Perkembangan Bayi Bulan Ke Bulan

PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN Apabila hamil beberapa perubahan fizikal dan emosi akan berlaku. Tempoh haid akan berhenti mana...


PERKEMBANGAN BAYI DARI BULAN KE BULAN

Apabila hamil beberapa perubahan fizikal dan emosi akan berlaku. Tempoh haid akan berhenti manakala buah dada menjadi lembut dan besar. Tabiat cara makan juga berubah, kemuraman dan keletihan mungkin berlaku.


4weeks
BULAN PERTAMA
Ketika ini jantung, limpa dan sistem pencernaan bayi mula terbentuk.Bayi mula menerima makanan dan membuang kotoran melalui tembuni dan tali pusat (pembuluh darah yang menghubungkan bayi yang membesar kepada kulit rahim ). Bayi ketika ini panjangnya kira- kira 1/5 inci (1/2 cm).
BULAN KEDUA
Pada hujung minggu kelapan lengan, kaki bayi dan semua organ utama bahagian dalam telah terbentuk.Jantung bayi mula mengepam darah.Wajah bayi mula jelas dan bahagian otaknya mula terbentuk. Panjang bayi ketika ini hampir 2 inci (5 cm).

 
12weeks
BULAN KETIGA
Menjelang bulan ketiga kebanyakkan wanita mula menampakkan tanda-tanda fizikal kehamilan.Mulai bulan ini bayi akan membesar dengan cepat, panjangnya bertambah beberapa milimiter setiap hari. Wajahnya bertambah jelas.Ibu jari, jari kaki, telinga dan kelopak mata telah terbentuk.Beratnya kira-kira satu paun (28kg) dan panjangnya 3 inci (8 cm).

 
17weeks 
BULAN KEEMPAT
Seluruh organ bayi telah terbentuk dan ia semakin besar. Menjelang 4 bulan bayi semakin aktif dan mula menolak lengan atau kakinya dalam kandungan.Panjangnya lebih daripada 6 inci (15 cm) dan beratnya lebih daripada ¼ paun (114 g)

 
21weeks
BULAN KELIMA
Degupan jantung bayi boleh didengari jelas dengan menggunakan stetoskop. Pergerakkannya lebih kuat dan mudah dirasa.Panjang bayi kini kira-kira 10 inci (25 cm) dan beratnya kira-kira ¼ paun (227g).

 
24weeks
BULAN KEENAM
Perut anda semakin besar manakala pegerakan bayi betambah kuat.Kulit bayi kelihatan merah dan berkerut.Panjangnya kira-kira 12 inci (30g) dan beratnya kira-kira 1 ½ paun (680g).

 
29weeks
BULAN KETUJUH
Mata bayi kadangkala terbuka pada beberapa waktu.Sekiranya ia dilahirkan pada waktu ini dia dianggap sebagai bayi sebelum waktu (pramatang) yang memerlukan jagaan khas. Beratnya kira-kira 2 ½ paun (1.3 kg) dan panjangnya kira-kira 15 inci (38 cm).

32weeks

BULAN KELAPAN
Tumbesaran bayi telah lengkap.Pergerakan atau “tendangannya” agak kuat dan dapat dilihat dari luar.Kulitnya tidak berkedut lagi.Biasanya bayi berada dalam posisi kepalanya ke bawah supaya kepala keluar dulu ketika proses bersalin nanti. Beratnya kira-kira empat paun (1.8kg) dan panjangnya kira-kira 16 ½ inci (42cm).
BULAN KESEMBILAN
Tumbesaran bayi ini mencapai tahap yang memungkinkannya untuk hidup di luar perut ibunya.Berat bayi kira-kira 6 hingga 7 paun (2.7 kg hingga 3.2 kg) panjangnya 20 inci (50cm) atau lebih.




You Might Also Like

13 insan comel komen

  1. semga selamat melahirkan si kecil ini nti..

    ReplyDelete
  2. semoga baby & mummynya sihat. :)
    comel je org pregnant.

    ReplyDelete
  3. rasa mcm sekejap je. tak sabar plak nak tengok baby kak jijah ni. hehe

    ReplyDelete
  4. doakan ibu dan baby sihat2 hendaknya..

    ReplyDelete
  5. berat baby jijah mesti 2kg lebih je agaknya..

    ms akak dulu, alisha 2.6kg, aqilah 2.65kg.. hahah.. kecik je dorang..

    ReplyDelete
  6. subhanaAllah.. kagum dgn kejadian Allah.. smuanya nmpk teratur je kan.. comel la perot jijah.. hihi

    ReplyDelete
  7. **selamat hari raye aidilfitri...mohon ampun maaf zahir dan batin...moga2 kite mendapat keberkatan di syawal yg mulia .....

    hati2 pulang ke kg yeak...

    ReplyDelete
  8. mudah2an allah permudahkan semuanya..dan semoga kesihatan ibu dan bb baik2 semuanya...

    ReplyDelete
  9. comel je tgk kak jijah preggy. hihi. semoga baby & kak jijah sihat selaluuu :D

    ReplyDelete
  10. @IntaNBerliaN kak ina kalau kecik syukur sgt kak..senang nak push hehe :)

    ReplyDelete
  11. Subhanallah ciptaan Allah.

    Maksud kak Jijah bulan depan ke akan bersalin ? Wahhh ada ahli keluarga baru blog akak ni ^_^ Yeyy yeyyy . Semoga Akak sentiasa dipermudahkan urusannya. :D

    ReplyDelete
  12. @Cik Chokie hujung bulan ni dik akak bersalin.. InsyaAllah.. doakan akak yer :)

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!