Perkembangan Bayi Minggu ke 21

by - 8:00:00 AM



Minggu ke-21


Apabila anda berada dalam separuh masa kedua kandungan, bolehlah anda travel kemana-mana yang anda suka sebelum bayi lahir.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda kini berukuran 7½ inci panjang atau 18cm daripada kepala ke punggung dan 10 inci atau 25cm daripada kepala ke kaki. Beratnya pula sekitar 300gram. Dari takat ini, bayi akan mula menumpukan beratnya daripada saiz panjangnya. Bayi akan dua kali ganda lebih panjang nanti tetapi beratnya akan meningkat sehingga 12 kali ganda sebelum kelahiran. Bayi membesar dengan perlahan tetapi sistem-sistem organ bayi akan mula matang. Pada masa ini, sistem penghadaman bayi sudah mampu untuk menelan cecair amnion. Setelah menelan, bayi akan menyerap banyak air dan lebihan air tersebut akan disalurkan ke usus besar. Para pengkaji percaya, dengan menelan cecair amnion tersebut kemungkinan dapat membantu dalam pertumbuhan dan pembangunan sistem penghadaman bayi untuk berfungsi dengan baik apabila kelahirannya kelak. Kajian menunjukkan bayi mungkin menelan cecair sebanyak 500ml dalam tempoh 24 jam. Nutrien penting yang terdapat dalam cecair amnion akan disalurkan kepada bayi.

Apa yang berlaku pada anda?

Dengan bertambahnya pertumbuhan uterus, bahagian lain dalam tubuh juga terus bertambah dan berubah. Anda mungkin mendapati kaki anda bengkak. Tambahan berat anda pula seharusnya dalam lingkungan 4.5kg – 6.3kg. Lilitan pinggang anda juga sudah membesar dan saat ini anda tidak berupaya menyembunyikan ’perut’ anda dari orang lain. Kadang-kadang anda mungkin merasa panas dari hari-hari biasa akibat perubahan metabolik dalam badan. Kerapkan mandi boleh mengurangkan rasa panas tersebut.

Pengambilan nutrisi anda – Mengidam

Sesetengah wanita mengalami keinginan sesuatu terhadap makanan – mengidam. Mengidam ini telah lama wujud dan ianya dianggap sebagai satu tanda yang tidak khusus/tidak wajib dalam kehamilan. Mengidam ini boleh jadi baik dan boleh jadi buruk. Jika makanan yang anda idamkan itu satu makanan yang berkhasiat, makan dalam kadar sederhana dan jika anda mengidam makanan berlemak, kandungan gula yang tinggi, makanan rapu, berhati-hatilah! Makan sedikit tetapi jangan terlalu membiarkan makanan itu masuk kedalam badan tanpa kawalan. Cuba gantikannya dengan sesuatu yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan dan cubalah melawan kehendak untuk makan yang tidak baik. Perubahan hormon dan perubahan emosional menyebabkan perasaan mengidam itu timbul. Kadang-kadang sesetengah makanan yang anda biasa makan sebelum hamil, menjadi tidak sesuai atau boleh membuatkan anda sakit perut. Keadaan ini adalah biasa. Hormon-hormon tersebut boleh menjejaskan saluran pencernaan yang boleh bertindak balas terhadap sesetengah makanan.





You May Also Like

15 insan comel komen

  1. alhamdulillah semakin membesar kan.. emm semakin tak sabar..

    ReplyDelete
  2. Salam Jijah..
    21 minggu maksudnye jijah dah 5 bulan kan, ade lagi 4 bulan, moga jijah n baby sentiasa sihattt...
    makan makanan yg berkhasiat..
    bykkan kalsium.. ala.. Jijah kan Nurse mesti lagi tau.. akak just base on experience la.. heee~

    ReplyDelete
  3. Membesar dah dye.. Bilalah nak lahir nie.. Tak sabar nak tgk (^_^)

    ReplyDelete
  4. @Z ie syukur Alhamdulilah kak.. makin membesar dah dia :)

    ReplyDelete
  5. @eMMealaaa kak xberapa tahu sangat kak.. tu pasal hb low..heee

    ReplyDelete
  6. kak jijah due bulan 9 ye? tak sabar pulak nk tgk baby kak jijah ni.. hehe

    ReplyDelete
  7. kak jijah due bulan 9 ye? tak sabar pulak nk tgk baby kak jijah ni.. hehe

    ReplyDelete
  8. dh tak leh smbunyi perut dh...hihihihi...baby makin bsar...moga keduia2xnya terus shat yer :)

    ReplyDelete
  9. @aisya haah yunk.. akak due awal bulan 9..huhuhu

    ReplyDelete
  10. @ayuttq yunk..mudah2an kami selamat..

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!