Tips Ketika Proses Bersalin

Tips Ketika Proses Bersalin 1. Sebelum masuk ruang bersalin minta maaf pada suami, mak, ayah dan mak, ayah mertua dahulu. Minta merek...


Tips Ketika Proses Bersalin

1. Sebelum masuk ruang bersalin minta maaf pada suami, mak, ayah dan mak, ayah mertua dahulu. Minta mereka redha dan doakan semua selamat.

2. Kawal dan tenangkan minda. Set dan tetapkan untuk memikirkan perkara yang baik-baik sahaja. Kosongkan fikiran, bayangkan berada di tempat yang aman, damai, nyaman, masukkan rasa bahagia. Cuba bayangkan anak yang bakal lahir itu comel dan bakal menjadi anak yang soleh. Insyaallah bayangan-bayangan ini akan membuatkan anda tenang dan lupa tentang kesakitan.

3. Kawal dan jaga pernafasan anda. Tarik nafas menggunakan hidung dan lepas menggunakan mulut. Tarik dalam-dalam, tahan sedikit, kemudian lepas perlahan-lahan. 

4. Ketika meneran jangan keluarkan suara atau menjerit. Itu cara meneran yg salah. Cuba tahan suara dan teran.

5. Kalau tiada contraction jangan meneran untuk mengelakkan kehabisan tenaga. 

6. Sentiasa zikir dan jangan tinggalkan Doa Nabi Yunus.


Ù„َا Ø¥ِÙ„َٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ø£َÙ†ْتَ سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ


(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) 
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." 
SURAH AL-ANBIYAK(21):87 

Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain. 


8hari lagi.. bila nak keluar ni nak?? huuu


Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dengan mudah dan sempurna..
ampunkan lah segala dosa dan ringankan kesakitan ini.. Amin..



You Might Also Like

28 insan comel komen

  1. Semoga dipermudahkan ye jijah..Harap sabar bila suami g berlayar tu. Dan harap juga baby akan sabar dan tunggu papanya balik dari berlayar..Kalau boleh memang nak ada suami di sisi masa bersalin kan..

    ReplyDelete
  2. Aamiinn..semoga smuanya mudah dn selamat jijah. Ayu yg debar nak tggu. Hehe

    ReplyDelete
  3. moga semua dipermudahkan dear...

    ReplyDelete
  4. tengok kat sidebar ada 8 hari lagi.. sy yg dupdapdupdap.. hehe.. lg lah takleh lawan kak jijah.. mixed feelings, mesti.. kan?

    ReplyDelete
  5. yang no 4 tu saya cuba amalkan dulu tapikan kadang terkluar gak suara hehe...moga jijah dipermudahkan proses semasa bersalin yek...

    ReplyDelete
  6. @Nurulhuda Abdul Latip kalau boleh kak.. harap2 papanya dapat balik lepas belayar..

    ReplyDelete
  7. @Ayu Zan huuu akak lg menghitung hari ni..

    ReplyDelete
  8. @aisya haruslah dik..macam2 perasaan ni..huuu

    ReplyDelete
  9. semoga dipermudahkan segalanya pada akak , insyAllah amin ..

    ReplyDelete
  10. in shaa ALLAHsemoga dipermudahkan buat jijah nanti

    ReplyDelete
  11. Semoga diprmudahkan semuenye ye jijah :) dah ade tande2 nak bersalin tak tu? :)

    ReplyDelete
  12. @khadijah belum ada tanda2 lagi.. doakan yer..

    ReplyDelete
  13. semoga dipermudahkan segalanya Uda. chaiyok chaiyok! Fara study poli Pd tau skg :)

    ReplyDelete
  14. semoga dipermudahkan segalanya Uda. chaiyok chaiyok! Fara study poli Pd tau skg :)

    ReplyDelete
  15. @Eien Mohmad insyaAllah :)
    wah dah dekat tu.. t uda dah bersalin meh la melawat tgk baby kat sini..hee

    ReplyDelete
  16. tips yg bagus buat ibu ibu mengandung

    ReplyDelete
  17. amin..moga senang ye jijah nnt bersalin..yg penting..bertenang....hihihi :p ckp je pandai ni :p

    ReplyDelete
  18. @ayut harap2 mampu bertenang n relaks..hee

    ReplyDelete
  19. semoga dipermudahkan nanti..amin..

    ReplyDelete
  20. ha..ingat tu,jgn keluarkan suara....hehe..

    ReplyDelete
  21. @IbuNoey insyaAllah kalau xlupa..hehe

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!