Wednesday, August 28, 2013

Perkembangan Bayi Minggu ke 39



39weeks= 28/8/13

Anda berada disaat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut anda sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini anda perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Anda perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang mudah diambil.

Lazimnya, dalam program TV, sakit bersalin dan melahirkan selalunya bermula dengan pemecahan air ketuban dan kontraksi akan terus bermula. Ruptur membran berlaku bagi kurang dari 15 peratus kehamilan dan bila ia berlaku, kepala bayi bertindak sebagai penyumbat di pembukaan uterus. (Tetapi, jika anda berbaring, anda akan sedar ada cecair yang meleleh.) Anda seharusnya bertenang. kontraksi pertama hanya akan berlaku dalam beberapa jam lagi dan hubungilah doktor anda dengan serta merta. Badan anda akan mengeluarkan lebih banyak lagi cecair amnion sehingga bayi dilahirkan, jadi penjaga-penjaga anda mungkin mencadangkan supaya anda duduk di rumah sehingga kontraksi bermula secara mantap.

Apa pula halnya jika minggu ini berlalu dan bayi masih belum muncul? Jangan panik hanya 5 peratus bayi dilahirkan pada tarikh yang dijangkakan. Kebanyakan doktor akan menunggu dua minggu lagi sebelum memperakui yang kehamilan itu sudah terlewat. 


Doa Ibu Mengandung
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Aminn..

6 hari lagi~ daku selalu rasakan setiap post tu entry terakhir.. tapi tak juga bersalin..
bila nak keluar ni anak oi?? huu~~


32 comments:

  1. Jijah..mesti nerveskan dah 39minggu? Sb saya pun nerves jugak...

    ReplyDelete
  2. Sbr ye jijah..insyaAllah nti bby kuar ye

    ReplyDelete
  3. dah 39 mggu ye jijah..xpe sabar ye..maybe baby tu nk kuar genap2..ank m3h yg no 2 keluar mse 40 mggu pastu lewat 2 hari..

    ReplyDelete
  4. semoga jijah bersalin dgn mudah.amiin=)..xsbr nk tgok baby=)

    ReplyDelete
  5. tak lame dah..msti berdebar kan..semoga sis dipermudahkan bersalin :)

    ReplyDelete
  6. itu lah kak jijah.. sy pun nervous tunggu entri kak jijah hari2.. kak jijah senyap je hari ni, dah bersalin ke? *mesti tu yg difikir* =)

    ReplyDelete
  7. ein plak yg rase nebes nie jijah... huhu

    ReplyDelete
  8. akak bersabarlah sedikit masa lagi jap g keluarlah baby tu hee semoga baby selamat dilahirkan :)

    ReplyDelete
  9. huhu. sabar kak jijah, baby tu nk jadi ank merdeka koott. hee. kalau keluar harini, sama la bday dgn sha :P

    ReplyDelete
  10. @Fiqah tak sabar nak tunggu anak kuar ni..geram je rasa nak duk lama2 dlm perot mamanya..huu

    ReplyDelete
  11. @fairus mohamad noor heee kalau kuar genap2 ok pon gak..tp jangan la overdue..huu

    ReplyDelete
  12. @nabila azmi Amin... jijah lagi xsabar nak jumpa baby!

    ReplyDelete
  13. @aisya sayangnyaa aisya kat akak yer.. muaahhh lah :)

    ReplyDelete
  14. @E'in hahaha mengalahkan jijah pulak ni..hee

    ReplyDelete
  15. @Cik Itah@Rama Rama Pendek yer moga baby selamat di lahirkan.. Amin..

    ReplyDelete
  16. @sha (chirp chirp) Amin kalau jadi anak merdeka..hee :)
    waahh happy birthday sha.. mane tahu kuar hari ni.. birthday girl sampai 12mn ni..hee

    ReplyDelete
  17. Sabar ye kak ;) Moga dipermudahkan..

    ReplyDelete
  18. sabar jijah..skang ni kena berjaga jaga kan..take care jijah

    ReplyDelete
  19. Jijah,

    takde tande2 lagik ek ?
    same la dgn zana, haritu zana mengalami k0ntraksi palsu, tp bile g check bel0m ade bukaan,

    skrg nih, tgh aktif b'jalan-jalan & makan bendi, sbb mak zana ckp bendi b0leh membantu utk bukak jalan ..

    pape pun, same2 la kite menunggu detik-detik itu ..
    act, zana p0n tanak beby ovedue..

    Harap Allah swt m'dgr doa hamba Nya ..

    Aminnnn ..

    ReplyDelete
  20. @suzana zahari samalah yunk.hari tu pon jijah kena braxton hiks.. perut memulas2..cirit birit..

    haah skrg jijah makan bendi, jalan itik nak cepatkan sikit bukaan.. tapi lom ada tanda2 lagi yunk..

    insyaAllah sama2 kita nantikan kelahiran baby kita yer yunk..

    moga Allah permudahkan.. Amin..

    kalau free suzana pm jijah kat fb yer..

    ReplyDelete
  21. thanks berkongsi doa tu.. lawak la jijah ni.. dia malu kot nk keluar.. hihi..

    ReplyDelete
  22. @Deqla Manjew huuu saja nak dera mama dia ni..huu

    ReplyDelete
  23. Memb opis akak baru 34wks, tp baby tak sabar nak keluar, now Doc dok cuba bg ubat taknak bg bby kluar lagi, tnggu at least 36wks.

    ReplyDelete
  24. tak sabarnya nak tgk baby jijah..

    ReplyDelete
  25. @Myra Jay yup..atleast 36weeks baru matang..

    ReplyDelete
  26. @IbuNoey jijah lagi xsabar kak.. ngee~~

    ReplyDelete
  27. minggu2x akhir ni mmg kena alert kan dgn semua yg terjadi kat bdn kita.risau je rasa kalau ayut nnt :D

    ReplyDelete
  28. @ayut insyaAllah di permudahkan nanti ayut~~

    ReplyDelete


Please leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!