♥Tips Pregnancy
Wajarkah Suami Menemani Isteri Bersalin?
5:18:00 PM
Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.
2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.
3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.
4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.
5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri
Ya Allah semoga suami dapat balik dari Sabah secepat mungkin menemani isterinya ini semasa dalam bilik bersalin nanti.. Amin...
i need u hubby -_-"
40 insan comel komen
byk tau peranan suami saat isteri hampir utk waktu bersalin.. esp. bersalin normal.. semangat tu perlu dari suami utk berikan kepada Isteri.. hope suami dpt teman jijah bersalin nnt.. suami kene faham situasi isterinya.. baru la kasih syg tu ketat erat, melekat selamanya....
ReplyDeletemak selalu cerita dulu masa mak bersalin bapa mesti taknak ikut masuk.. takut darah punya pasal.. tgk darah dalam tv pun dia geli, ini kan pulak depan mata.. hehe
ReplyDeleteJijah, Dilla pulak neves bile bace entry2 jijah pasal tips nak dekat2 bersalin ni.hehehe
ReplyDeleteSemoga semuanya selamat
Amin
MEMANG WAJAR KAK . TPKAN MASE KITE PREKTIKEL KAT WAD BERSALIN HRITU . ADE HUSBEM NK MSUK . BILE DA KPALE BBY KLUAR TERUS PGSAN . HEHEHE
ReplyDeletemmg wajar sgt2.. kalo deqla pun mmg nak dia teman.. biar dia tgk sendiri camne sakitnya beranak tu.. betapa besar pengorbanan sorg isteri & ibu..huhu...
ReplyDeleteamin..insyaAllah sume akan bjalan lancar. =)
ReplyDeleteberuntung bila suami temankan isteri masa bersalin..cam akak dulu, husben memang masuk dan tgk.dan al-hamdulillah,dia syg sgt kat AniqFiras.hrp yg second ni pun husben temankan..;)
ReplyDelete1st baby, my hubby dapat temankan dalam labour room.masa azankan anak,sayu je suara dia.my hubby army tp bila tengok saya nk branak..dia gugup jugak.second baby ni..entah lah..rasa cam kena deliver sorang diri..sedeyyyyy
ReplyDeletemoga sempat suami jijah temankan jijah nanti ye dan moga segala urusan dipermudahkan ye
ReplyDelete@eMMe emm xtau dia sempat sampai ke tak...huu
ReplyDelete@aisya org laki ni penakut sikit..hee
ReplyDelete@Nurul Nadila Amin...mudah2an jijah selamat..
ReplyDelete@dEdEQ dE wIshEs hehe siann dia.. tak pasal2 dia pulak yg pengsan..hee
ReplyDelete@Deqla Manjew ya memang wajar tapi sbb dia jauh takut xsempat dia nak teman jijah..huu
ReplyDelete@Khumaera Ismail aka Mariam Ismail Amin.insyaAllah..
ReplyDelete@IbuNoey akak suami dekat di sisi boleh la.. jijah tah sempat ke tak dia balik dr sabah tu..
ReplyDelete@Putri xnak letak harapan terlalu tinggi.. sbb dia jauh nak balik..
ReplyDelete@mama aryan harap2 sempat kak.. Amin..
ReplyDeleteBetul tuh Jijah...Akak memg suka kalo suami akak teman akak mse bersalin tp tuh lah suami akak penakut tak brani..die boleh ckp elok2 misi nak uruskan akak bersalin dgn die2 skali misi kne uruskan sbb pgsan..hahaha..lawak btul suami akak nih...
ReplyDelete@Mimi Azirah penakut sgt kan.. hee
ReplyDeleteinsyaallah sapik temankan akak nnti..doa byk2..akak pun ingt Allah..jgn putus asa nnti meneran tau..
ReplyDeleteinsyaALLAH.. moga suami jijah akan ada nanti.
ReplyDelete@Eca Dwinky Asha insyaAllah.. doakan jijah yer :)
ReplyDelete@nuyui a.k.a miss YUI insyaAllah yui..
ReplyDeleteMemang best bila ada husband disisi masa bersalin..Even masa fiqah bleeding dulu pun request nak husband.Nasib baik doc and nurse baik.Bg masuk. Masa tu tenang skit senang je doc nk buat prosedur selanjutnya..
ReplyDeleteIbu pernah kata salah satu cara hilangkan rasa sakit adalah apabila melihat anak kita yang baru lahir ^_______^ Semoga Suami kak jijah cepat pulang disisi akak. Amin ya Allah :)
ReplyDeleteMesti nak suami teman kan. Dija masa bersalin nanti pun nak hubby teman♥ semoga suami jijah dapat balij sebelum jinah bersalin ya, anak first ni mesti suami tak nak lepas peluang temankan dalam LR kan
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan... yer Jijah...
ReplyDeleteTak lma lagi dah nie...
Semoga selamat semuanya...
Selamat Hari Raya Jijah...
nice sharing dear.. huhu..rasenye semua isteri nak suami ade disisi saat melahirkan.. suami patut ade disisi..huhu..=)
ReplyDelete@Fiqah memang best..harap2 sempat la suami balik..
ReplyDelete@Cik Chokie betul tu.. kawan akak yg baru bersalin pon cakap bila nmpk anak terus hilang rasa sakit..
ReplyDelete@khadijah harap2 sempat hubby balik.. Amin..
ReplyDelete@Norhazlina Mohd. Zaki insyaAllah moga selamat semuanya.. selamat hari raya jugak kak..
ReplyDelete@Norain Yusoff memang nak.. tp kalau tak sempat nak temankan isteri dlm LR terpaksa la kan..
ReplyDeletemudah2an si sapik dpt tman jijah yer nanti..insya Allah.amin.
ReplyDelete@ayut insyaAllah Amin ya rob!
ReplyDeletesuami akak takut darah tp ms lahirkan alisha, dia tetap teman kan akak.. cuma time aqilah je xsempat sbb hubby kne jaga alisha.. maklumlah, terberanak dkt sg petani, xda sape nak jaga alisha
ReplyDelete@IntaNBerliaN biasa anak sulung biarlah suami teman kan kak..
ReplyDeletedr fazilah kamsah sangat2 menggalakkan suami menemani isteri bila nak bersalin.
ReplyDeletesupaya suami tahu pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat mereka ke dunia :)
yakni supaya semua lelaki menghargai ibu dan isteri masing2 :)
@QasehnyaRania jijah pon nak! tp jijah takut suami xsempat nak teman jijah dlm labour room.
ReplyDeletePlease leave your comments ladies and gentleman.Thank you so much for reading!