Monday, April 15, 2013

Kisah Berurut


*entry peram*

Hampir setahun juga daku menunggu kehadiran cahayamata..
dulu daku pernah cakap kalau setahun tak mengandung lagi time tu baru nak mengurut..
tapi dengan takdir Allah daku pula keguguran...

24 sept 2012 daku keguguran..jadi selepas mengalami keguguran,
daku amalkan pantang yang ketat serta pergi berurut..


google

26 sept 2012 daku jumpa kak linda tukang urut.. cerita semuanya tentang keguguran.. k.linda urut daku satu badan.. mula-mula sakit juga tu.. dia tekan urat-urat daku.. katanya badan daku banyak angin..urat kat kaki pun bersimpul.. jadi dia betulkan urat daku.. pehh memang sakit! bila urut kat belakang badan dia berkata lagi belah kanan banyak angin mesti selalu tidur belah kanan.. daku pun mengiyakan sebab suka tidur belah kanan.. katanya lepas ni tidur belah kiri pulak tak pun gilir-gilir.. :) lagi dia tarik-tarik rambut.. hehe pastu dia sengkak rahim daku supaya rahim duduk ke tempat asal.. boleh tahan gak sakit tu.. hehe

27 sept 2012 daku pergi berurut lagi.. sama macam semalamnya k.linda urut satu badan, urut kat urat-urat kaki. Alhamdulilah senang dah dia urut sebab urat tak bersimpul lagi.. untuk terakhirnya dia juga sengkak tapi tak tolak peranakan daku ke atas sangat. katanya takut atas sangat atau bawah sangat nanti susah nak hamil juga. jadi dia tolak ke tempat yang sepatutnya.. untuk hari kedua ni tak terasa sakit sangat.. lepas berurut badan terasa sangat ringan.. yelah angin semua dah keluar kan.. heee

hanya dua hari je jijah berurut dengan kak linda.. seelok eloknya tiga hari tapi dua hari tu pon dah memadainya... dia kata insyaAllah lepas ni ada rezeki hamil lagi :)

selepas dua minggu keguguran dan berurut daku datang period sehinggalah last period daku 25 nov 2012 :)

itu je kisah mengurut daku..

cuma satu je daku nak pesan tak semestinya kita pergi berurut hari ni esok dah lekat cuma itu salah satu usaha untuk dapatkan zuriat.. jadi yang belum pregnant usaha la yer.. banyak sabar, tawakal dan redha :) Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan Dia juga merancang segala-galanya..




37 comments:

  1. lepas bersalin kata org tua2 mmg wajib mengurut.. sbb banyak yg nak betulkan dlaman kita.. :D puas selepas mengurut.. :D

    ReplyDelete
  2. Dulu selalu suruh kakak senior urut kaki bila lepas habis show atau pertandingan tarian.. tp bila dah tak aktif menari ni takde dah la urut mengurut ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. org tua cakap kalao rahim jatuh, memang kne berurut ep? sekadar bertanya.

    ReplyDelete
  4. saya pun suka berurut, bila berurut saya senang nak bernafas.

    ReplyDelete
  5. Bestye..mesti lega je kan lepas berurut.

    ReplyDelete
  6. betul tue kak MV dpat wani lepas berurut...tapi itu hanya usaha

    ReplyDelete
  7. ouhh. kak jijah pernah gugur ya. tak tau pon.
    skrg, take care ya kakak.
    jgn lasak sgt. huhu

    ReplyDelete
  8. @JaSSNaNi betul tu kak.. betulkan dalaman kita.. rasa ringan lepas urut..

    ReplyDelete
  9. @aisya urut leh merangkumi semua kan.. best kena urut ni..hee

    ReplyDelete
  10. @eiela kan.. rasa lega lepas berurut..

    ReplyDelete
  11. @LiNda lega.. ringan badan pastu..

    ReplyDelete
  12. @Mrs Velentine iya kan kak.. salah satu usaha untuk hamil :)

    ReplyDelete
  13. @♥ ʜᴜᴅᴀ ʜᴀssᴀɴ ♥ tq dik.. utk kandungan ni doakan ianya selamat k :)

    ReplyDelete
  14. yap berurut tu sangat penting.. tambah2 bahagian peranakan... :)

    ReplyDelete
  15. @cci penting kan kak..nak2 kita org pompuan ni..

    ReplyDelete
  16. takut la dengar kak jiejah bgtau yg berurut tu sakit..tapi nanti imantizz akan lalui juga time kahwin,hehehe...

    kak imantizz baru ja keguguran..dia tak sedar pun dia mengandung..kesian la pulak sebab dah 4 tahun dia tunggu..abang dgn kak ipar yang baru kahwin bulan 12 taun lepas pun dah nak dapat baby..=_="

    ReplyDelete
  17. berurut ni mcm alternatif utk pregnant jgk la ye?

    ReplyDelete
  18. kt dah ada usaha itu pon memadai..

    ReplyDelete
  19. Salam. Tumpang tanya saya duk di Port Dickson juga, boleh tak saya dapatkan contact number tukang urut tu? Tq.

    ReplyDelete
  20. klu tak pandai sengkak ... boleh bahaya.... so berhati2 ye ...

    lg satu aku ni plak tak suka berurut tak suka manjakan bdn ...nanti bdn mengada2... tp klu berurut lepas beralin tu wajib... klu sesaja idak lah kot

    ReplyDelete
  21. Salam. Tumpang tanya boleh tak saya nak dapatkan contact number tukang urut tu. Saya duduk di PD juga...tq.

    ReplyDelete
  22. berurut lps bersalin mmg best tau nanti jijah... lenguh2 badan semua ilang... rasa mcm xpuas mengurut.. hhhii

    ReplyDelete
  23. @Chic Na iyer chic na.. mane tahu ada masalah angin ke peranakan jatuh ker susah gak nak mengandung..

    ReplyDelete
  24. @nuyui a.k.a miss YUI betul.. Allah suka org yg berusaha utk dapatkan anak :)

    ReplyDelete
  25. @eliz land emailkan jijah ke ziezah_misi88@yahoo.com.. t jijah bgtahu..

    ReplyDelete
  26. @eimamemang la kak.. kalau saja2 jijah pon xnak.. sakit kot..huhu

    ReplyDelete
  27. berurut utk btulkn urat bdn...tak semestinya akn mengandung..usaha kan :)

    ReplyDelete
  28. saya pun nak no tel tukang urut tu bole

    ReplyDelete
  29. @elyasabath hassan email ke sy ziezah_misi88@yahoo.com

    ReplyDelete
  30. Nie email sy sh_aida0210@yahoo.com

    ReplyDelete
  31. sy dah hantar email pada sis tanya tentang alamat bidan urut ni.tq

    ReplyDelete
  32. Sye pn nak no dn alamat bidan tu sis whtsaap sye bole 0123422114

    ReplyDelete
  33. Sye pn nak no dn alamat bidan tu sis whtsaap sye bole 0123422114 tq

    ReplyDelete
  34. Sye pn nak no dn alamat bidan tu sis whtsaap sye bole 0123422114

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!