♥Tips Pregnancy
air kelapa
Air Kelapa Muda Untuk Ibu Mengandung
8:00:00 AM
Dah trimester ketiga ni, banyak petua dari orang tua yang perlu ibu mengandung telan. Antaranya minum air kelapa muda. Yang ni berbuka time bulan puasa macam ni memang sedap. Minum je fresh tanpa gula dan ais.. pehh marveles!
Ibu mengandung digalakkan minum segelas air kelapa muda setiap hari untuk mendapatkan semua khasiat. Isi kelapa muda amat berkhasiat untuk ibu dan juga baby di dalam kandungan. Air kelapa dikatakan akan membersihkan air ketuban, baby yang lahir juga bersih kulitnya serta berambut lebat. Walaupun takde bukti ilmiah tentang ni, air kelapa terbukti banyak manfaat untuk ibu mengandung.
Ibu mengandung digalakkan minum segelas air kelapa muda setiap hari untuk mendapatkan semua khasiat. Isi kelapa muda amat berkhasiat untuk ibu dan juga baby di dalam kandungan. Air kelapa dikatakan akan membersihkan air ketuban, baby yang lahir juga bersih kulitnya serta berambut lebat. Walaupun takde bukti ilmiah tentang ni, air kelapa terbukti banyak manfaat untuk ibu mengandung.
Antara khasiat air kelapa muda ialah :
Minuman Isotonik Alami
Air kelapa dikatakan minuman isotonik alami yang membantu pengisian cairan dan garam alami yang dilepaskan oleh tubuh. Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Ia membantu dalam proses rehidrasi badan dan memulihkan stamina tubuh. Ibu mengandung memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dalam kehidupan seharian. Dehidrasi semasa kehamilan boleh menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, krem, mahupun berlakunya kontraksi yang boleh menyebabkan kehamilan pra matang.
Memperkuatkan sistem pertahanan tubuh.
Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa memiliki sifat anti-bakteria dan anti-virus yang melindungi tubuh daripada pelbagai jangkitan dan meningkatkan sistem pertahanan tubuh wanita hamil. Ia juga berperanan dalam melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam susu ibu mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiko diabetis, kanser dan HIV yang mungkin terjadi kepada ibu mahupun baby dalam kandungan.
Membantu Pencernaan
Air kelapa dipercayai mampu memperbaiki fungsi pencernaan dan membersih usus sekali gus mengelakkan masalah sembelit. Air kelapa juga mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap ke sel-sel tubuh badan dan membantu menurunkan suhu badan yang tinggi.
Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolestrol. Menurut kajian, air kelapa muda mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL-high density lipoprotein) dalam sistem tubuh.
Memudahkan Proses Bersalin.
Kandungan elektrolit yang tinggi di dalam air kelapa muda mampu berperanan sebagai pengganti cairan, membantu ibu hamil daripada risiko dehidrasi dan membantu proses bersalin dengan lebih lancar.
jadi tunggu apa lagi mommy jom minum air kelapa banyak-banyak! nyumm!
24 insan comel komen
Betul jijah..dulu masa preggy sy amal air kelapa muda hari2..kulit anak bersih masa lahir..tak bertompok2 sampai nurse pon tegur..tapi yg rambut tu tak lebat pon..dah la sikit sampai bidan cakap tak pyh cukur dah..hehehe
ReplyDeleteair kelapa muda je ke? tua bkn kan..? hihi..mmg suka minum air kelapa..berbuka pun slalu dgn air kelapa.. ;)
ReplyDeleteAssalam. jijah, bagus kelapa muda ni. kulit anak bersih je mase lahir nnt insyaAllah. :)
ReplyDeletefaveret. especially kelapa pandan. hehe
ReplyDeleterasanya cam dah baca ngan komen je .. ke org lain ek ...konpius plak ai
ReplyDelete@nabila zaremi hehee rambut lebat o tak ikut makpak dia kot..hee
ReplyDelete@Deqla Manjew sedapp sangat kan!
ReplyDelete@cplud miera insyaAllah mmg amalkan :)
ReplyDelete@aisya peh sedapp tu!
ReplyDelete@eima hahaha banyak citer air kelapa dlm blog ni kak..hee
ReplyDeleteMmg ramai yg kata elok esp nnti kepala baby bersih n xbrkerak...ank 1st dlu sy xsmpat nk minum air kelapa...kna czer masa baby 38 weeks...so,ank 2nd ni nk kna minum awal2 bila dh msk 28weeks spaya mudah nk brsalin nnti;-)
ReplyDeletems dekat2 nak bersalin, memg sgt suke air kelapa
ReplyDeleteutk memudahkan bersalin
semoga semuenye selamat
akak nanti pun cadang nak minum air kelapa..tapi ntah boleh masuk anak tekak ke tak..
ReplyDelete@izzah haah dah masuk 28w ke atas leh la minum air kelapa ni..
ReplyDelete@e k i n ♥ y u s r i InsyaAllah mudah2an selamat :)
ReplyDelete@IbuNoey laa air kelapa ni sedap la kak.. confirm leh masuk ke tekak..hee
ReplyDeletemmg bagus amalkan air kelapa muda nii...dulu2 pun minum jugak...
ReplyDelete@ainnoraini haah sedapp kan..
ReplyDeletedulu2 tak suka.. bila dah pregnant, sgt suka minum air kelapa.. :)
ReplyDelete@Shizan Syafik sedap kan! nyumm!
ReplyDeleteair kelapa memang banyak khasiat :)
ReplyDelete@Cik Itah@Rama Rama Pendek sedap pon sedap!
ReplyDeletememang bagus minum air kelapa nie...insyaallah...nanti baby lahir...bersih aje...
ReplyDeleteMasa mengandung anak ke enam akak minum air kelapa dari awal ngandung sebab air kelapa je boleh masuk tekak selain air masak. Alhamdulillah, anak akak lahir memang bersih takde sikit pun taik sawan ke apa. Rambut tak lebatlah ikut mak ayah dia jugak.
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!