Tips Untuk Rumahtangga Sentiasa Aman dan Bahagia

a. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. b. Jika berpisah lebih dar...






a. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

b. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tersebut dengan pelukan dan ciuman di bibir.

c. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

d. Sentiasa ucapkan kata-kata kasih sayang sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

e. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengahari bersama ketika ketiadaan anak-anak kerana pastinya ada gangguan anak-anak jika pada hari tidak berkerja.

f. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

g. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

h. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun, apatah lagi berhari-hari.

i. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar. Yang penting anda berada di sisinya.

j. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

k. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

l. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

m. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

n. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting. Ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.


InsyaAllah biar berpisah kerana tugasan... hati sang suami pasti teringatkan isteri :)





You Might Also Like

15 insan comel komen

  1. kekalkan sembahyang berjemaah.. in shaa ALLAH

    ReplyDelete
  2. Ok.Nak kena print tampal kat pintu..hehe..

    ReplyDelete
  3. nice sharing jijah :)

    ReplyDelete
  4. leh praktikkan ni..tq share jijah

    ReplyDelete
  5. Nice sharing.. Tiba2 rasa excited pulak nak kawen.. (^_^)

    ReplyDelete
  6. jijah selalu amalkan.. nak2 jijah selalu berjauhan dgn suami.. insyaAllah rumahtangga akan bahagia..

    ReplyDelete
  7. rasa mcm pernah bace kt fb ni.. =)

    ReplyDelete
  8. bab isu politik tu akak xlayan sgt.. sbb akak xsuka..huhuu

    ReplyDelete
  9. bab isu politik tu akak xlayan sgt.. sbb akak xsuka..huhuu

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!