Perkembangan Bayi Minggu ke 37

37weeks= 14/8/13 Anda mungkin tertanya-tanya adakah anda berdaya untuk melawan sakit sewaktu bersalin kelak. Banyakkan berdoa dan...



37weeks= 14/8/13


Anda mungkin tertanya-tanya adakah anda berdaya untuk melawan sakit sewaktu bersalin kelak. Banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Apa yang berlaku pada bayi anda?

Bayi anda memperolehi antibodi penting daripada anda untuk melindunginya nanti memandangkan bayi yang baru lahir lemah dari ancaman melawan penyakit. Jika anda memilih untuk memberinya susu ibu selepas dilahirkan, ianya satu pilihan yang bijak kerana bayi akan terus menerima antibodi serta pengimunan semula jadi daripada anda. Para doktor menasihati agar penyusuan terus daripada susu ibu sehingga bayi berusia 6 bulan. Bayi anda menerima 'pengimunan semula jadi' untuk enam bulan lagi selepas kelahirannya dengan susu ibu. 

Berat bayi anda kini hampir 3kg dan panjangnya pula 21 inci iaitu 37cm dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar. Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat.

Sekitar masa ini ramai wanita bimbang samada mereka akan sedar apabila proses bersalin sudah bermula bagi mereka. 


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..

You Might Also Like

17 insan comel komen

  1. Mesti anak dalam perut tu berkembang dengan pesatnya. Semoga ibu dan anak sihat2 selalu!

    ReplyDelete
  2. makin excited sy nk tgk baby kak jijah ni. hehe

    ReplyDelete
  3. weeeee... menghitung hari dah ni... :)

    ReplyDelete
  4. Amin Ya Allah. Insyaallah Allah dan para malaikat akan membantu akak. ^_^ Betul tu miza sokong, tapi kan kak kalau seseorang tu mengalami susu yang kurang. Maksudnya air susunya tak banyak yang keluar tu ada injectionnya kan ? =)

    ReplyDelete
  5. @aisya haiseymann.. i takut ni..

    ReplyDelete
  6. @Cik Chokie injection xde la dik.. ubat utk bagi keluarkan susu adalah..

    ReplyDelete
  7. Aminnn...moga selamat melahirkn yek jijah...yg penting emosi ibu kna sentiasa jaga;-)

    ReplyDelete
  8. @izzah insyaAllah kak.. mudah2an..

    ReplyDelete
  9. @azizah :) Ohh hehe maaf kak ^^" Baru tahu. terima kasih sebab sudi betulkan kesilapan miza.

    ReplyDelete
  10. wahh berat dah nak cecah 3kg.. wow.. sihat nmpknya tu dear.. chaiyok la baby! hihi..

    ReplyDelete
  11. baby jijah dh nampak rambut ke??huhuhu...moga baby trus sihat dlm perut mam jijah yer ^^

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!