairuz) dan Marisa(Emelda) selepas 10 tahun tragedi hitam berlaku. Satu hari selepas 10 tahun kemudian, Rashad & Marisa telah membawa anak mereka, Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka telah terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh dengan kejam dan telah meninggalkan seorang anak perempuan kecil bernama Sarah.

Pada hari yang sama, Amar yang sedang bermain di tepi pantai telah hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan dan doktor mengesahkan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu Amar telah berubah sikap dan menjadi murung serta mudah marah.Buntu melihat perubahan anak mereka, Rashad dan Marisa telah membawanya pulang berjumpa dengan Mas Suri, Ibu kepada Marisa.


Tengok sinopsisnya pun sudah menarik! apa kata jangan ketinggalan untuk menonton Waris bermula 14 Jun, setiap hari Khamis jam 10.00 Malam di TV3.


jangan lupa klik sumber 


29 comments:

  1. wah3...layan cite seram rupenya :)
    kalau ada member layan gak ni..
    nak try layan jugak la nnt.mcm best!

    ReplyDelete
  2. kak jijahhhhhh... sama la.. dulu minat gila dgn kekasihku seru ni.. jatuh chenta dgn perwatakan Rashad tu... ada sambung rupenye... hehe

    ReplyDelete
  3. kekasihku seru memang seram kot...nak bandingkan dengan lain, tak sabar nak tunggu sambungannya ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. @ayutmemang best pon ayut! nanti tgk nexweek yer..

    ReplyDelete
  5. @aisyadulu citer dia kan tergantung.. ni ha ada kesinambungan dia.. jangan lupa tgk tau!

    ReplyDelete
  6. @Aien Alien yeahh! sama2.. tak sabar nk tgk gak!

    ReplyDelete
  7. Kekasihku seru memg best...linda pun lyan cite seram...:-)

    ReplyDelete
  8. mmg cerita fav Qaseh jugak kak...betul ckp akak tu..belum ada satu drama @ filem seram yg boleh tandingi keseraman kekasihku seru...wktu tgk ni bantal sentiasa di muka...heheh

    ReplyDelete
  9. @QasehSuci hehe akak pon sama.. mmg suka tgk.. tp bila ada part seram tu tutup muka gan bantal..hhee

    ReplyDelete
  10. ohh jijah suke citer ni ye..skang citer seram banyak macam xseram je kan..

    ReplyDelete
  11. @Azhafizah[フィザ] betul tu.. seram semua di buat2 tau!

    ReplyDelete
  12. akak tak pernah tgk cerita seram....akak takut..hehe

    ReplyDelete
  13. cerita dia memang best dan seram dari yang lain2.. kalau tinggal sorang2 mmg tak tgk la. hehe

    ReplyDelete
  14. ehh..bukan last sekali dlm kekasihku seru emelda tu dapat anak perempuan ke?

    ReplyDelete
  15. ehh.. balam episod last kekasihku seru tu bukan emelda dapat anak perempuan ke? kenapa dlm cite ni dia dapat anak lelaki pulak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak die konfius nak kuar laki ke pompuan, tu yg jd kecelaruan tu

      Delete
  16. @PinkUmmi tapi citer seram ni best kak..hee

    ReplyDelete
  17. @Aida Omar hehe betul tu...mesti kena ada geng

    ReplyDelete
  18. @Nur syuhada asyiqin emelda bersalin kembar.. tapi yg hidup lelaki.. try baca sinopsis lain.. atas tu baru sinopsis sikit..

    ReplyDelete
  19. nak copy download kekasihku seru tu boley takkk??

    ReplyDelete
  20. @Adam Arjuna boleh.. camner eh jijah nak kasi?? huhuhu

    ReplyDelete
  21. ni emel sy..

    adam.arjuna@yahoo.com

    nnt discuss... dok area mana??

    ReplyDelete
  22. jauh gak... mcm mana eyh nak copy.. adeh.. pos boleh? hehe.. sy byr..

    ReplyDelete
  23. @Adam Arjuna t jijah cuba burn dalam cd n pos yer..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!